chapter 1

Other Completed 10980

"Sampai hati awak tinggalkan ketika saya masih berpantangkan anak awak! Kalau awak tak sayangkan saya tak apalah tapi tolong fikirkan Haira. Puteri pertama awak di dunia Sharil! " Humaira merayu kepada suaminya.

Tega sharil meninggalkan kami berdua hanya kerana kekasih lamanya yang ingin hidup yang baru bersamanya. Apa dia lupa ketika dia patah hati dia datang kepada siapa? Dia datang kepada Humaira! Kini bila kekasihnya kembali dia sanggup tinggalkan isterinya sendiri bersama Haira? Lelaki!


"Humaira! Kenapa awak tak faham lagi? Bila kita bercerai nanti nafkah saya untuk anak saya tetap saya akan jalankan walaupun kita sudah bercerai! pertalian darah Haira dan saya tidak akan pernah terputus. Yang berbeza hanyalah status kita sahaja. " ujar Sharil.


"Baiklah Sharil, kalau macam tu saya sanggup bermadu. " kata Humaira tanpa rela.


"Humairaaa.. saya betul-betul berterima kasih dan hargai pengorbanan dan cinta awak terhadap saya dan Haira. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Saya tak mahu sakitkan hati awak seperti sekarang lagi. Saya juga berjanji bahawa saya akan jalankan tanggungjawab saya kepada Haira. Cumanya saya tak boleh teruskan hidup saya menjadi suami awak lagi. " kata Sharil lebih kepada memujuk.


Humaira memeluk Haira. Dia menangis mengenangkan nasibnya yang baru 30 hari berpantang bersama anak kecilnya yang masih perlukan perhatian ayah.

"Humaira Riyana Binti Muhamad Azam, saya ceraikan awak dengan talak satu. " lafaz Sharil lalu mencium Haira dalam dakapan Humaira.


Maafkan papa Haira. Papa tahu papa bukan papa yang terbaik untuk Haira. Papa tak boleh menjadi malaikat pelindung Haira dan mama. Tolong jaga mama ya sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience