chapter 10

Other Completed 10980

"Sayang, mummy saya sponsorkan honeymoon kita. Saya tak tahu pula mummy punya idea tu. Saya ingatkan nak bawa awak dan Haira bercuti dekat hotel sini-sini sahaja. Tapi mummy dah pilihkan pula. Awak tak kesahkan? " tanya Haris sambil membuka beg pakaiannya di dalam bilik.

"Haris, saya sebagai isteri awak saya ikut sahaja apa yang awak pilih. Sekarang ni awak suami saya. " kata Humaira sambil menolong Haris masukkan baju kedalam almari.

Haris mahu sahaja beli rumah yang baru untuk dia hidup bersama Humaira dan Haira. Tapi Humaira melarang. Dia kata membazir sahaja kerana dia sudah mempunyai rumah. Tinggal sahaja disitu. Walaupun Haris mampu untuk beli rumah yang besar. Tapi dia rasa lebih baik duit itu di simpan pada benda yang lebih berguna.

Tiba-tiba Humaira rasa pinggangnya di peluk kemas oleh Haris. Haris seorang.yang sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan Humaira yang kecil molek itu. Humaira dapat rasakan yang Haris membongkokkan diri dia untuk mendagu di bahunya.

"Why are you keep saying like that? Ya I know saya suami awak Humaira. Tapi tak bermakna kalau awak asyik ikut rancangan saya tanpa kemahuan diri awak sayang. Saya nak percutian kita jadi satu memori yang sangat bermakna. Saya nak buat awak gembira. " tulus Haris berkata. Nadanya agak kecewa apabila Humaira seakan terlalu meletakkan status kepada Haris.

"Saya tak mahu jadi suami yang awak perlu hormati sahaja Humaira, saya mahu saya jadi seperti kawan awak untuk bergembira. Ayah awak untuk menasihati dan kekasih halal awak untuk saliny menyayangi. Jangan terlalu rendahkan diri awak sayang. Kalau macam ni awak boleh buat saya merajuk tahu tak?" kata Haris sambil melonggarkan pelukannya.

"Okay im so sorry. Saya cuma takut jika saya tak lakukan seperti itu, saya akan ditinggalkan oleh awak juga Haris. Separuh hidup saya, saya sudah berikan pada awak. Jika saya ditinggalkan seperti dulu bagaimana saya perlu jalani hidup saya tanpa awak." kata Humaira sedih. Matanya mula berkaca.

Haris memalingkan Humaira kearahnya. Dia melihat gadis itu mula menangis. Humaira kenapa awak rasa seperti lelaki semuanya sama. Awak tahukan saya tak boleh lihat awak sedih. Alahai Humaira. Awak memang buat saya mahu melindungi awak. Ujar Haris dalam Hati sambil mengusap air mata Humaira lalu memeluk Humaira. Kepala Humaira betul-betul di dada Haris tika ini.


Jika dahulu Haira yang selalu menenangkannya, namun sekarang tugas itu diberikan kepada Haris.


"And you know i will never let you go sayang. You are my soul now. I love you so much. Saya akan jaga awak semampu yang saya boleh. Itu janji saya sayang. " kata Haris menenangkan Humaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience