chapter 12

Other Completed 10980

"Mama enjoy your day okay. Haira okay je dengan papa dengan mama Risa dekat sini. Mama elok-elok tau. Kalau baba Haris buat mama.. mama bagitahu Haira tau " kedengaran suara Haira di dalam talian.

"Apa ni Haira, baba baik tau dengan mama tapi mama ni asyik cubit-cubit tangan baba je. Habis bengkak macam kena sengat lebah tau." Haris mengadu. Humaira memasang pembesar suara. Jadi tak ada masalah untuk Haris bercakap sambil memandu ke destinasi mereka.

"Ni mesti sebab baba nakal kan. Mama pun selalu cubit Haira bila Haira nakal. Baba ni kan Haira pesan jangan nakal-nakal tak baik tau jadi bad boy. " pesan Haira pula.

Eh kita nak mengadu mama dia buat kita. Ingatkan dapat back up tapi mama dia pula dia lindung. Aci tak kalau nak merajuk dengan Haira?

Humaira disebelah sudah ketawakan Haris. Padang muka. Ingat Haira nak back up dia la tu. Eh ni mama dia tauu. "Haah Haira, baba nakal sangat sebab tu mama cubit. " kata Humaira tidak henti ketawa.

"Ala baba nakal manja-manja je. Baba peluk mama sikit pun mama cubit. Sian baba." Haris tidak mahu kalah. Gaya dah macam budak-budak.

Sharil yang mendengar perbualan mereka tadi cemburu. Sharil kembali mendapatian telefonnya. "Sorry bro, i got to go. Client nak jumpa nanti papehal aku buat video call pulak untuk Haira." Sharil berkata dan terus meletakkan panggilannya.

Haris selamba sahaja walaupun dia tahu yang sebenarnya Sharil cemburu. Dari gaya bahasanya sahaja sudah tahu. Sebenarnya dia suka Sharil sakit hati. Biar dia rasakan macam mana Humaira hidup selama 5 tahun ni.

Tangan Humaira tiba-tiba memegang kemas tangan kiri Haris kini tangan kanan Haris sahaja sedang memegang stereng kereta. "Saya tahu awak nak Sharil rasa macam mana saya rasa dulu Haris. Tapi awak tak patut buat macam itu. Yang lepas itu biarlah lepas. Saya dah cukup bahagia dengan awak Haris. "

Haris memandang sekilas isterinya. Alahai isteri aku seorang ini. Baik sungguh. Pemaaf sangat. Ya betul juga kata Humaira. Ini salah. Dia tidak patut ade perasaan dendam. Bertuah aku dapat isteri macam kau Humaira.

"Sayang, awak tahu awaklah segalanya buat saya. Saya sayang sangat dengan awak. Tapi andai kata suatu hari nanti tika rumah tangga kita berdua diuji, saya harap awak maafkan saya seperti sekarang awak memaafkan Sharil. Tolong jangan tinggalkan saya sayang. " tiba-tiba Haris jadi sebak.

Ya Haris sebenarnya tidak buat begitu disebabkan kisah silam Humaira tapi atas sebab dia takut Sharil bakal mencuri hati wanita yang sudah mendiami seluruh hatinya. Semuanya tidak boleh dijangka. Dia harus bersedia untuk pertahankan permaisurinya.

"Saya pun sayang awak Haris. Saya masih belajar mengenali hati awak. Tegur saya jika saya salah. In Sha Allah saya akan sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik dalam hidup awak Haris." ujar Humaira kemudia terasa tangannya hangat dicium oleh sang suami.

"Wah lawalah permandangan disini." kata Humaira apabila keluar daripada kereta Honda CRV baharu milik Haris. Mereka bercuti di Cameron Highland. Pada mulanya mahu ke Pulau Langkawi tapi tiba-tiba Humaira mahu ke cameron. Katanya teringin sangat nak pergi setelah melihat di kaca telivisyen.

Haris ikutkan sahaja. Dia terkejut apabila Humaira kata dia tidak pernah ke Cameron Highland. Yela bukannya jauh sangat pun. Namun tidak hairan juga dia kan ibu tunggal dulu mana ada masa mahu bercuti lama-lama.

Humaira memeluk tubuh. Sejuk. Apabila Haris datang, Haris memeluk bahu Humaira. Ya aharis sudah mempunyai hobi baru. Memeluk Humaira. "Lawa kan. Nanti kita pergi taman taman bunga ya memandangkan awak suka sangat dengan bunga. Cakap je awak nak pergi mana saya bawakan."

Humaira senyum. Ya dia memang meminati bunga. Kerana ia buat Humaira rasa tenang.
"Saya penatlah. Kita balik hotel dulu ya. Lepas tu kita keluar balik pergi makan." sambung Humaira lalu mencuit hidung mancung Haris.

Humaira sedar juga yang ade perempuan-perempuan mengerling Haris. Yela Haris kan handsome. Tapi tulah Haris pandang Humaira jer. Padan muka orang lain. Humaira gelak jahat dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience