chapter 16

Other Completed 10980

"Haris Humaira mana? Dia macam mana Haris? Haris? Jawablah !" tanya Sharil bertubi-tubi.

"Dia okay Ril. Dia ICU buat setakat ini. Accident tu memang teruk. Dia kehilangan banyak darah. Rahimnya... " Haris sudah menangis. Dia sudah tidak tahan lagi. Sudah lama dia hendak menangis.

Haira memeluk Haris. "Kenapa semua menangis? Haihaihaira ni aanak yang jajahat kan sebab aajak mama datang sisini. " kata Haira teresak menahan sendu.

Haris tidak mampu kata apa lagi. Dia terduduk. Kemudian dia memeluk Haira dalam dakapan dia. Ya Allah, anda ini takdir aku untuk terus dekat dengan mu ya Allah. Sungguh aku perlukan masa untuk sembuhkan luka ini.

Sudah seminggu Haris tidur di ward VVIP isterinya. Isterinya tidak mampu berkata apa. Kerana dia masih koma. Haris pula kerjanya sudsh tidak teratur. Dia dibenarkan cuti. Lagipun selama ini Haris tidak pernah buat hak di hospital.

Haris memegang tangan Humaira yang terbaring di katil. Dia cium lembut tangan itu. "Sayang, kenapa sayang baring macam ini sahaja? Bangunlah sayang. Saya rindu sangat nak dengan suara awak. Dunia saya kelam bila awak begini sayang. "

Haris mengambil selendang berwarna merah jambu lembut kemudian diletakkan di kepala Humaira. "You are so beautiful sayang. Awaklah gadis yang tak pernah saya bosan mencintai. Awak lah satu-satunya wanita yang saya sayang. Awak jaga diri awak dengan cukup baik sayang. Saya bangga. "

"Anak kita gugur. Tidak mengapalah, pasti syurga buatnya. Awak kena kuat tau. Walaupun saya tak pernah tahu yang awak mengandungkan anak saya. Tapi terima kasih sayang beri dia tumpang tidur di rahim awak. Awak ibu yang sangat baik. " sambung Haris. Matanya sudah laju mengalirkan air mata.

Humaira, saya janji saya akan cari siapa yang langgar awak sayang. Dia sudah langgar lari isteri saya. Saya tidak akan sesekali melepaskan dia! Dia perlu dapat hukuman dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience