Last Chapter

Other Completed 10980

Haris Haikal pergi ke kedai untuk membeli makanan. Sudah banyak hari juga dia tidak makan dengan elok.

"Berapa bang? " tanya dia kepada juru wang itu. "10.50sen. " jawab juru wang itu. Dengan segera dia mengeluarkan duit not RM20. "Baki simpan. Terima kasih ya.

Elok sahaja tiga tapak dia meninggalkan keai itu tiba-tiba ade seseorang memaut lengannya dengan kemas. "Haris. I miss you. "

"Apa ni lepas lah. Boleh tak kau jangan ganggu aku lagi Mimi? Apa kau nak ha sebenarnya? " marah Haris.

"I nak you baby. As long as u tak kata you cinta kan I selagi itu I akan pastikan semua orang yang you sayang mati satu per satu! "

"What? Are you crazy? wake up lah Syamimi. Sampai bila you nak jadi macam ni. Even I dah tak sayang you lagi. Kita still boleh jadi kawan. Tali yang salahnya bila you buat perangai budak-budak you ni. You ingat sikit eh bukan I yang tinggalkan you but yiu are the one yang tinggalkan I dulu ! "

"Itukan dulu Haris! Kenapa you tak faham lagi yang I masih cintakan you. Ya I mengaku I salah. I tinggalkan you. Tapi benda itu tak akan berlaku lagi! Kenapa you masih mahu Humaira tu sedangkan dia dah nak mampus dah pun "

Tiba-tiba Haris menampar gadi itu. "Kau lah yang langgar Humaira??? Weyh kau dah gila ke apa? Kau tahu tak dia pregnant anak aku Mimi anak aku! Kenapa kau macam ni hah? Aku tak sangka aku pernah bercinta dengan manusia yang berperangai binatang macam kau. "

"I sanggup buat apa pun untuk you Haris. Takkan itu pun you tak nampak? You asyik dengan Humaira Humaira Humaira. I sanggup membunuh demi you! You yang bodoh sebab lepaskan orang yang cintakan you sampai macam ni Haris. "

"Syamimi, ya aku cintakan kau mimi. Tapi tu dulu sebelum kau pergi dengan jantan lain! Cinta ni Mimi bukan mainan yang kau amik bila kau nak and buang bila kau bosan! Sekarang aku tahu kenapa takdir pisahkan aku dengan kau. Sebab kau tak pernah faham apa maksud cinta seperti Humaira! Humaira satu-satunya wanita yang aku sayang sekarang."


Melihat Syamimi menangis memang agak menyakitkan. Tapi lebih sakit apabila dia mengetahui bekas tunangnya adalah orang yang melanggar lari isterinya yang mengandung.


"Pergilah Syamimi. Aku maafkan kau atas apa yang kau lakukan dekat aku pada zaman kita dahulu. Aku juga maafkan kau atas apa yang terjadi minggu lepas. Aku maafkan kau walaupun kau lah penyebab anak aku meninggal dan isteri aku koma. Aku maafkan kau. Pergilah Mimi jangan ganggu keluarga aku lagi. " Kali ini Haris sudah mengeluarkan air mata.


Ya aku maafkan kau Syamimi. Jujur kaulah yang aku cinta pada suatu ketika dulu. Dan sewaktu aku bertemu kembali dengan kau, aku amat takut aku akan menyamiti Humaira untuk bersama dengan kau kembali. Tapi Humaira adalah isteri aku. Dan dia sudah memenuhi seluruh sudut hati aku dengan namanya. Pergilah Syamimi.


"Haris. I tahu I salah. Ya cinta adalah pengorbanan. I cintakan you dulu Haris. Hingga hari ini. I tersilap langkah dulu, dan I telah lepaskan sesuatu yang amat berharga untuk I. Humaira lebih layak untuk you Haris. I minta maaf I mungkin tidak boleh melupakan you. Tapi I harap Humaira dapat menghargai you kerana you memang baik Haris. Selamat tinggal. "


2 bulan sudah berlalu. Humaira juga sudah seminggu pulih. Humaira tidaklah seceria dulu. Tapi dia tetap cuba untuk gembira. Humaira juga trauma untuk membawa kereta. Haris mendekati Humaira yang duduk di kerusi halaman rumah.


"Sayang, awak buat apa? " tanya Haris.

"Kalaulah saya beritahu awak tentang saya mengandung, pasti awak sempat mengusap perut saya yang ade anak kita kan. " kata Humaira kembali melihat perutnya yang kini tiada apa-apa nyawa.


"Dia di syurga sayang. Saya pasti suatu hari nanti saya akan berjumpa dengan anak saya yang kacak macam saya. Dia akan menarik tangan saya, tangan awak untuk ke syurga. Ada sebab kenapa perkara ini berlaku sayang. Jangan salahkan diri awak. " Haris mengusap pipi lembut Humaira.

"Awak mungkin kehilangan malaikat kecil kedua. Tapi... " belum sempat Haris menyambung, tiba tiba "Mama masih ada Haira, malaikat kecil yang akan menjaga mama walau apa jua keadaan mama. "


"Haira janji ma, Haira tidak akan pernah berhenti mendoakan baba dan mama. Terima kasih mama kerana menjaga Haira. "


Mereka bertiga berpelukan. Ya terima kasih Haira kerana telah menjadi malaikat untuk jaga mama sehingga Baba hadir untuk menyempurnakan kehidupan mama. Bisik Haira didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience