chapter 11

Other Completed 10980

Humaira melihat gelagat Haris yang sibuk memilih baju yang sedondon dengannya untuk pergi ke honeymoon esok. Kelakar pula tengok Haris bershopping. Kalah Humaira.

"Sayang awak rasa warna biru muda ni ke warna pink? " tanya Haris sambil menunjuk dua jenis kemeja perempuan dan lelaki yang sama warna. Alahai Haris ini, tentang baju pun dia nak macthing sampai begini sekali.

"Kalau saya cakap pink. Awak nak pakai ke Haris?" tanya Humaira kembali. Apabila melihat baju warna merah jambu itu, berkenan pula dia. Pandai Haris pilih.

"Anything awak nak saya okay jer. Lagipun orang macam saya ni pakai macam mana pun kacak jugak. " kata Haris sambil mengangkat keningnya. Tergelak Humaira apabila Haris berkata begitu. Tapi memang betul pun suaminya memang kacak lagi-lagi apabila senyum jelas lesung pipit sebelah kanannya itu.

"Awak ni perasanlah. Ha ambillah warna pink tu. Tapi warna dark green ni pun lawa lah awak. Cantik design dia." kata Humaira sambil membelek baju tersebut.

Alahai tak sangka shopping dengan isteri ni seronok. Kalau sang isteri buah hati aku ni nak shopping mall ni bawak balik pun aku sanggup beli. Sayang punya pasal.

"Ambillah sayang. Make sure saya punya pun ade yang sama macam tu tau. Ha beli la lagi apa awak nak. Kita pergi ni seminggu. Lepas ni saya bawa awak pergi galeri ariani pula beli tudung warna baju seluar awak okay. Then kita pergi tengok mainan untuk Haira. " kata Haris semangat.

Hati Humaira amat tenang tika ini. Dia makin bertambah sayang akan Haris. Yelah dalam sibuk-sibuk bercinta dengan isteri dia masih mengingati anak tirinya. Sungguh Haris buat Haira seperti anaknya sendiri. Itulah yang buat Humaira makin kukuh cintanya buat Haris. Kerana kasih sayangnya.

Setelah selesai shopping, tetiba perut ni minta diisi pula. Nak bagitahu Haris ke? Hmm nanti menyusahkan dia pula. Dahla barang semua dia bayar, mahal pula tu. Diam kan ajelah balik masaklah maggie.

"Sayang jom pergi secret recipe, awak mesti lapar kan. Ha dengar tak perut awak tu dah macam kelab dangdut dah saya rasa. Hahahaha." kata Haris.

Sebenarnya bukannya dia tak.nampak Humaira tu asyik pegang perut dan tengok kedai makan sahaja. Hai lah isteri, asyik jaga perasaan orang sahaja. Diri tu tak fikir langsung bukannya aku ni kejam sangat tak boleh bagi kau makan. Sekadar dalam hati Haris membisik.

"Awak tahu tak..." baru sahaja Humaira mahu berkata tiba-tiba Haris memotong "tak tahu."

"Ish awak ni saya belum habis lagi cakap memang lah awak tak tahu. " kata Humaira sedikit membuat muka nak merajuk. Geram pula dia apabila Haris begitu. Namun terubat juga rindu dia pada Haira apabila Haris berkelakuan budak-budak seperti itu.

Haris gelak jahat. Suka betul dia menyakat Humaira. Bukan apa Humaira ni kalau marah memang comel. Kadang-kadang tak rasa macam dia marah pun haha. "Okay sayang. Apa awak nak cakap? Ha saya dengar ni."

"Tanak dah cakap. Lantak awak tak tahu sampai bila-bila. " kata Humaira sambil gelak perlahan. Tetiba rasa bahagia pula. Sudah lama benar dia tak merasa bahagia bercinta seperti ini.

"Eleh dia ni. Gurau sikit merajuk. Cancel makan nanti baru tahu. Biar perut tu dari buat konsert dangdut jadi konsert rock awie pulak." kata Haris perli. Meja sebelahnya tergelak kecil apabila Haris berkata begitu. Yela Haris tu kalau bab perli orang amboi bukan main kuat.

Muka Humaira sudah memerah. Dia menghadiahkan satu cubitan di lengan Haris yang tangannya ada di atas meja. Ha rasakan tula buat isteri sendiri malu kenapa.

"Aduh sayang sakit lah. Eyy awak ni kalau nanti kita ada anak jangan asyik nak mencubit pulak. Ingat eh anak kita nanti anak orang bukan anak ketam tau. " kata Haris lagi sambil tergelak menahan pedih.

"Ha tengok tu suara dia. Kenapa tak naik pejabat mall ni jer buat pengumuman biar smua satu mall ni dengar?" perli Humaira sudah geram.

"Eh buat apa nak buat pengumuman dekat semua sedangkan bakal ibu kepada anak-anak saya nanti seorang yang begitu cantik dah ada dihadapan saya. Lebih baik saya cakap depan awak je. Saya sayang awak Humaira. Sangat-sangat. " Haris jujur walaupun dalam keadaan bergurau.

Ha sudah, dari muka merah sebab geram tukar merah sebab malu pulak. Haih laki aku ni kot ya pun tak payah la depan orang buat pengakuan sampai macam tu. Malu aku.

Haris bisik pada Humaira. "Kan saya cakap kalau saya sweet nanti, awak yang malu. Hahaha" Haris sorak kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience