chapter 8

Other Completed 10980

"Humaira sasasaya ada perkara penting nak bagitahu awak. " kata Haris sedikit gagap. Gementar pula dia.

"Hmm.. apadia? " Humaira bertanya. Sebenarnya Humaira malas keluar dengan Haris harini sebab Sharil bawa keluar Haira bersama Risa. Jadi tak sedap pula dia keluar berdua dengan Haris. Tapi bila mengenangkam Haris banyak buat Haira ketawa. Dia setuju.

"Can i know who's your parent? " tanya Haris. Sebenarnya dia mahu merisik Humaira. Sejak dia berkenalan dengan Humaira, tidak sekali pun keluar perihal keluarga Humaira yang lain.

"Sebenarnya parents saya sudah tiada sejak saya kecil seperti Haira. Kami kemalangan jalan raya. Kemudian saya duduk dengan aunty Sarah iaitu mak mertua saya, ibu Sharil. Saya dengan Sharil kenal sejak kecil and macam biasa saya jatuh hati dengan gaya Sharil hormat ibunya. Keluarga yang laim tak terima saya. " kata Humaira mengenangkan kisah dahulu. Sharil selalu pertahankan dia apabila dia dibuli di sekolah dulu.

"Oh, so maknanya awak dah lama la kenal Sharil ya. Kalau macam tu saya kena terus jumpa awak la. " kata Haris.

"Apadia? " Humaira pelik.

"Humaira kalau saya nak jadi pelindung awak dan juga pelindung kepada Haira boleh? Ya saya tahu saya tak lamar awak dengan sweet and saya muda dari awak. Tapi muda tak bermakna saya tidak mampu pertahankan awak. Saya hanya nak buat awak bahagia sama seperti perempuan lain. Dan bila tengok awak bahagia, saya pun rasa bahagia Humaira. " kata Haris dengan jujur.

Humaira amat terkejut dengan Haris. Mana tidaknya, tiada angin tiada ribut tiba-tiba melamar. Memang tak sweet langsung. Humaira tiba-tiba ketawa.

"Haris, awak tu bujang lagi. Saya ni janda anak seorang. Awak tak malu ke beristerikan saya? " tanya Humaira.

"Humairaaaaaa awak ni. Saya baru nak romantik dengan awak tiba-tiba awak gelak macam tu. Tahu tak betapa rasa nak meletup jantung saya tadi bila nak tanya awak pasal hal ni. " kata Haris acah merajuk.

"Awak ni Haris comel betul. Macam mana awak nak kahwim dengan saya kalau awak punya perangai comel macam ni. Kalah Haira tau tak. " kata Humaira.

"What?? comel? Hello Humaira, saya ni lelaki tauuu. Masih layak untuk jadi suami awak. Handsome kot saya. Awak kata comel? Okay fine nak panggil saya comel. So Cik Puan Cinderella, awak sudi tak jadi isteri, peneman dan mama kepada anak saya suatu hari nanti. " Kata Haris sambil menghulurkan sapu tangan Humaira yang terjatuh sebulan lalu.

Humaira terkejut. Haris begitu unik. Kalau orang melamad dengan cincin, dia melamar dengan sapu tangan Humaira yang tertinggal. Humaira yakin dengan hatinya. Lagipun Haira amat bahagia bersama Haris. Apa salahnya malaikat kecil ku itu mempunya papa dua orang.

Humaira mengambil sapu tangan itu lalu mengangguk setuju. "Ish awak ni tak sweet lamgsung. "

"Kalau saya sweet sangat nanti, awak pula yang kena potong kaki nanti. Siapa nak angkat awak? Dahlah berat. " kata Haeis sambil ketawa nakal.

"Jangan risau Humaira, saya akan pastikan jari manis awak tu tersarung satu cincin permata ketika kita akad nanti. Dahi awak akan merasa hangat ciuman seorang suami bernama Haris. Dan diri awak akan dipeluk diberi perlindungan oleh saya sepanjang hidup awak Humaira. Itu janji saya. " Haris memandang wajah Humaira dengan penuh redup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience