chapter 14

Other Completed 10980

Humaira sedari tadi berdiam diri. Entah apa yang diarasa semuanya berbaur. Dia tidak pernah melihat Haris marah sebegitu. Tengkingkan suara sahaja belum pernah Humaira lihat apatah lagi Haris cuba menampar perempuan yang bernama Syamimi itu.

Ya Humaira tahu yang perempuan itu adalah bekas tunang Haris. Dari perbualan mereka berdua, Humaira dapat rasakan yang Haris amat benci akan perempuan itu. Tapi dia juga agak terharu apabila Haris mempertahankannya sebegitu. Tapi dia juga agak cemburu apabila Haris punya bekas tunang memanggilnya baby.

Yang Paling Haira takutkan sebenarnya, Syamimi itu bekas tunangan Haris. Apa sahaja boleh berlaku. Humaira takut Haris akan berpatah kembali keoada tunang lamanya. Adakah peristiwa 5 tahun lepas bakal berulang? Oh tuhan sungguh aku tak mahu merasa kesakitan itu lagi.

Haris melihat Humaira yang termenung di penjuru katil hotel. Maafkan aku Humaira, kerana perempuan itu kau jadi begini. Haris mendapatkan Humaira di katil itu. Dia menarik lembut dagu Humaira untuk memandangnya. Namun Humaira melarikan anak matanya.

Humaira sedang menyembunyikan perasaannya. Bukamnya Haris tidak nampak yang mata Humaira itu berkaca. "Sayang, sudah tak sudi ke pandang saya? " tanya Haris.

Sedikit demi sedikit Humaira mengangkat muka untuk bertentangan mata dengan Haris. Humaira sudah tidak tahan lagi, Air matanya sudah pun mengalir ke pipi. Dengan perlahan Haris mengucup lembut dahi Humaira kemudian dia mendakap Humaira kedada sasanya. Entah mengapa Haris juga mahu menangis. Sedih kerana dia telah lukakan isterinya sendiri.

Lama Humaira dalam dakapan Haris. Sepatah kata pun tidak dikeluarkan. Haris sengaja mahu menenangkan Humaira. Menangis lah sepuasnya duhai isteri, kau sentiasa ada aku untuk menemanimu kala kau duka.

"Dialah bekas tunang awak Haris? " Setelah tenang Humaira bertanya. Hanya anggukan dibalas oleh Haris. "Awak masih sayangkan dia ke Haris? " tanya Humaira kembali, tiba-tiba dia rasa macam mahu menangis semula.

Haris senyum manis kepada Humaira "Sejak saya melafazkan akad untuk menjadi suami awak Humaira, perasaan sayang saya kini hanya untuk isteri saya. Sebab itulah yang seharusnya seorang suami lakukan sayang. " Haris mengusap lembut kepala Humaira.

"Tapi saya tak secantik bekas tunang awak, tak muda sepertinya dan tak sesweet dia. " kata Humaira merendah diri. Sungguh itulah yang dia rasakan saat ini. Dia banyak kekurangan.

"Sayang, awak jauh lebih baik berbanding dia. Bukan cantik yang saya mahu tapi kesetiaan. Bukan muda yang saya mahu tapi penuh keikhlasan dan bukan sweet yang saya mahu kalau dia tidak tahu menghormati. Lihat diri awak Humaira. Awak sangat cantik luaran dan juga peribadi. " kata Haris memujuk Humaira.


Kedengaran Humsira menahan sedunya. Bila-bila masa matanya bakal banjir kembali. Humaira memeluk erat Haris. "Saya sayang awak Haris, sejak saya jadi isteri awak tiada satu saat pun saya tak gembira bila bersama awak. Awak dah berjaya mengisi seluruh hati saya dengan nama awak. Saya tak mahu awak pergi seperti mana Sharil lakukam dahulu. Saya tak sanggup Haris. Saya tak sanggup. Mungkin untuk kali pertama saya masih boleh bertahan. Tapi apabila ia berulang, saya dah lemah. " Humaira jujur

Pelukan Humaira dibalas. "Tiada satu saat pun saya terfikir untuk melepaskan awak pergi sayang. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu sayang saya tak pernah pudar. Saya minta satu sahaja Humaira, percayakan saya. "

Sudah hampir sebulan sejak peristiwa bekas tunang Haris itu kembali mengahantui Haris. Banyangan perempuan itu tidak lagi kelihatan. Humaira berasa lega. Sekurang-kurangnya perempuan itu tidak mencuba untuk menggoda suaminya kembali. Haris pula sibuk biasalah dia seorang Doktor, mana boleh bercuti lama-lama. Tak pasal-pasal kadar kematian makin meningkat pula di hospitalnya.

"Mama, baba balik pukul berapa? " tanya Haira. Haira rindu akan Haris. Biasalah mereka berdua itu bagaikan belangkas. Semua benda dibuat sama-sama. Kadang-kadang Humaira pun mereka tinggalkan. Hahaha. Tak mengapalah jika Haira bahagia, dia turut merasakan perkara yang sama. Malah lebih lagi.

"Baba kan doktor, kalau dia pulang awal siapa nak rawat pesakit di hospital? Kesian tau pesakit itu semua datang dari jauh tapi doktor tiada ha. " kata Humaira.

Humaira tidak berkerja. Ini semua kehendak Haris. Dia kata, dia mampu menanggung keluarganya. Lagipun dia lebih gemar Humaira menguruskam rumah tangga. Tidaklah busy sahaja memanjang. Cukuplah selama 5 tahun dia menjadi bapa dan juga ibu kepada Haira. Kini biar Haris yang lakukan tugasnya.

"Hmm takkam baba takde rehat mama? Apa kata kita masak siap-siap lepastu kita pergi hospital baba makan ha. " kata Haira semangat.

Alahai Haira, nak ditolak nanti merajuk. Semangat benar dia mahu buat surprise untuk babanya. Apa sahaja untuk mu sayang. Lagipun cadangan Haira tu pun kedengaran seronok juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience