chapter 4

Other Completed 10980

Setiap petang Sabtu Haris datang ke taman layang-layang ini. Bukan buat apa pun. Cuma mahu menunggu Haira bersama mamanya. Yela dia nak pulangkan kembali sapu tangan milik Humaira.

Yeke sebab sapu tangan? Haha, actually nak tengok sekali Humaira tu. Nice name. Humaira. Sweet je nama. Muka pun sweet juga putih bersih. Sudah 30 tapi masih nampak muda dan bergaya. Wanita secantik Humaira ni sanggup lelaki tinggalkan? tak patut betul. Tapi kalau dah tak ada jodoh lama bagaimana pun kahwin tetap bercerai juga. Sedangkan Haris yang baru bertunang pun sudah putus.

haih.. dah lima hari Sabtu aku datang, tapi masih tiada kelibat dua beranak tu. Dahla rindu ni. Eh rindu dengan Haira ke Humaira? hehe rindu dua-dua tapi lebih sikit untuk mama dia kot. Haris senyum seorang.

Hari dah petang sangat ni, mungkin Humaira busy. Tidak mengapa lah. Cik cinderella oii kenapa tinggalkan sapu tangan tapi tak tinggalkan nombor telefon. Susah lah Tuam putera mu di sini mahu memberi kembali sapu tangan mu.

Haris memandu keretanya tiba-tiba perutnya lapar. Aiyooo perut, ajak joget ke? sabar eh perut aku carikan tempat untuk kau berhenti berjoget.

Haris masuk ke One Utama Mall. Entah kenapa dia mahu ke sana. Ikutkan dia bukannya suka sangat untuk pergi ke mall. Tapi harini dia teringin sangat nak pergi.

Haris masuk ke kedai makan subway. Sebenarnya dia memang teringin makan sandwich petang-petang begitu. Jadi dia terus masuk ke restoren itu.

Tiba-tiba dia terasa ada seseorang memegang tangannya. Terkejut Haris. Dia menoleh. "Hye Abang Haris, tak sangka boleh jumpa abang dekat sini. Eyyy abang ni makin gemuk lah " kata Haira.


Sungguh Haris tidak menyangka bakal bertemu dengan Haira di mall ini. Patutlah hatinya bagai ditaril-tarik ingin masuk ke dalam mall ini. Boleh tak kalau panggil ni jodoh. Haha.


"What? Abang gemuk? Hey budak kecil ni bukan gemuk la ni sado nama dia. Haira apa tau. Handsome tau Abang Haris sado macam ni. " kata Haris sambil menunjukkan otot tangannya.


"Euw so perasan. Mama tengok ni badan Abang Haris tu gemuk macam gorilla tapi dia kata dia sado. Perut pun boroi. " kata Haira kemudian lari kebelakang Humaira menyorok daripada Haris.


"Apadia? Oh budak ni memang nak kene gigit dengan gorilla la ni. " kata Haris sambil mengejat Haira keliling Humaira.


Kalau tengok sudah macam keluarga bahagia. Tapi apakan daya Haris hanya lah lelaki yang Humaira jumpa tanpa sengaja. Mereka tiada ikatan melainkan Haris begiti baik dengan anaknya.


Humaira tersenyum apabila malaikat kecilnya begitu seronok dan gembira apabila bersama Haris. Ya allah sungguh biarlah aku sahaja yang berduka, kau hiburkan malaikat kecil ku ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience