chapter 13

Other Completed 10980

Sudah tiga hari Humaira dan Haris berbulan madu di Cameron Highland ini. Setakat ini baik-baik sahaja semuanya. Banyak gambar yang mereka tangkap melalui camera Haris. Katanya nak simpan buat kenangan. Haris memang menghargai kehadiran Humaira. Semakin jatuh hati Humaira kepada Haris atas perlakuannya.

Haris mengengam erat pinggang isterinya yang berjalan sebelahnya. Hari ini dia dan Humaira berbaju putih seluar biru muda. Sweet kan. Dari jauh lagi orang boleh tahu yang mereka ini berpasangan. Humaira malu apabila Haris buat begitu. Yela di khayalak ramai mana lah tak segan. Walaupun banyak pasangan yang berbuay sedemikian masih kekok untuk Humaira.

"Saya malu lah Haris. " bisik Humaira. Harus memandang Humaira di sebelah. Pandangannya terpaksa ditundukkan sedikit maklumlah isterinya kan pendek. Haris melepaskan tangannya dari pinggang Humaira. Dia berjalan pantas ke hadapan.

Ha merajuk lah tu. Kalau boleh dukung aku mesti dia akan dukung. Sikit-sikit merajuk. Hailah suami kadang-kadang perangai tu matang, kadang-kadang kalah budak-budak. Haris Haris. Humaira berkata sendirian sebelum mengejar kembali Haris.

Tiba-tiba seorang perempuan datang entah dari mana memeluk Haris. Humaira terkejut dengan situasi itu. Dia berhenti berlari. Siapa perempuan itu? Haris kenal ke? Kenapa dia peluk Haris? Dia kelihatan seperti seusia dengan Haris. Humaira berteka-teki sendirian.

"Haris I really miss you baby. Why you tukar nombor telefon you? Puas I cari you dekat KL but I tak sangka boleh jumpa You dekat sini. Baby don't leave me again baby. " kata perempuan itu.

"Sorry aku tak kenal kau. " pendek balasan Haris. Haris menolak perempuan itu perlahan. Dia menoleh kebelakang untuk melihat Humaira. Dia melihat yang Humaira sedang menuju ke arahnya.

"Baby I know you know me. I minta maaf sebab lari dari you. I sedar I salah. Biarlah I tebus balik salah I baby. Kita kahwin ya baby?. I can't even amagine my life without you baby. Please." perempuan itu memeluk lengan Haris pula. Perempuan itu seakan dirasuk. Dia tidak kesah dengan mata-mata yang memandang.

"Kau siapa? Aku rasa kau dah salah orang ini. I'm her husband. Please respect miss." kata Haris selembut yang boleh. Dia cepat-cepat memegang tangan Humaira. Dia mahu pergi dengan segera dari tempat yang serabut itu.

"Haris, who is she?" tanya Humaira bingung. Entah kenapa dia begitu jelous apabila perempuan itu menggelarkan Haris baby. Hello Humaira sendiri pun tak pernah panggil Haris sayang, ni kau pula nak panggil dia baby.

"I dont know sayang, orang gila kot. " kata Haris pura-pura tidak mengenali perempuan itu.

"Haris it's me baby, Mimi. Your fiance. How dare you kahwin dengan orang lain selain I. You janji dengan I yang you akan jadikan I isteri. You kata I seorang jer yang layak jadi peneman hidup you. Apa ni Haris? You curang dengan I sebab betina ni ke ? Haris perempuan ni memang sundal lahhh !!" marah perempuan itu sambil menarik tudung Humaira.

Humaira terkejut. Jadi dia tidak sempat untuk pertahankan diri dia. Orang disekitar mula melihat drama percuma mereka. Wah ni kalau masuk wayang ni komfem Syamsul Yusoff pun kalah dengan wayang dorang sekarang ni.

Haris menolak perempuan itu dengan lebih kuat. Perempuan itu terjatuh. Haris sudah tidak kesah. Apa yang dia tahu kalau Humaira bercalar sedikit sahaja, mati perempuan itu dia buat.

"Syamimi Rizal ! How dare you touch my wife. Do you wanna die here??? Stop bothering me la. Less one month ago kau tinggalkan aku dengan member aku sendiri. Apa lagi kau nak? Kau tahu tak aku hampir gila sebab kau tinggalkan aku Mimi? Kau tahu tak bertapa seksanya aku bile kau curang dengan kawan aku sendiri? Sekarang kau kutip aku bila kau dah bosan dengan jantan tu? How cheap you are." marah Haris kepada perempuan itu. Tahap kesabarannya sudah habis.

Ya Mimi boleh kacau dia. Tapi sekali perempuan itu sentuh isterinya dia takkan segan silu memaki perempuan itu. Tidak puaskah perempuan itu menyakiti hati dia? Dia sudah ludah kenapa dia mahu jilat balik? Cukuplah Haris berlembut dengan wanita itu. Tapi tidak lagi apabila perempuan itu tidak hormat dengan Humaira yang kini bergelar isterinya.

"Habis kau tu tak murah lah? Yang kau tu senang cari pengganti aku tu tak kira murah lah camtu. Asal kau jer baiklah? Aku sahaja yang salah Haris macam tu ke? Entah pelacur mana kau kahwin sampai tergesa-gesa. Dasar perempuan takde maruah." Syamimi masih mahu melawan. Dia tidak akan buat begitu jika Haris tidak memalukannya dahulu.

Haris menghayunkan tangannya tepat ke arah pipi putih wanita itu. Dia sudah lama bersabar. dia tidak tahan herdikan yang Mimi lakukan terhadap Humaira. Humaira bukan perempuan begitu ! Humaira amat menjaga adabnya apabila bergaulan.

Dalam tak sedar, Humaira sudah menangis sambil memeluk Haris dari belakang. Cuba menenangkan suaminya. "Haris sayang, don't do that sayang. Ingat Allah. I'm okay. I'm fine. Let her go sayang. Mengucap, jangan kalah dengan bisikin syaitan sayang." Humaira memujuk sambil air matanya laju menyusur.

Haris seakan baru tersedar dari amukannya. Nasib baik tangannya tidak hinggap lagi dipipi Mimi. Ya Allah terima kasih kerana kau utuskan permaisuri yang amat baik denganku ya Allah. Haris menarik Humaira untuk berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience