chapter 6

Other Completed 10980

"Humaira, sejak bila awak bercerai? " tanya Haris sambil melambai kearah Haira yang bermaim di taman.

"5 years ago" ujar Humaira. "Ehh so thats mean.. " belum sempat Haris menyambung kata Humaira memotong "Ya masa saya masih berpantangkan Haira" kata Humaira? Sedih? Sudah lali dengan perasaan tu. Dia masih ada Allah, dia masih ada Haira. untuk apa dia bersedih.

"Oh.. awak betul-betul buat saya kagum Humaira. Awak seorang yang sangat kuat. Ditinggalkan namun gagah berdiri. Dibiarkan bersendirian namun tetap mengukir senyuman. You really surprise me. " kata Haris sambil memandang Humaira.

Naik segan pula Humaira dipandang begitu. Rasanya dalam 5 tahun ini kali pertama dia keluar dengan lelaki. Lebih muda dari dia pula tu.

"Saya wanita yang biasa sahaja Haris. Bila saya mahu menangis, saya menangis. Bila saya mahu berduka saya juga berduka. Tapi demi Haira, saya akan tetap kuat. Demi Haira saya akan terus berjalan walaupun perlahan. Saya banyak kekurangan oleh itu saya ditinggalkan Haris. Tidak mengapa sekurangnya saya tidak kehilangan Haira. Dia lah kebahagiaan saya. " kata Humaira sambil memandang Haira yang sedang bermain.

"Sungguh Humaira, yang sebenarnya bekas suami awak yang banyak kekurangan kerana tak boleh sulami hati awak. Awak wanita yang baik, ibu yang baik dan saya yakin sebenarnya awak seorang isteri yang baik. Cumanya, suami awak bukanlah terbaik untuk awak. " kata Haris memujuk Humaira. Dia melihat Humaira sangat merendah diri.

Kenapa wanita secantik dan sebaik ini di tinggalkan? Ya Allah adakah aku bertemu dengannya untuk melindungi dia? Adakah aku putus dengan tunangku untuk bersama wanita ini. Jika benar berikan petunjuk mu ya Allah.

"Haris, awak betul-betul baik dengan saya dan Haira. Saya sangat berterima kasih. Walaupun ini baru pertemuan kali ketiga kita, Haira sangat gembira bila dengan awak. Terima kasih buat dia ketawa. " Humaira kata dengan ikhlas.

"Kalau saya nak buat awak bahagia juga boleh? " tanya Haris tiba-tiba. Ya Haris yakin dengan dirinya. Dia amat suka dengan peribadi Humaira. Walaupun belum tahap cinta tetapi dia boleh mencuba selepas dia bernikah dengan Humaira nanti. Namun jika Humaira menolak, dia faham yang Humaira masih takut untuk berumah tangga memandangkan rumah tangganya dulu pernah runtuh.


"Eh anak papa ada di sini??? " terdengar suara Sharil dari jauh. Humaira tenang. Haris pula begitu mahu melihat wajah jejaka yang pernah dicintai Humaira itu.

"Papa Haira datang sini dengan Abang Haris dengan mama. Haira rindu sangat dengan papa nasib baik ada Abang Haris terubat sikit rindu Haira dengan papa. " kata si kecil itu.


"Really baby? Okay come jom jumpa mama dan Abang Haris Haira. " kata Sharil. Entah mengapa dengan perasaan ini. seakan cemburu apabila mendengar kata puterinya itu.

"Papa, itulah Abang Haris Haira. Handsomekan papa. Abang Haris kata dia sado padahal dia tu gemuk. " kata Haira sambil gelak.

Haris menghulurkan tangannya kepada Sharil sambil mengenalkan diri "Haris Haikal" salaman berbalas " Call me Sharil. "

Haris melihat gadis di sebelah Sharil. "Oh this is my wife Arisa Diana. " kata Sharil. Risa menghulurkan tangan. Namun anggukan dan senyuman sahaja yang diberikan oleh Haris.

Entah mengapa Humaira ingin ketawa melihat perkara itu. Haris memang tebaik. Apalah Risa ni takkan dia tak tahu halal dan haram? Aku sendiri pun tak pernah bersentuhan dengan husband kau setelah bercerai.

"Nice to know you. So kau dengan Humaira ada apa-apa ke? Kau ni pun nampak macam muda lagi. " kata Sharil.

"Kenapa? Lelaki muda seperti aku tak boleh ke ada hubungan dengan Wanita lebih tua dan mempunyai anak seorang? btw im 27 years old. Not too young kalau nak bandingkan umur aku dengan Humaira yang baru 30. Lagipun Humaira pun nampak younger dari umurnya yang sebenar. First meet i think she was younger than me. So i really surprise when knew that she is 30." kata Haris sedas kene dekat muka Sharil.

Entah kenapa Sharil begitu sakit hati bila mendengar jawapan Haris. Dia berasa seperti dicabar oleh jejaka muda itu.

Humaira pula dari tadi buat tak dengar dan berpura-pura main dengan Haira. Sedangkan dalam hati dia begitu berbunga apbila Haris mempertahankannya. Tidaklah nampak dia macam tak laku kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience