BAB 6

Romance Series 8090

Langkah demi langkah, Alea sengaja ingin memastikan tiada seorang pun di rumah yang menyedari kewujudannya. Hari ini dia ingin keluar bersama dengan Kinta ke kafe kegemarannya itu.

"Alea", seru Dato' Johan yang baru sahaja keluar dari dapur.

Alea cuba untuk berlagak tenang lalu dia meneruskan langkahnya turun dari tangga. Panggilan Dato' Johan itu diendahkan.

"Alea, nak pergi mana tu?", soal Dato' Johan lagi.

Alea mengalihkan pandangannya ke arah Dato' Johan sambil tersenyum tawar.

"Ye, Dato' Johan?", sahut Alea.

"Papa tanya kamu ni, kamu nak kemana?", Dato' Johan mengerutkan keningnya.

"Dato' Johan saya nak keluar kejap dengan kawan saya. Jangan risau saya tak pernah tau lupa jalan balik", jawab Alea bersahaja. Dia meneruskan langkahnya menuju ke pintu gerbang rumah.

Dato' Johan mencekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya. Sikap Alea semakin melampau, langsung tidak menghormatinya. Datin Syafea keluar dari dapur lalu memandang ke arah Dato' Johan yang sedang berdiri di ruang tamu.

"Abang, kenapa tu?", tanya Datin Syafea.

Dato' Johan menoleh ke belakang lalu menjawab, "Dia ni dah melampau. Sikit pun dia tak hormatkan saya".

"Abang sendiri yang pernah cakap dengan saya dulu. Kita kena bagi dia masa. Abang kena lah sabar sikit eh? Lambat laung dia akan terima juga", ujar Datin Syafea yang cuba untuk menenangkan Dato' Johan.

Dato' Johan masih berada dalam kebingungan. Dia tidak tahu Alea akan begitu marah terhadapnya.

...

Book Cafe, Petaling Jaya,
Sedang bermain lagu Chase Atlantic "Stuck In my Brain".

Secawan kopi Latte dihirup dengan perlahan. Bagi Alea, air ini seumpama penawar buatnya. Senyuman di bibir mula terukir. Sedap!

"Amboi, kau ni bukan main lagi eh minum kopi je dah macam nak buat iklan", ujar Kinta sambil menggelengkan kepalanya.

"Alah, kau ni. Bukan tak tahu air ni favourite aku. Kena lah ada feeling sikit", jawab Alea. Matanya masih tertumpu kepada cawan Latte itu.

Kek yang di letakkan di hadapan kaunter itu menarik perhatian Kinta. Dia langsung menoleh ke arah Alea lalu berdeham, "Alea, kau tak nak try ke kek cookies and cream terbaru tu?".

"Kek?", Alea mengalihkan pandangannya ke arah tempat pameran kek di kaunter.

"Kau ni cakap jelah yang kau sebenarnya nak aku tolong order kan", kata Alea lalu menoleh ke arah Kinta.

"Alah, boleh lah. Aku malas nak bangun sebab aku pakai heels", Kinta sengaja memberi alasan.

"Tapi kau kena belanja aku sekali tau. Kau ingat perkhidmatan aku ni free ke?", ujar Alea sambil menjongketkan keningnya. Ingat boleh senang-senang ke nak suruh dia?

"Ha yelah yelah. Cepat lah beli aku dah keempunan dah tengok kek tu dari tadi", paksa Kinta.

Alea bangun dari tempat duduknya lalu melangkahkan kaki ke arah kaunter untuk melakukan pesanan. Deon yang juga berada di kaunter membawa secawan kopi sambil melihat ke arah telefon bimbit di tangannya. Tanpa sengaja, dia terlanggar Alea dan air itu tertumpah pada dress merah nya. Alea terkaku seketika.

"Saya minta maaf, saya memang tak... sengaja", Deon yang mula kelam kabut.

Alea mengepal tangannya lalu memandang ke arah Deon dengan penuh rasa marah.

"Kau ni memang buta ke macam mana? Habis basah baju ni, siapa nak ganti?!", pekik Alea sehingga semua orang di kafe memandang ke arah mereka berdua.

Deon terkaku melihat wajah gadis di hadapannya itu. Wajah yang masih kekal diingatannya.

"Hoi, kau ni pekak ke?!", marah Alea lagi. Ada ke patut lelaki tu buat bodoh je?

Suara Alea yang begitu kuat telah menyedarkan Deon.

"Awak cakap apa tadi?", soal Deon sambil menjongketkan keningnya.

"Ish, kau ni!", Alea menghentakkan kakinya. Geram!

"Cik, saya minta maaf sangat-sangat. Saya memang tak sengaja", Deon mengungkapkan lagi permohonan maafnya.

"Banyak lah kau punya tak sengaja! Ada mata tu guna lah, bukan nya letak dekat lutut!", teriak Alea lalu dia berjalan ke arah tempak duduknya.

"Jom balik sebelum aku jadi hulk dekat sini!", kata Alea kepada Kinta. Beg tangan Gucci miliknya digapai lalu bergerak menuju ke arah pintu kedai.

"Woi, Alea Safea. Cheese cake aku macam mana?!", teriak Kinta yang terus mengejar Alea dari belakang.

Deon memandang ke arah Alea yang keluar dari kedai.

"Alea Safea?", bisik Deon di dalam hatinya.

...

Alea Safea memasuki ke dalam kereta BMW putih miliknya lalu beg tangannya di campak ke arah tempat duduk penumpang.

"Habis rosak mood aku hari ni!", jerit Alea sendirian.

Kinta membuka pintu kereta lalu mengalihkan beg tangan Alea pada tempat penumpang di belakang. Lalu, dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah Alea. Pintu kereta ditutup semula dengan perlahan.

"Kau okay ke?", Kinta mengalihkan pandangannya ke arah Alea.

Alea menghidupkan enjin keretanya lalu memulakan pemanduannya ke rumah Kinta untuk menghantarnya pulang.

"Kau nampak aku okay ke?", Alea membalas persoalan Kinta.

Suasana di dalam kereta terdiam seketika. Kinta mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membalas pesanan WhatsApp dari rakan-rakannya.

"Tapi kan... lelaki tu handsome juga kan?", Kinta sengaja memecahkan tembok kesunyian.

"Lelaki mana pula ni?", tanya Alea lagi. Matanya masih fokus ke hadapan.

"Lelaki yang langgar kau tadi", jawab Kinta.

Alea terus menekan brek secara mengejut di kawasan traffic light. Kinta terus menggapai tempat pemegang di pintu kereta.

"Woi, kau ni dah gila ke?!", jerit Kinta. Hampir tercabut jantung dibuatnya.

"Kau tu yang dah gila agaknya. Kau boleh cakap lelaki yang dah basahkan baju aku ni handsome?!", ujar Alea sambil memandang ke arah Kinta.

"Aku cakap benda betul apa", balas Kinta bersahaja.

"You are out of your mind", Alea menggelengkan kepalanya lalu mengalihkan pandangannya ke hadapan.

...

Asyik dalam lamunannya, Deon langsung tidak menyedari kehadiran Aura yang sedang menuju ke arahnya. Senyuman terukir apabila dia mengenangkan wajah Alea.

"Alea Safea", terkeluar nama itu dari bibir Deon.

"Siapa Alea Safea?", soal Aura sambil menyilangkan tangannya.

Deon tersentak lalu mengalihkan pandangannya ke arah Aura.

"Apa you buat dekat sini?", Deon bangun dari tempat duduknya.

"I saja je jalan-jalan. Lepastu I nampak you dekat sini sebab tu lah I singgah sini", jawab Aura lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Deon.

Deon memandang ke arah Aura, "I rasa you better balik. Kejap lagi klien I sampai".

"Alah, I singgah sini kejap je. Bukan lama pun", ujar Aura. Dia masih berkeras.

Deon menghela nafas panjang lalu kembali duduk di tempat duduknya.

"Boleh tak, you stop kacau I?"
"Why? you takut ke?"
"Takut yang kehadiran I ni buat you teringat memori lama kita?"

Deon tersenyum sinis lalu menjongketkan keningnya, "Memori?"

"Yes, memory", Aura menganggukkan kepalanya.

"You dah lupa ke? Memori yang you sebut tadi tu semuanya memori buruk bagi I", Deon sengaja mengingatkan Aura.

"Deon... takkan you tak boleh bagi I chance sikit pun?", soal Aura. Dia masih belum ingin mengalah.

"I've given you so many chances, Aura", jawab Deon yakin.

"I takkan mengalah. I nak kita get back", tegas Aura. Tak semudah itu dia ingin melepaskan lelaki yang dia cintai.

"Buat lah apa pun you nak. I tak kisah pun. My decision is still the same", kata Deon.

Deringan telefon bimbit Deon menghalang Aura untuk meneruskan bicaranya. Deon mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Deon. Maaf saya terpaksa batalkan meeting harini sebab saya ada hal urgent yang nak diuruskan", jelas Datuk Nomad di talian telefon bimbitnya.

"Meeting cancel?", Deon terkejut mendengar berita tersebut.

Aura hanya melihat reaksi wajah Deon sambil tersenyum. Ini lah kesempatan dia untuk berdua-duaan dengan Deon.

"Harini isteri saya masuk hospital. Jadi saya terpaksa batalkan meeting harini", jawab Datuk Nomad.

"Okay, tak apa. Jangan risau datuk. Nanti apa-apa tolong bagitahu saya", ujar Deon lalu menutup panggilan telefon bimbitnya.

Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluarmya. Deon terus bangun dari tempat duduknya.

"You nak pergi mana ni?", soal Aura yang turut ikut berdiri.

"I nak balik. Meeting dan cancel kan? So what's the purpose I nak kena duduk sini lama-lama?", Deon tersenyum ke arah Aura lalu melangkahkan kakinya pergi.

"Deon!", Aura menjerit memanggil Deon. Dia langsung tidak peduli semua orang di dalam kafe memandang ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience