BAB 7

Romance Series 8090

Beg tangan dihempaskan di atas katil. Alea melabuhkan punggungnya di penjuru katil sambil menyilangkan tangannya. Sukar buat dia melupakan perkara yang berlaku di kafe tadi.

"Kalau tadi tak ada orang dekat kafe tu, memang dah lunyai dah muka kau!", bebel Alea sendirian.

Alea bangun dari katilnya lalu dia membuka laci meja make up. Matanya tertumpu kepada buku "Reborn" yang pernah dibelikan oleh Aryan sewaktu dia berada di London. Alea menggapai buku tersebut.

"Kalau lah orang yang mati boleh dilahirkan semula macam apa yang diceritakan dalam buku ni", bisik Alea di dalam hatinya. Kalau benar itu berlaku, dia teringin sekali kesempatan kedua untuk bertemu dengan Aryan.

Buku diletakkan di semula ke dalam laci lalu dia duduk di atas katil dan termenung seketika. Hampir setahun dia duduk di Kota London untuk memulihkan kemurungannya. Dulu, dia langsung tidak boleh menerima kematian Aryan. Tetapi, sekarang dia sudah berjaya mengendalikan emosinya walaupun kenangan bersama dengan lelaki itu masih kekal di ingatannya.

Knock! Knock!

Bunyi ketukan pintu itu menyedarkan Alea dari lamunannya. Alea dengan segera membuka pintu tersebut dan melihat Datin Syafea yang berada di hadapannya. Air muka Alea berubah.

"Kau nak apa lagi?", soal Alea dingin.

"Mama... eh maksud aunty. Papa nak Alea siap-siap sebab malam ni kita ada dinner", jawab Datin Syafea.

"Kita?", tanya Alea sambil mengerutkan dahinya.

Datin Syafea menundukkan kepalanya tanpa memberikan sebarang jawapan. Dia tahu kalau meneruskan bicara, masalah lain pula yang akan timbul.

"Kau cakap dengan dia. Aku tak nak join dinner malam ni. Aku malas", jawab Alea lalu dia cuba untuk menutup pintu biliknya. Datin Syafea bertindak menahan pintu dengan segera.

"Alea, tunggu dulu"
"Kau nak apa lagi? Ke kau ni tak faham bahasa?"
"Alea aunty tahu yang Alea bencikan aunty. Aunty pun tak nak minta lebih tapi tolonglah buat semua ni demi papa"

Alea tersenyum sinis, "Perlu ke aku dengar cakap kau?".

Datin Syafea terdiam apabila mendengar pertanyaan Alea itu.

"Okay, aku join dinner malam ni. Tapi dengan satu syarat", ujar Alea sambil menyilangkan tangannya.

"Syarat apa tu?", soal Datin Syafea yang berasa sedikit lega.
"Aku tak nak tengok muka kau malam ni", jawab Alea lalu menutup pintu biliknya. Datin Syafea hanya menghela nafas panjang. Jika itu kemahuan Alea mungkin itu yang dia perlu lakukan.

...

Baju dress merah pendek yang dihiaskan dengan corak halus dan rambut coklat hazelnut yang dibiarkan lepas tanpa ikatan itu menaikkan aura seri Alea pada malam ini. Langkah demi langkah kakinya turun dari tangga dengan perlahan.

"Alea?"

Suara itu berjaya mengalihkan perhatian Alea. Senyuman diukir pada bibirnya. Makcik Esah memandang Alea dari atas sehingga bawah dengan mulut yang terlopong.

"Ya Allah, Alea. Cantiknya!", puji Makcik Esah.

"Ish, mana ada cantik. Makcik saja je kan nak ambil hati saya?", bantah Alea sambil tertawa.

"Takkan lah Makcik nak tipu Alea pula", Makcik Esah tidak mahu mengalah.

"Eh, yelah. Makcik hampir lupa pula. Papa Alea tu daritadi bising tau sebab Alea belum turun lagi", sambung Makcik Esah. Dia hampir terlupa tentang acara makan malam tersebut.

"Lah, kenapa pula dia nak bising?"
"Yelah, tetamu dah sampai daritadi memanglah dia bising"
"So?"
"Dah tak ada so, so. Cepat pergi dapur nanti melepas jumpa abang handsome haritu"

"Abang handsome?", Alea mengerutkan dahinya.

"Tunggu apa lagi? Cepat lah nanti makcik yang kena marah dengan Dato", bebel Makcik Esah. Risau!

Alea menganggukkan kepalanya lalu berjalan menuju ke arah dapur. Semua mata memandang ke arah Alea. Memukau!

"Ha, Alea. Sini lah duduk sebelah papa", pelawa Dato' Johan sambil tersenyum.

Alea menundukkan kepalanya lalu menarik kerusi di sebelah Dato' Johan. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan perasaan gementar.

"Ini lah anak saya Tan Sri. Baru je balik dari London haritu", Dato' Johan memperkenalkan Alea kepada Tan Sri Mokhtar dan Deon. Mereka berdua tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Alea mengambil secawan air jus oren di atas meja lalu meminumnya tanpa memandang orang di sekelilingnya.

"Boleh lah ni buat jadi menantu. Ye tak?", ujar Dato' Mokhtar. Alea tersedak air jus oren itu lalu semua orang menoleh ke arahnya.

"Makcik Esah", jerit Dato' Johan.

Makcik Esah meluru ke arah dapur lalu melihat ke arah Alea yang sedang terbatuk-batuk.

"Tolong kejap Alea ni. Dia tersedak air!", arah Dato' Johan.

Namun, langkah Makcik Esah terhenti apabila Deon secara tiba-tiba bangun dan menghulurkan segelas air kosong kepada Alea. Alea mengambil gelas tersebut dan meminumnya dengan segera. Dia mengambil nafas lega setelah menghabiskan segelas air tersebut.

"Terima kasih", ucap Alea lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Deon.

"Holy crap. This man is here?!", teriak Alea di dalam hatinya.

"Saya minta diri dulu ye Dato", izin Makcik Esah sambil menundukkan kepalanya.

"Ha yelah, tolong tengokkan Datin sekali ya. Dia bagitau saya yang dia sakit perut", arah Dato' Johan kepada Makcik Esah.

"Baiklah, dato", Makcik Esah menganggukkan kepalanya lalu beredar dari dapur dengan segera.

"Bukan ke kau lelaki yang tumpahkan air atas baju aku?!", tegur Alea. Bengang!

Semua yang berada di atas meja makan memandang ke arah Alea.

"Excuse me?", Deon menjongketkan keningnya.

"Wow, kau dah lupa ke apa yang kau buat dekat aku masa dekat kafe tadi?", soal Alea sambil menjongketkan keningnya.

Tan Sri Mokhtar dan Dato' Johan hanya memandang ke arah mereka berdua. Bingung!

"Oh, pasal kafe tadi tu ke? Sorry lah saya memang tak sengaja. Kalau saya tahu awak dekat belakang saya. Saya mesti takkan tumpahkan air tu atas baju awak", jelas Deon.

"Kau sebenarnya sengaja kan ikut aku sampai sini lepastu kau nak tambah masalah aku?!" tuduh Alea sambil menudingkan jari ke arah Deon.

"Korang berdua kenal ke?", soal Dato' Johan yang menginginkan kepastian.

"Memang kitaorang kenal! Dia lah yang tumpahkan air dekat baju yang Alea beli dekat London dulu!", Alea terus bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan meja makan.

"Alea!", jerit Dato' Johan. Namum, Alea langsung tidak mengendahkannya.

"Tak apa, biar saya sendiri yang akan selesaikan masalah ni dengan dia", ujar Deon. Dia terus bangun mengikuti Alea dari belakang.

Alea meneruskan langkahnya menuju ke arah tangga lalu Deon memegang tangannya dengan segera. Langkah Alea terhenti.

"Aku nak cakap sikit dengan kau", kata Deon.

Alea menepis tangan Deon lalu memandang ke arahnya sambil menyilangkan tangan.

"Kau nak apa sebenarnya?", soal Alea dengan wajah serius.

"Nak...", Deon tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Nak apa? Nak penumbuk aku ke?", tanya Alea lagi. Berangan nak jadi gangster.

"Nak..."
"Nak apa?!"
"Nak awak"

Alea tergumam. Dia tidak menyangka lelaki itu berani berkata seperti itu di rumahnya. Tak malu!

"Kau ni gila ke apa?!", bentak Alea.

"Memang saya gila. Saya gilakan bidadari macam awak. Maklumlah saya tak pernah lagi nampak bidadari macam awak dekat Malaysia ni", jawab Deon dengan penuh keyakinan. Matanya hanya tertumpu kepada wajah Alea.

Alea terdiam seketika. Ayat itu sama seperti yang diungkapkan oleh Aryan sewaktu di London dulu. Memori lama mula berputar di fikirannya. Rasa kesedihan itu mula menghantui dirinya buat sekian kalinya.

"Just stay away from me", kata Alea. Dia terus berlari menaiki tangga dengan segera.

"Aduh, aku salah cakap ke ni?", bisik Deon di dalam hatinya. Gerak geri Alea diperhatikan.

Tan Sri Mokhtar dan Dato' Johan berjalan ke arah Deon. Mereka agak terkejut mendengar suara Alea yang begitu kuat sebentar tadi.

"Macam mana Deon?", soal Tan Sri Mokhtar.

Deon mengalihkan pandangannya ke arah Tan Sri Mokhtar lalu menggaru kepalanya.

"Deon rasa dia tengah tak ada mood kot", jawab Deon. Entah jawapan apa lagi yang boleh dia berikan.

"Maaf lah. Saya pun tak faham kenapa dia jadi macam tu", Dato' Johan mula berasa bersalah.

"Tak apa, Dato'. Sebenarnya salah saya sebab saya tertumpahkan air dekat baju dia petang tadi", kata Deon sambil tersenyum.

...

Pintu bilik dihempaskan dengan kuat. Alea berjalan ke arah katil dengan begitu lemah. Jiwanya mula memberontak. Alea melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Kenapa saya boleh rasakan kehadiran awak?", bisik Alea di dalam hatinya.

Kata-kata yang diucapkan oleh Deon sama seperti Aryan. Air matanya mula mengalir apabila mengingatkan lelaki yang dicintainya. Alea merebahkan badannya di atas katil lalu dia dapat merasakan sesuatu yang keras berada dibawah kepalanya. Alea mengalihkan kepalanya lalu mengambil buku "The Reborn".

"Bila masa aku letak buku ni dekat atas katil aku?", soal Alea sambil mengerutkan dahinya.
Lalu, dia membaca tajuk buku tersebut, "The Rebon?".

Alea menggelengkan kepalanya. Tidak mungkin perkara itu boleh berlaku. "The Reborn" atau "Kelahiran Semula" hanyalah kepercayaan yang belum tentu wujud di dunia.

"Orang yang mati boleh hidup di dalam rupa yang lain? Itu semua karut!", Alea menidakkan perkara yang berada di dalam fikirannya.

I will try my best to update ASAP! Hope you guys like it

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience