BAB 8

Romance Series 8090

Hospital Petaling Jaya,
Sedang bermain lagu "Tomboy" yang dinyanyikan oleh Destiny Rogers.

Langkah kaki laju menuju ke arah pintu bilik yang telah diletakkan tanda nama "Dr. Danial". Alea membuka pintu biliknya dengan perlahan. Danial mengalihkan pandanganya ke arah Alea sambil mengukirkan senyuman. Alea terus menutup pintu biliknya lalu berdiri di hadapan meja Danial.

"Please have a seat", pelawa Danial. Dia terus menutup fail di mejanya.

Alea menarik kerusi di hadapan meja Danial lalu melabuhkan punggungnya. Dia memandang Danial sambil menjongketkan keningnya.

"Dah kenapa kau senyum-senyum ni?", soal Alea lalu meletakkan beg tangannya di atas meja Danial.

"Lah, marah nampak", ujar Danial sambil tertawa.

Alea mendengus, "Kau nak aku keluar ke?"

Danial berhenti ketawa lalu membuat isyarat tangan sebagai tanda "jangan".

"Aduh, kau ni gurau sikit pun tak boleh. Tahulah baru balik dari London", perli Danial.

Alea menggapai beg tangannya lalu bangun dari tempat duduknya. Danial ikut bangun lalu menahan Alea.

"Okay, okay. Sorry. Aku gurau je", kata Danial dengan kelam kabut.

Alea menghela nafas panjang kemudian melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi di hadapan meja Danial.

"Tahu pun takut", bisik hati Alea.

Alea memeluk beg tangannya. Danial membuka laci mejanya dan mengambil laporan kesihatan Alea. Dia duduk semula di atas kerusi lalu menghela nafas panjang.

"Okay, so apa masalah kau sekarang ni?", soal Danial dengan nada serius.

"Aku tak tahu", jawab Alea simple.

"Cuba kau fikir baik-baik. Ada perkara yang mengganggu fikiran kau ke akhir-akhir ni?", soal Danial lagi.

"Aku, aku takut lah Danial. Aku masih teringat lagi pasal benda tu", jawab Alea lalu cuba menahan air matanya dari jatuh.

"Semalam kau tidur tak", tanya Danial lagi. Dia seolah-olah seperti seorang inspektor.

Alea hanya menggelengkan kepalanya. Danial terus mengambil pen di atas meja lalu menulis sesuatu di buku laporan kesihatan Alea.

"Kau dah makan?", tanya Danial yang masih menulis.

"Belum", jawab Alea sepatah.

Danial meletakkan semula laporan kesihatan Alea di atas meja lalu menatap wajah Alea dengan serius.

"Dari apa yang kau cakap ni. Aku rasa anxiety kau datang balik. Cuba cerita apa benda yang tengah kacau fikiran kau?", soal Danial sambil menyilangkan tangannya.

"Aryan", Alea menjawab dengan nada perlahan.

"Seingat aku keadaan kau makin okay. Tapi macam mana boleh datang balik? Mesti ada benda lain yang buat kau jadi macam ni", ujar Danial. Dia yakin pasti ada lagi perkara yang mengganggu fikiran Alea.

Sejak dari zaman universiti, Alea dan Danial sudah berkawan rapat. Danial merupakan sepupu kepada Kinta. Setiap kali waktu lunch, Kinta akan mengajak Danial untuk makan bersama. Persahabatan mereka bertiga masih kekal sehingga kini. Danial telah berjaya menggapai cita-cita nya sebagai seorang doktor psikiatri. Sekarang, Danial bukan sahaja menjadi sahabat kepada Alea tetapi juga doktor yang akan merawatnya.

Alea terdiam seketika. Dia masih ragu-ragu untuk memberitahu Danial tentang perkara yang mengganggu fikirannya.

"Alea?", tegur Danial.

"Kau pernah baca buku The Reborn?", soal Alea ingin tahu.

"Mestilah tahu. Buku tu pasal mitos kelahiran semula kan? Eh, tapi kenapa kau tiba-tiba tanya aku pasal buku tu?", tanya Danial sambil menjongketkan keningnya.

"Kau rasa mitos tu wujud ke?", tanya Alea lagi.

"Mustahil lah. Nama pun mitos, mana lah wujud", jawab Danial.

Wajah Alea terlihat kecewa. Dia mengharapkan jawapan yang disebaliknya dari Danial.

"So, aku memang tak boleh jumpa Aryan for the second time?", Alea menundukkan kepalanya. Sedih.

"Kau kena ingat Alea. Dia dah tak ada dan tak akan kembali pun. Kau tak boleh terus macam ni", tegur Danial dengan nada lembut.

Alea cuba menahan air matanya. Dia tidak mahu terlihat lemah.

"It's okay, take your time Alea. Lepaskan je semua yang kau rasa tu. Kau tak perlu pendam" ujar Danial. Dia dapat melihat mata Alea yang mula berkaca.

"Tak, nial. Betul cakap kau. Aku tak patut jadi macam ni. Aku kena terima takdir tuhan", ujar Alea sambil tersenyum paksa.

"Kau boleh senyum macam tu dekat aku. Tapi mata kau tak boleh tipu aku, Alea", kata Danial.

"Dah, kau tak payah nak act tough sangat. Kalau kau menangis, itu bukan bermaksud yang kau ni lemah", sambung Danial lagi.

Alea mengetap bibirnya. Danial sudah terlalu "masak" dengan sifat Alea. Terkadang Alea merasakan Danial mempunyai kuasa "mind reading". Naik seram juga dibuatnya.

...

Alea melangkahkan kakinya keluar dari hospital dengan membawa bungkusan ubat sambil memandang ke bawah. Tanpa sengaja, Alea terlanggar seseorang sehingga ubatnya terjatuh di atas lantai. Alea memandang ke arah Deon yang berada di hadapannya.

"Kau?", Alea terkedu seketika.

"Awak buat apa dekat sini?", tanya Deon lalu dia memandang ke arah bungkusan ubat yang terjatuh di atas lantai. Alea mengambil bungkusan tersebut dengan segera lalu berjalan pergi.

Deon melihat ke arah Alea dari belakang lalu menjerit, "Alea!".

Alea langsung tidak menoleh ke belakang.

"Aduh, melepas lagi!", Deon mencekak pinggang. Tak sempat dia meminta maaf tentang hal kelmarin. Dia ingin berbaik semula dengan Alea tetapi gadis itu sering mengelak daripadanya.

Tak apa kita tunggu nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience