BAB 9

Romance Series 8090

Hari ini adalah hari pertama Alea bekerja di syarikat Dato' Johan. Dulu dia pernah berjanji dengan ibunya untuk membantu ayahnya dalam menguruskan bisnes setelah dia berjaya menghabiskan pelajaran dalam bidang bisnes di Universiti Malaya. Pada awalnya, Alea menolak kerana dia ingin menimba pengalaman di tempat lain. Tapi, kini dia akan mengotakan janji dengan ibunya.

"Alea dah lupa ke janji Alea dengan mama dulu?", persoalan Dato' Mokhtar kelmarin masih bermain dengan fikirannya.

"Aku boleh buat!", bisik Alea di dalam hatinya. Rambutnya diikat dengan kemas.

Baju kemeja berwarna putih yang dipadankan bersama dengan skirt vintage berwarna coklat membuatkan penampilannya menjadi semakin menyerlah. Alea terus menyemburkan perfum berjenama Playboy. Dia begitu yakin dengan penampilannya sekarang.

...

Alea melangkahkan kakinya menuju ke arah ruangan lobby. Awalnya dia berasa sangat yakin tapi sebaik sahaja dia sampai di kaunter resepsi terus terkelu lidahnya berkata-kata.

"Ya, cik nak jumpa siapa?", soal Anita yang merupakan salah satu pekerja di syarikat ini.

"Saya... saya...", tergagap Alea.

Anita masih menunggu jawapan yang sebenar. Berkerut-kerut dahinya memandang ke arah Alea.

"Saya nak jumpa Dato' Johan", jawab Alea. Akhirnya dia berjaya. Entah mengapa tangannya masih menggeletar.

"Maaf ya, cik ni siapa?", soal Anita. Ini merupakan prosedur syarikat.

"Saya Alea Safea", Alea menjawab sambil tersenyum janggal.

Anita terdiam seketika. Dia baru teringat tentang pesan Dato' Johan untuk membawa anaknya yang bernama Alea Safea untuk ke ruangannya.

"Cik ni anak Dato' Johan kan?", tanya Anita lagi. Macam penyiasat persendirian.

Alea Safea hanya menganggukkan kepalanya.

"Okay, kejap eh. Cik duduk dulu sementara saya panggilkan PA Dato'", ujar Alea. Dia terus mengambil ganggang telefon dengan segera.

"Okay", jawab Alea sepatah lalu dia duduk di atas sofa yang disediakan. Alea mengeluarkan telefon lalu melihat pesanan mesej WhatsApp dari nombor yang tak dikenali.

Unknown: Goodluck for your first day!

"Siapa pula yang hantar mesej ni?", bisik Alea di dalam hatinya. Pelik!

Alea cuba memikirkan siapa yang menghantar mesej itu kepadanya. Setahu Alea cuma Kinta dan Danial sahaja yang tahu. Kedua-dua nombor sahabatnya itu telah disimpan. Lalu, siapa yang menghantar mesej ini?

"Cik Alea?".

Alea tersentak. Dia terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket lalu bangun.

"Ya saya", jawab Alea sambil tersenyum ke arah Sandra yang bekerja sebagai PA kepada Dato' Johan.

"Jom saya bawa pergi ke ruangan cik", ajak Sandra sambil tersenyum. Wajahnya tampak begitu manis sekali.

Alea mengangguk lalu dia terus mengikuti langkah Sandra. Gementar!

...

Alea bertemu dengan semua pekerja di pejabatnya. Kehadirannya disambut baik oleh semua kakitangan syarikat. Sandra terus membuka bilik pejabat Alea. Dekorasi dan juga keluasan Alea ternyata lebih bagus dari ekspetasinya. Alea mula rasa teruja.

"Ini ruangan cik. Nanti apa-apa just call saya okay?", kata Sandra.

"Tadi awak cakap nama awak apa?", soal Alea lagi ingin kepastian.

"Nama saya Sandra", jawab Sandra. Alea hanya menganggukkan kepalanya.

"Ada apa-apa lagi cik?", tanya Sandra lagi. Dia ingin memastikan keperluan Alea cukup seperti yang dimahukan oleh Dato' Johan.

"Tak ada. Nanti apa-apa saya akan contact awak jelah"
"Okay, saya minta diri dulu cik"

Alea menganggukkan kepalanya lalu Sandra keluar dari pintu biliknya. Alea menarik nafas lega. Dia dapat rasa yang hari ini semua akan berjalan dengan baik. Alea menarik kerusi kemudian melabuhkan punggungnya di tempat duduk.

"Sedap juga duduk dekat kerusi ni", bisik Alea di dalam hatinya sambil tersenyum gembira.

Alea mengambil fail di atas mejanya lalu membelek isi kandungannya. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi panggilan dari telefon pejabat di atas mejanya. Alea terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?", tegur Alea. Siapa ni?

"Cik Alea, Dato' Johan minta cik ikut meeting harini", ujar Sandra.

"Meeting? Pukul berapa eh?", soal Alea sambil mengerutkan dahinya.

"Kejap lagi after lunch time. Nanti saya akan tunjukkan meeting room", jawab Sandra.

"Okay, thank you", Alea meletakkan panggilan tersebut. Dia begitu terkejut apabila mendengar tentang mesyuarat petang ni. Baru masuk kerja takkan dah kena meeting pula kot? Dato' Johan memang dah melampau!

...

Langkah demi langkah, Alea menuju ke arah bilik mesyuarat sambil membawa fail. Dia hanya mengikuti saja Sandra dari belakang. Maklumlah dia masih belum mengetahui selok-belok syarikat.

Sandra memberhentikan langkahnya di hadapan pintu bilik mesyuarat.

"Nah, ini lah dia bilik meeting", kata Sandra. Alea hanya melihat ke dalam dari pintu kaca. Meskipun, wajahnya tidak kelihatan tapi dia sangat mengenali sosok badan itu.

"Thank you, Sandra. Awak boleh pergi", ucap Alea. Matanya masih tertumpu kepada Dato' Johan yang sedang duduk di atas kerusi sambil membelek failnya.

"Okay, kalau ada apa-apa bagitahu saya ya", Sandra terus beredar dari situ. Alea menggapai pemegang pintu bilik tetapi ada seseorang yang memegang pintu tersebut lebih cepat daripadanya. Tangan mereka saling bersentuhan tanpa sengaja.

Alea mengalihkan pandangannya ke arah pemuda yang berada di sebelahnya. Mereka saling bertatapan antara satu sama lain.

"Siapa lelaki ni?", bisik Alea di dalam hatinya. Pemuda ini mempunyai rupa yang begitu kacak sekali.

"Cik?", tegur pemuda itu. Alea hanya mengerutkan dahinya.

"Taknak lepas ke?", sambung pemuda itu lagi. Lalu, dia melihat ke arah tangannya yang dipegang oleh Alea.

Alea terus mengalihkan tangannya dengan laju.

"Bodohnya kau ni Alea!", teriak Alea dalam hatinya. Dia cuba menahan malu.

Pemuda itu tersenyum sekilas lalu dia membuka pintu tersebut. Seorang lagi perempuan yang berada di belakang hanya mengikuti dari belakang.

"Siapa diaorang berdua ni?", Alea terus memasuki bilik mesyuarat tersebut. Dato' Johan melihat ke arah Alea sambil tersenyum gembira.
"Eh Alea, sini lah kenalkan diri", panggil Dato' Johan. Alea berjalan menuju ke arah Dato' Johan sambil menundukkan kepalanya.

"Ini lah anak uncle. Sekarang dah jadi COO baru syarikat", Dato' Johan mengenalkan Sandra kepada pemuda tersebut.

"Oh ini ke Alea?"
"Macam mana kamu tahu?"
"Tak adalah, papa ada bagitau pasal anak uncle dekat Dean"

Nama lelaki itu adalah Dean. Alea hanya mendengar perbualan mereka berdua.

"Not bad tapi siapa pula papa dia ni?", bisik hati Alea. Dia tidak menyangka kalau dia boleh menjadi sepopular itu sehingga ramai orang mengenalinya.

"Sebelum panjang lagi kita berborak. I think we should start now lah", cakap Dato' Johan.

Alea sengaja memandang ke arah Dean. Lelaki itu juga turut membalas pandangannya. Dengan segera, Alea mengalihkan pandangannya. Entah mengapa wajah dia seperti seseorang yang dia pernah kenali.

...

Restoran Odysseia, Jakarta, Indonesia.
Sedang bermain lagu "Bad Girlfriend" yang dinyanyikan oleh Anne Marie.

Leka dalam lamunannya, Deon seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Meskipun, dia dapat pergi ke Jakarta untuk menyelesaikan urusan kerjanya. Namun, fikiran dia masih di Malaysia. Dia sendiri bingung kenapa hatinya berasa tidak tenang.

"Woi!"

Deon tersentak lalu menoleh ke arah Ardian. Ardian hanya menggelengkan kepalanya.

"Apa hal kau ni? Jauh betul termenung. Dah sampai London belum?", Ardian sengaja menjadi sarkastik.

"Masih stuck dekat Malaysia bro", jawab Deon.

Ardian tertawa. Deon memandang ke arah Ardian sambil mengerutkan dahinya.

"Kau dah kenapa? Kena sampuk pula ke?", soal Deon.

"Kau mesti tengah angau ni kan", teka Ardian sambil menuding jari ke arah Deon.

"Mana ada. Kau jangan merepek lah", marah Deon. Suka hati je menfitnah dia ni!

"Eh, kau jangan lupa. Aku kenal kau dari zaman sekolah lagi. Kau ingat aku tak tahu", ujar Ardian dengan yakin

Deon mendengus. Dia berasa agak sedikit menyesal membawa Ardian bersamanya ke sini. Tetapi, kalau tanpa kehadirannya mungkin dia akan berasa kesepian.

"Ardian", panggil Deon.

"Ha, kenapa?", Ardian mendekatkan kerusinya dengan Deon.

"Kalau... kalau aku kahwin. Okay tak?", tanya Deon.

Mata Ardian membuntang. Dia menggapai tangan Deon lalu diletakkan berdekatan dengan wajahnya.

"Kau cuba tampar aku sekarang. Aku tengah mimpi ke?", soal Ardian yang masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Deon menepis tangan Ardian lalu dia menghela nafas panjang.

"Kau tak mimpi lah bro. This is real, I think I want to get marry", Deon menyandarkan badannya pada kerusi.

"Tapi dengan siapa? Takkan dengan Aura tu kot? Aku kenal lah kau takkan jilat ludah kau sendiri", ujar Ardian.

Ardian sudah cukup mengenali sikap Deon. Dulu sewaktu zaman sekolah, mereka selalu dipanggil sebagai "crime partner". Itu pun disebabkan mereka sering ponteng kelas bersama.

"Mati hidup balik pun aku tak ingin lah minah sengkek tu"
"Habistu kau nak kahwin dengan siapa?"
"Kau tunggu jelah nanti"

Ardian mula bengang dengan sikap Deon. Mula lah nak menyimpan rahsia.

"The curiosity killed the cat, you know?", Ardian menjongketkan keningnya.

"Yes, I know and I don't mind if the cat is you", jawab Deon lalu tertawa. Reaksi muka Ardian mula berubah.

"Ha, ni lah member. Kita dah buat macam-macam sampai kena ikut dia pergi Indonesia. Lepastu dia buat pula kita macam ni" bebel Ardian sendirian.

Deon hanya tertawa melihat Ardian. Terhibur juga dia dibuatnya. 7 hari mulai dari hari ini, dia perlu menghabiskan waktunya di Indonesia. Banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Setelah itu, dia akan merancang sesuatu. Ya, sesuatu tentang masa depannya.

Sorry for the late update. I'm a bit busy to these days but I hope you guys will never get bored for waiting my next chapter! Thank you for those comments and support on my novel. You guys are the best

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience