BAB 1

Romance Series 8093

24 Februari 2020, London.

Sedang bermain lagu Bazzi - Why,

"Senario kehidupan seorang manusia sememangnya penuh dengan konflik. Namun, tidak semua perkara yang berlaku pada seseorang itu akan diakhiri dengan sebuah pengakhiran yang baik dan dalam mengecapi keinginan itu memerlukan usaha. Begitu juga aku yang cuba untuk mencipta kenangan baru disini." –Alea Sofea

Cuaca menjadi lebih sejuk daripada kebiasaan. Dalam keadaan begini, Alea Sofea tetap berkeras untuk pergi ke destinasi wajib dia kunjungi setiap hari iaitu sebuah bookstore yang dinamakan sebagai Jullian Bookstore. Dia akan pergi ke sana pada setiap petang untuk mencari buku yang menarik.

"Aduh sejuknya...", ujar Alea setelah tiba di kedai itu dalam keadaan menggigil kesejukan. Walaupun dia telah memakai baju tebal dan sarung tangan, kedinginan itu masih dirasai.

Dia berjalan ke arah laluan rak buku sambil memerhatikan buku di sekelilingnya. Tiba-tiba, matanya tertumpu kepada sebuah buku yang berjaya menarik perhatiannya. Dengan segera, dia menggapai buku tersebut untuk melihat dari dekat.

"The Reborn?", bibirnya mula menjadi muncung. Dia mula menjadi musyhkil.

"Buku tu baru keluar 2 years ago and semua dalam buku tu ialah kajian tentang kepercayaan terhadap kelahiran semula. Ada yang yakin kalau orang yang mati akan dilahirkan semula dalam pelbagai rupa. It's so interesting. Cubalah baca kalau nak tahu", Alea terus menoleh untuk mencari dimana datangnya suara itu.

Tiba-tiba, dia dapat merasakan kehadiran seseorang dari arah sampingnya. Dia terus menolehkan kepalanya dan terlihat seorang lelaki yang sibuk membelek buku di rak tersebut. Alea hanya mengerling dari atas sampai bawah. Mana tahu kalau ada rupa penculik ke?

"Nama saya Aryan", lelaki memperkenalkan dirinya secara spontan.

Alea terus mengalihkan pandangannya kearah buku tersebut. Takut lelaki itu telah menyedari yang dirinya sedang diperhatikan olehnya.

"Awak taknak bagitahu ke nama awak apa ke?", tanya Aryan yang mula memandang ke arah Alea lalu mengukirkan sebuah senyuman.

"Nama saya Alea Sofea. Panggil saya Alea", Alea terus membalas jawapannya dengan senyuman datar.

"Okay, why don't you let me call you as Sofea?"
"Haha... Tak pernah lagi orang panggil saya Sofea"
"So, let me be the first one"

Alea tertawa mendengar kata-kata lelaki itu. Mungkin sesetengah orang akan berasa janggal bila bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali, tetapi dia tidak merasa yang lelaki ini mempunyai niat disebaliknya.

"Let's start it over again, nama saya Aryan and you?", dia menjongketkan keningnya sedikit.

"Nama saya Sofea. Selamat berkenalan", dia tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nice to meet you too... ", Aryan mengerling ke arah jam tangannya. Dahinya juga mula berkerut.

"Kenapa?", soal Alea sambil menjongketkan keningnya.

"Well... nampaknya saya kena pergi sekarang. Sebab I have something to do. So, see you tommorow at the same place and the same time", jawab Aryan. Dia terus berlalu pergi .

"Boleh tahan handsome juga mamat tu", Alea terus memerhati buku yang dipegangnya sampai sekarang. Setelah beberapa kali berfikir, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa buku tersebut ke arah kaunter.

"How much?", tanya Alea sambil melihat ke arah wajah jurujual itu.

"You don't have to pay, Miss. Because someone just bought it for you...", jawab jurujual tersebut.

"Who?"
"He just left..."
"Takkanlah lelaki tadi..."
"Do you need plastic bag?"
"No. It's okay..."

Alea terus memasukkan buku tersebut ke dalam beg tangannya dan berlalu pergi. Dia tidak menyangka lelaki yang baru mengenalinya tadi sanggup membayarkan buku itu untuk dirinya. Terdapat fikiran negatif yang mengatakan bahawa lelaki ini sengaja membeli buku tersebut untuk mengumpat dirinya ke dalam jerat. Tapi, Alea tidak pernah bersangka buruk kepada sesuatu tanpa usul periksa. Itu yang diajarkan oleh arwah ibunya dari sewaktu dia masih kecil.

Setelah penat berjalan ke serata Kota London, Alea terus melemparkan beg tangannya lalu menghempaskan badannya di atas katil dengan sebuah keluhan yang panjang.

"Penat gila harini...", ujarnya sambil merenung ke arah ceiling. Tiba-tiba, dia teringatkan buku yang dibeli oleh Aryan petang tadi. Dia menggapai beg tangannya dan mengeluarkan tersebut dalam keadaan yang sungguh gembira.

"Hai, buku. Kau ni memang bagi aku luck lah", tersengih macam kerang busuk dibuatnya.

Dia terus memeluk buku tersebut sambil melelapkan matanya. Dalam pada masa yang sama, dia mengharapkan supaya esok merupakan hari yang bahagia buatnya.

... ??? ...

Setelah bangun dan memanaskan badan, menonton televisyen juga adalah perkara yang sudah menjadi rutin harian buat Alea. Dia sedang menonton kartun kegemarannya Spongebob Squarepants sambil menikmati oat cereal yang dibuatnya sebentar tadi. Tiba-tiba, dia mendengar deringan telefon bimbit dari atas meja di hadapannya. Jelas terpapar nama Dato' Johan di dalam paparan skrin telefon bimbit itu

"Apa lagi orang tua ni nak?", ujarnya lalu menghela nafas panjang. Rimas!

Telefon dibiarkan tanpa jawapan. Malas hendak melayan orang tua itu. Arlea mengerling jam tangan yang disarung pada tangan kanannya.

"Alamak, dah lambatlah! ", Alea mula kelam kabut. Dia terus meletakkan cereal nya di atas meja dan melarikan diri ke dalam bilik. Dia sudah terlambat untuk temu janjinya.

Alea hanya langsung menyarungkan jaket tebal yang dibelinya tiga hari lalu dan sarung tangan. Telefon bimbit itu terus dimasukkan ke dalam beg tangannya dan dia terus berlari keluar pergi ke arah tujuannya.

"Ya Allah, kenapa lah aku tak sedar. Dah lambat dah ni!", bebelnya sendirian.

Dia terus berlari ke arah teksi yang berhenti berdekatan dengannya. Pada hari ini, sekali lagi dia akan ke Jullian Bookstore. Alea yang sedang merenung ke arah luar tingkap tiba-tiba terlihat sosok seorang lelaki keluar dari kedai buku tersebut.

"Can you please, stop over here?", arah Alea. Dia terus menghulurkan duitnya dan keluar dari teksi.

"Aryan!", jerit Alea sambil berlari ke arah sosok tubuh lelaki itu.

Lelaki itu terus menoleh ke arah Alea yang sedang berlari dengan pantas. Benar tekaannya sebentar tadi, lelaki itu sememangnya Aryan. Namun, Alea tiba-tiba tersungkur jatuh akibat high heels yang dipakainya. Aryan yang melihat dari jauh terus berlari ke arahnya dengan segera.

"Alea, awak tak apa-apa ke ni?", soal Aryan setelah tiba. Dia terus menarik tangan Alea untuk bangun.

"It's okay. Saya tak apa-apa..."
"Betul ni tak apa-apa?"
"Ya. Jatuh sikit je ni"

Alea terus membersihkan seluarnya yang terkena debu akibat jatuh. "Thank you", ucapnya dengan senyuman yang mendatar. Dia berasa malu dengan insiden tadi.

"Next time hati-hati lah. Saya tahu awak excited bila nampak saya", nasihat Aryan sambil menggelengkan kepalanya.

"Perasan", ujar Alea sambil membuat reaksi muka  menyampah. Tertawa Aryan dibuatnya.

"Saya ingat awak tak datang harini"
"Mana ada tak datang. Habistu ni?"
"Okay... so sekarang awak nak buat apa?"
"Tak tahulah"
"Come and follow me"

Tanpa berfikir terlebih panjang, Aryan terus menarik tangan Alea. "Kita nak pergi mana ni?", soal Alea.

"Just wait and see", jawab Aryan ringkas. Dia terus membawanya berjalan ke sebuah kafe yang tidak jauh dari kedai buku itu. Mereka terus melabuhkan punggung di tempat duduk yang disediakan.

I hope that you guys will like this story! - I will try to update ASAP

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience