BAB 12

Romance Series 8093

Hospital Petaling Jaya, Malaysia.

Deon dan Alea bertemu dengan Danial di biliknya. Alea masih lagi sesak nafas. Keadaannya masih belum pulih.

"Alea, try to ambil nafas and hembus dengan perlahan. Tenangkan diri kau dulu", arah Danial. Dia sangat risaukan keadaan Alea tetapi dia juga harus bersikap tenang kepada Alea.

Alea mengikuti arahan Danial. Dengan perlahan, Alea cuba untuk menarik dan menghembuskan nafas dengan perlahan.

"Dia sakit apa?", soal Deon sambil mengerutkan dahinya.

"Panic attack", jawab Danial. Matanya masih fokus memandang ke arah Alea.

"Kenapa kau bagitahu dia?", tanya Alea. Dia berasa sedikit tenang sekarang.

"Lah, apa salahnya? Dia yang bawa kau datang sini kan?", soal Danial.

"Aku kan dah cakap aku tak nak siapa pun tahu pasal aku", jawab Alea. Dia berasa sedikit bengang.

"Habistu yang dia ada dekat sini sekali untuk apa?", Danial terus mengalihkan pandangannya ke arah Deon.

"Dia..."
"Aku future husband dia"

Mata Alea membuntang apabila mendengar kata-kata yang keluar dari Deon. Alea menepuk bahu Deon dengan kuat.

"Aduh!", Deon mengusap bahunya yang kesakiyan. Pedih!

"Memandai je kau cakap kau suami aku! Bila masa kita declare nak jadi suami isteri?", tanya Alea sambil menatap wajah Deon dengan tajam.

Danial hanya menjadi pemerhati. Jauh dari sudut hatinya, dia tidak sabar menunggu adegan yang akan terjadi selepas ini.

"Esok", jawab Deon yakin.

"Kau ni memang tak malu ke? Kita sekarang ni dekat hospital tau. Depan doktor pula tu", marah Alea.

Deon menggelengkan kepalanya. Alea cuba menahan kesabarannya yang susah mencapai tahap kritikal.

"Eh, apa korang ni bergaduh dekat tempat aku?", Danial menegur.

Deon dan Alea serentak memandang ke arah Danial lalu mereka menuding jari ke arah antara satu sama lain.

"Dia mula dulu!", Deon dan Alea bercakap dengan serentak.

Danial menepuk dahinya. Pertengkaran mereka berdua seolah-olah tiada penghujungnya.

"Dah lah, aku nak balik. Bukan nya sakit aku makin baik. Tapi makin buruk!", Alea terus bangun dari tempat duduknya.

"Eh, Alea jangan lupa makan ubat yang aku bagi haritu!", Danial memberi peringatan. Deon pula terus bangun dan mengikuti Alea dari belakang.

...

Suasana di dalam kereta begitu sunyi, Alea hanya terdiam tanpa memberi sebarang kata-kata. Deon pula fokus dengan pemanduannya. Sesekali mata Deon mengerling ke arah Alea.

"Awak betul ke tak nak saya bagitahu Uncle Johan pasal benda ni?", soal Deon. Dia sengaja ingin memecahkan tembok kesepian.

"Tak payah. Aku tak nak dia tahu pun", jawab Alea sambil memandang ke luar tingkap.

"Saya nak tanya sikit boleh?", tanya Deon.

"Kau nak tanya apa? Satu soalan RM1,000", jawab Alea dingin.

Deon tertawa mendengar kata-kata Alea.

"Awak ni kelakar lah", ujar Deon yang masih tertawa. Lalu, dia memandang ke arah Alea sekilas. Alea langsung tidak memberi respon.

"Lagi-lagi yang macam awak", sambung Deon. Alea tersentak.

"Ish, betul ke apa aku dengar ni?", Alea berbisik ke dalam hatinya. Dia masih cuba untuk berlagak tenang.

Deon berdeham untuk mengalihkan perhatian Alea.

"Awak, saya nak tanya lagi boleh?"
"Nak tanya apa lagi? Kau ni asyik banyak tanya lah"
"Saya nak tanya kenapa awak boleh kena panic attack"

Alea menoleh ke arah Deon sambil menyilangkan tangannya.

"Kau ni kalau tak sibuk hal orang tak boleh ke?", Alea mengerutkan dahinya. Geram!

"Saya nak tahu je. Kalau awak tak nak bagitahu, macam ada bagusnya saya report dekat Dato' Johan", Deon sengaja mengugu. Alea menuding jarinya ke arah Deon.

"Kau jangan berani-berani nak ugut aku eh?!", marah Alea.

"Saya bukan ugut. Saya blackmail je", jawab Deon selamba.

"Sama je lah maksud dia tu!", Alea meninggikan suaranya.

Deon tertawa dengan gembira. Ternyata seronok juga memancing emosi orang. Alea mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap kereta.

"Awak saya nak tanya lagi boleh?", Deon mengajukan lagi soalan kepada Alea. Namun, persoalannya dibiarkan sepi. Kelihatannya Alea sudah malas hendak melayan karenah Deon.

"Kalau saya nak panggil awak Safea boleh?", tanya Deon.

Alea tersentak mendengar pertanyaan Deon. Lantas, memorinya bersama Aryan kembali berputar di ingatan. Sebelum ini, cuma Aryan seorang yang memanggil dirinya dengan panggilan "Safea".

"Boleh tak?"
"Tak boleh"

Deon memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo besar milik Alea. Alea terus memakai beg tangannya lalu membuka pintu kereta Deon. Deon terus menarik tangan Alea. Mereka berdua bertatapan antara satu sama lain seketika.

"Safea, awak kena jaga diri awak elok-elok", ujar Deon ikhlas dari hatinya lalu tangan Alea dilepaskan.

"Thanks", ucap Alea simple. Dia terus keluar dari kereta Deon. Alea memberhentikan langkahnya lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Deon.

Deon tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah Alea. Lalu, Alea terus memandang semula ke hadapan lalu berlalu pergi. Deon hanya memerhati langkah Alea dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience