BAB 3

Romance Series 8093

Dua minggu berlalu...

Cool Hot Restaurant, London.

Sudah dua minggu Alea berada di kota London ini. Tak lama lagi dia akan pulang ke Malaysia. Sejak daripada hari pertemuan dirinya bersama Aryan, mereka berdua menjadi semakin rapat. Awalnya Alea agak sedikit ragu-ragu untuk mengenali Aryan tetapi sekarang dia mula merasa selesa dan yakin bahawa dia adalah seorang lelaki yang baik. Mereka berdua juga sangat rancak berbual sambil menikmati kopi Americano.

"Alea...", panggil Aryan.

"Ya?", soal Alea sambil menjongketkan keningnya.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak sebenarnya", kata Aryan yang kedengaran serius.

"Apa dia?"
"Saya sebenarnya..."
"Sebenarnya apa? Awak ni buat saya suspen lah"
"Saya tak tahu nak start macam mana"

Alea masih menunggu jawapan Aryan. Tetapi, wajah Aryan jelas terpancar yang dia masih ragu-ragu untuk memberitahu hal ini.

"Cepatlah, kalau tak saya balik ni!", ugut Alea yang bangun dari tempat duduknya. Dia memang sengaja nak mengugut.

"Okay fine, duduklah dulu", pinta Aryan sambil memegang tangan Alea. Dia terus melabuhkan punggungnya semula di tempat yang berhadapan dengan Aryan.

"Sebenarnya...", ayat Aryan dibiarkan tergantung. Dia mengambil dan menghembuskan nafasnya.

"Sebenarnya apa? Cepatlah cakap"
"Saya..."
"Nak balik lah macam ni"
"To be honest, I like you Alea. I really like you..."

Tergumam Alea mendengar kejujuran Aryan itu. Dia cuba untuk berlagak tenang. "Awak gurau je kan?", soalnya ingin tahu.

"I'm serious. Saya tak main-main, Alea. Saya dah lama perhatikan awak dekat bookstore tu walaupun awak tak pernah perasan. Dan bila saya kenal awak, saya dapat tengok yang awak ni lain daripada all the girls yang pernah saya kenal", tanya Aryan sambil menatap mata Alea dengan mendalam.

"Semua lelaki cakap benda yang sama", ujar Alea yang masih kurang yakin.

"Awak jangan samakan saya dengan lelaki lain. Saya ikhlas sayangkan awak", kata Aryan.

Alea hanya mampu terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Malu!

"Will you be mine?", soal Aryan dengan nada serius. Dalam beberapa saat, Alea terus menganggukkan kepala tanda setuju. Entah mengapa dia boleh bersetuju dalam waktu yang begitu cepat.

Sebuah senyuman mula terbit di wajah Aryan.

"Are you serious?", soalnya yang masih tidak percaya.

"Awak nampak muka saya ni macam main-main ke?", tanya Alea sambil memuncungkan bibirnya.

"Kalau macam tu... saya ada sesuatu nak bagi dekat awak", Aryan terus mencari sesuatu di tempat duduknya. Dia terlupa yang barang itu ditinggalkan di dalam keretanya.

"Awak tunggu sini kejap eh"
"Jangan lama-lama"
"Ya... Bukannya saya nak pergi selamanya pun"

Jauh di sudut hati, kata-kata Aryan tu membuatkan dirinya mula rasa tidak senang hati. Aryan terus  menghadiahkan sebuah senyuman sebelum dia beredar ke arah parking yang terletak di seberang jalan. Pintu kereta dibuka dan dia terus mengambil sebuah kotak hadiah yang terletak di kerusi hadapan.

"Aryan, cepatlah!"

Aryan terus mengalihkan pandangannya ke arah restoran itu dan dia melihat Alea yang memberi isyarat tangan untuk menyuruhnya cepat. Tanpa berfikir panjang, Aryan terus melintas jalan sambil memandang ke arah Alea dengan senyuma. Tiba-tiba, Alea terlihat sebuah kereta yang dipandu laju sedang menuju ke arah Aryan.

"Aryan!", jerit Alea sekuat hati.

Namun, kereta itu terus merempuh Aryan di depan matanya. Perkara yang disaksikannya itu telah membuatkan dirinya hilang keseimbangan. Dia terjatuh melutut manakala air matanya juga mula mengalir di pipi. Hanya Tuhan yang tahu betapa tragisnya kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Sebak,
Sedih,
Perit.

Darah yang mengalir di jalan itu sudah cukup menjadikan dirinya lemah. Degupan jantungnya seolah-olah terhenti seketika. Orang ramai mula datang mengelilingi. Manakala, bunyi siren ambulans, suara tangisan dan jeritan itu membuatkan kepalanya sudah tidak mampu untuk berfikir lagi. Badannya rebah dan dunia nya kini telah menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience