BAB 4

Romance Series 8093

St' Thomas London, London.

Alea tidak dapat menahan sebak. Kehilangan Aryan membuatkan dia hampir hilang pertimbangan. Jam sudah menunjukkan tepat jam 12 malam, Alea masih tetap kekal di hospital dan terus menangis . Dia tidak ingin pergi.

"Kenapa? Kenapa kau kena pergi?", Alea memeluk dirinya. Dia tidak menyangka bahawa orang yang dia sayangi akan pergi secepat ini.

9 bulan kemudian...

KLIA, Malaysia.

Beg bagasi ditarik dengan perlahan. Alea menggagahkan dirinya untuk pulang ke Malaysia atas paksaan Dato' Johan. Jika diikutkan hatinya, dia memang tidak ingin pulang.

"Alea!"

Suara itu telah mengalihkan perhatian Alea. Dia mencari dimana kemunculan suara itu. Matanya tepat memandang ke sosok seorang perempuan yang sedang berlari sambil melambaikan ke arahnya.

"Kinta", nama itu muncul dibibir Alea sambil diiringi dengan senyuman.

Kinta menubruk badan Alea dan memeluknya dengan erat. Alea membalas pelukannya sambil tersenyum gembira.

"Aku ingatkan kau memang dah tak nak balik Malaysia", Kinta melepaskan pelukan sambil memuncungkan bibir.

"Kalau ikutkan hati aku. Aku memang tak nak balik lah... tapi orang tua tu paksa aku", Alea menjeling. Menyampah!

"Kejap, macam mana kau tahu aku balik Malaysia harini?", Alea mengajukan lagi persoalan.

Kinta hanya tersengih-sengih tanpa memberikan jawapan. Alea sudah dapat mengagak jawapan yang sebenar.

"Mesti orang tua tu kan?"

"Alah, kau ni... dia risaukan kau lah sebab tu dia bagitahu aku untuk ambil kau"

"Risau?"

Alea tersenyum sinis. Dia tidak percaya bahawa Dato' Johan risau akan dirinya.

"Betul lah! Kau punya merajuk tu sampai bawa diri pergi London. Orang tua mana je tak risau", jawab Kinta.

"I went to London because of him, okay?", Alea malas hendak memanjangkan perbicaraan. Dia terus menarik beg bagasi dan berjalan meninggalkan Kinta.

Kinta terus mengejar Alea dengan segera, "Eh tunggu dulu!".

...

Book Cafe, Malaysia.
Sedang bermain lagu "Do Re Mi" yang dinyanyikan oleh blackbear.

Alea meneguk secawan kopi Latte kegemarannya. Sudah lama dia tidak singgah ke sini untuk minum secawan kopi. Dekorasi dan suasana kafe ini sungguh menenangkan. Para pelanggan juga dapat meminjam buku yang disediakan sambil meminum secawan kopi yang diingini. Kinta memerhatikan Alea yang masih terdiam. Kopi hot cappuccino di tangannya di letakkan ke atas meja.

"Aku tengok kau ni macam dah lain", soal Kinta yang cuba memecahkan tembok kesunyian.

Alea mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Kinta, "Apa maksud kau ni?".

"Dulu kau banyak cakap tapi sekarang ni kau banyak diam je. Kau masih fikirkan hal Dato' Johan ke?"

"Tak kuasa aku nak fikir pasal orang tua tu. Benda dah jadi dah pun"

"Habistu, kenapa kau macam ni?"

"Aku okay je lah Kinta. Aku cuma penat je naik flight tadi"

Alea cuba untuk meyakinkan Kinta. Jujur fikirannya masih dipenuhi dengan kenangan Aryan. Cinta yang dia tidak akan dia pernah lupakan.

Kinta menghela nafas panjang, "Yelah. Lepasni aku hantar kau balik rumah eh?".

Alea menghela nafas panjang. Dia cukup malas untuk pulang semula ke rumahnya.

...

Kota Damansara, Malaysia.

Alea menjejakkan kakinya di hadapan pintu rumah banglo tiga tingkat ini. Dia mengetuk pintu rumahnya sambil memberikan salam, "Assalammualaikum!".

Makcik Esah membuka pintu rumah tersebut. Matanya terbuntang saat melihat Alea berada di depan rumah.

"Cik Alea!", panggil Bibik Esah. Dia begitu terkejut melihat kepulangan Alea ke rumahnya itu.

"Apa kabar, makcik?", Alea mengukirkan senyuman.

"Baik je. Cik, masuk lah rumah dulu. Beg ni biar makcik yang bawa", Makcik Esah terus mengambil beg bagasi Alea. Pintu dibuka luas untuk memberikan ruang Alea memasukinya.

"Terima kasih, makcik", Alea terus melangkahkan kakinya masuk. Manakala, Makcik Esah pula menutup pintu rumah lalu mengikuti langkah Alea dari belakang sambil membawa beg bagasinya.

"Alea!"

Langkah kaki Alea terhenti seketika. Suara itu begitu cukup dikenalinya. Dato' Johan yang sedang duduk di atas sofa terus bangun dari tempat duduknya. Senyuman diukir melihat kepulangan anaknya.

"Alea, mari lah sini. Papa nak kenalkan kamu dengan...", belum sempat Dato' Johan menghabiskan bicaranya. Alea terus menarik beg bagasinya dari Makcik Esah.

"Tak apa, makcik. Biar Alea je bawa naik", Alea Safea mengangkat beg bagasinya menaiki tangga.

"Alea!", panggil Dato' Johan lagi. Alea Safea langsung tidak mengendahkan panggilan itu.

Pemuda yang masih terduduk di atas sofa hanya melihat drama di hadapan matanya. Datin Syafea menjejakkan kakinya keluar dari dapur sambil melihat ke arah Dato' Johan.

"Abang, kenapa ni?", soal Datin Syafea.

Dato' Johan mengalihkan pandangannya ke arah Datin Syafea lalu menjawab, "She just came back".

"Lah, kenapa dia tak duduk minum dulu?", soal Datin Syafea lagi. Dato' Johan hanya menggelengkan kepalanya. Datin Syafea sudah dapat mengagak maksud Dato' Johan.

"Tak apa, nanti saya cuba cakap dengan dia", Datin Syafea cuba untuk menenangkan hati tua suaminya itu.

Dato' Johan hanya menganggukkan kepalanya lalu dia kembali duduk di samping pemuda itu.

"Deon", panggil Dato' Johan.

Deon terus mengalihkan pandangannya ke arah Dato' Johan.

"Pandang apa tu?", soal Dato' Johan sambil tersenyum.

"Tak ada apa, Dato'. Cuma... yang tadi tu siapa?", tanya Deon ingin tahu.

Dato' Johan tertawa lalu dia menjawab, "Itu lah anak uncle, dia baru balik dari London. Kenapa? Kamu suka ke?".

Deon berdeham lalu terus menggapai fail di atas meja di hadapannya.

"Eh, tak ada lah uncle. Deon tanya je... ni uncle jangan lupa sign kontrak ni nanti", ujar Deon sambil tergagap. Dia sengaja ingin mengalihkan topik.

Dato' Johan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat reaksi Deon. Dalam pada masa yang sama, Datin Syafea pula melabuhkan punggung di atas sofa yang berhadapan dengan mereka berdua sambil menguntum senyuman.

I hope you guys will keep on showing love and support!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience