BAB 11

Romance Series 8093

EQ Kuala Lumpur,
Sedang bermain lagu "Angel" yang dinyanyikan oleh Bazzi.

Suasana majlis yang diadakan di dalam dewan hotel 5 bintang di Kuala Lumpur ini kelihatan begitu meriah. Dekorasi yang "simple but classy" itu membuatkan tetamu pada malam ini begitu teruja. Lagu yang dimainkan juga tidak kurang enak untuk didengari. Dalam pada masa yang sama, seorang gadis melangkah masuk dalam langkah ala "catwalk" itu berjaya mengalihkan tumpuan semua tetamu yang hadir.

Ya, dia Alea Safea.

"Hey, Alea"

Alea berhenti meneruskan langkahnya. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah Dean di sebelahnya.

"Hey?", Alea balas sapaan Dean dengan sedikit janggal.

Dean memandang ke arah Alea dari atas sehingga ke bawah. Kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Senyuman mula terbit di wajahnya.

"You look really pretty today", puji Dean.

"Thank you", ucap Alea. Itu saja yang mampu keluar dari mulut Alea.

"Dato' Johan mana?", soal Dean. Dia sengaja mencari topik untuk berbual.

"Papa gerak awal katanya dia ada urusan sikit and then dia akan datang majlis ni once everything dah selesai", jelas Alea. Dean hanya menganggukkan kepalanya.

Langkah demi langkah, Deon berjalan memasuki dewan diiringi dengan Ardian. Deon tampak begitu berlainan pada hari ini, dia mengenakan pakaian kot dan juga kemeja yang ditempah khas sewaktu dia berada di Jakarta. Matanya mula melirik ke arah sekeliling.

"Deon", panggil Ardian. Lalu, Deon menoleh ke arah Ardian.

"Asal?", soal Deon sambil menjongketkan keningnya.

"Kau tengok tu dia bukan main lagi mengorat awek cun", Ardian menunjuk ke arah Dean dan Alea yang sedang berbual bersama.

Deon terus memandang ke arah Dean dan Alea. Dia terus menuju ke arah mereka berdua tanpa pengetahuan Ardian.

"Eh, mana pula dia ni. Ghaib pula ke?", tanya Ardian sebaik saja menyedari ketiadaan Dean.

Dean dan Alea masih lagi berbual. Sepertinya Alea sudah mula selesa untuk berbicara dengan Dean. Deon terus mendekati Dean lalu menepuk bahunya dengan pelan.

"Amboi, kau bukan main lagi eh", tegur Deon.

Dean terkejut lalu memandang ke arah Deon. Dia terus mengusap dadanya. Hampir saja jantungnya mau tercabut.

"Aduh, abang ni sengaja nak kacau Dean kan?", Dean bengang.

Mata Alea membuntang sebaik sahaja melihat kehadiran Deon di majlis ini. Apa yang lebih mengejutkan lagi, Dean memanggil Deon dengan panggilan "abang". This is ridiculous!

Deon menarik lengan Dean untuk lebih dekat dengannya. Lalu, Deon berbisik dengan perlahan, "Kau jangan macam-macam ya dik. Orang dekat depan kau ni future wife abang tau".

Walaupun Deon berbisik dengan perlahan. Namun, Alea masih dapat mendengarnya. Dia mula berasa kurang selesa dengan apa yang diperkatakan oleh Deon.

"Dean, I nak pergi toilet kejap", Alea sengaja memberi alasan. Dia terus beredar dengan segera.

Dean terus memandang ke arah Deon dengan kerutan di dahinya.

"Is it true that she is your future wife?", soal Dean ingin kepastian.

Deon hanya memerhati langkah Alea yang berlalu pergi. Dia tersenyum sendiri.

"Aku gurau je lah. Takkan aku nak kahwin dengan perempuan yang aku baru jumpa", jawab Deon.

"You know what? Because of you I baru je terlepas my jackpot", Dean menepis tangan Deon lalu berlalu pergi. Deon hanya tertawa. Merajuk pula!

...

Alea mengeluarkan gincu dari beg tangan Chanel miliknya. Dia terus memandang ke arah cermin dan melihat kesan gincu di bibirnya semakin pudar. Gincu di tangannya dibuka dan dipakaikan pada bibirnya.

"Perfect", satu kata yang cukup untuk mengungkap penampilannya.

Alea memasukkan gincu itu ke dalam beg tangannya. Belum puas melihat wajahnya di cermin. Dia melangkahkan kakinya menuju ke keluar dari tandas dengan segera.

Tiba-tiba, lampu terpadam. Alea mula panik lalu menjerit. Beg tangannya dibuka lalu dia cuba meraba telefon bimbitnya. Akibat terlalu kelam kabut mencari, akhirnya telefon bimbitnya terjatuh di atas lantai.

"Shit!", Alea semakin panik. Dia cuba untuk meraba ke bawah lantai tetapi masih belum dapat menemuinya.

Alea mula sesak nafas. Dia terlalu takut berada dalam kegelapan. Sebelum ini, Danial ada memberitahu sesak nafas yang sering dihadapinya itu merupakan kesan serangan panik. Untuk mengelakkan serangan itu kembali, Alea perlu kekal tenang.

Dengan perlahan, Alea melangkahkan kakinya keluar dari tandas lalu memandang ke arah sekeliling yang dalam keadaan gelap.

"Alea, please relax. You can do this", bisik Alea di dalam hatinya. Dia cuba untuk mengawal serangan paniknya sambil mencari jalan keluar.

"Safea?", panggil seseorang.

Langkah Alea terhenti sebaik saja mendengar suara itu.

"A... Aryan?", Alea cuba mencari dimana kemunculan suara itu. Tanpa dia sedari, Alea terlanggar seseorang. Walaupun dalam keadaan gelap, tetapi Alea tahu kalau pemilik badan itu merupakan seorang lelaki.

Lantas, dia memeluk dengan erat. Fikirannya mula terbayangi dengan wajah Aryan saat dia memeluk lelaki itu.

"Jangan pergi lagi. Please?", pinta Alea. Semakin erat pelukannya.

"It's okay. I'm here. I won't go anywhere", kata pemuda itu. Pelukan Alea dibalas.

"Saya takut", kata Alea. Dia masih lagi berada dalam keadaan sesak nafas.

"Tarik and lepas dengan perlahan. Anggap ini adalah memori buruk yang perlu awak lepaskan", kata pemuda itu lagi. Tangannya mula mengusap pelan kepala Alea.

Alea cuba untuk menarik nafas dan melepaskan dengan perlahan.

"Saya rindukan awak, Aryan", ucap Alea dengan perlahan.

Kedua-dua belah pipi Alea dipegang oleh pemuda itu. Sebuah kucupan hinggap di dahi Alea. Dia tidak tahu mengapa dia boleh membiarkan lelaki ini mencium dahinya. Tetapi, apa yang dia tahu. Dia dapat merasakan kehadiran Aryan saat ini.

"I need to go now", ujar pemuda itu. Kedua-dua belah pipi Alea dilepaskan. Dengan perlahan, pelukan itu juga dirungkai.

Alea cuba untuk mendapatkan pemuda itu lagi. Tetapi, gagal. Dia tidak dapat melihat di mana keberadaan lelaki itu.

"You will meet me again, Safea. Just wait for me", ungkap pemuda itu.

Air mata Alea mula menitis. Dia tidak ingin kehilangan Aryan lagi.

"Aryan!", teriak Alea dengan kuat.

Bekalan elektrik kembali semula. Semua lampu menerangi ke arah sekeliling Alea. Dia cuba melihat ke arah setiap sudut. Namun, pemuda itu telah pergi.

"Aryan, I'm hoping that was you", bisik Alea di dalam hatinya. Perasaannya sangat yakin kalau pemuda itu adalah Aryan.

...

Dato' Johan menyerahkan kontrak kepada Tan Sri Mokhtar sebagai penghargaan atas kerjasamanya. Semua yang hadir memberikan tepukan yang gembira. Datin Syafea yang turut hadir pada majlis itu juga tersenyum melihat ke arah Dato' Johan yang sedang berada di atas pentas.

"Here come my business partner!", Dato' Johan mending jari ke arah Tan Sri Mokhtar.

Tan Sri Mokhtar meneruskan langkahnya menuju ke arah pentas.

"Congrats, papa!", Deon berteriak sambil memberikan semangat.

Di sudut lain, Alea melangkahkan kakinya keluar dari pintu masuk hotel. Deon yang berada berdekatan menyedari kehadiran Alea di situ. Keadaan Alea kelihatan seperti agak lemah. Deon terus memegang bahu Alea.

"Awak okay ke?", soal Deon.

Alea menggelengkan kepalanya. Alea masih lagi berada dalam keadaan sesak nafas.

"Kenapa dengan awak ni? Jom saya bawa pergi klinik", Deon menarik tangan Alea.

"Kau tak payah campur urusan aku boleh tak? Aku tak apa-apa", Alea menepis tangan Deon. Namun, Deon dengan segera menarik tangan Alea sekali lagi.

"Awak jangan degil boleh tak? Kalau apa-apa jadi nanti macam mana?!", marah Deon.

"Kau ni tak faham ke aku cakap aku tak okay. Aku okay lah", balas Alea. Geram!

"Awak nak ikut saya atau awak nak saya angkat awak dekat sini"
"Kau jangan macam-macam. Aku jerit nanti"
"Dengan keadaan awak macam ni pun still boleh jerit ke?"

Alea terdiam. Panas hatinya tetapi dia juga tidak boleh berada dalam keadaan tertekan.

"Awak jangan risau. Sampai je dekat kereta saya call Uncle Johan", kata Deon.

"Aku nak kau bawa dekat hospital yang aku jumpa kau haritu", ujar Alea sambil mengusap dadanya.

Deon menganggukkan kepalanya lalu menarik tangan Alea menuju ke pintu masuk hotel. Everything will be fine soo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience