BAB 5

Romance Series 8090

Beg bagasi di letakkan di sebelah katil. Alea Safea terus menghempaskan badannya di atas katil. Penat!

"Kenapa lah aku kena balik sini?", bisik Alea di dalam hatinya.

Ikatan rambutnya di lepaskan. Rambut coklat hazelnutnya di biarkan tanpa berselerakan di atas katil.

Knock! Knock!

Terdengar ketukan pintu yang mengganggu waktu istirahatnya. Alea bangun dari katilnya lalu membuka pintu. Datin Syafea menguntum senyuman ke arah Alea. Senyuman itu membuatkan amarah Alea semakin membara. Benci!

"Alea, turun lah makan dulu. Mama ada masakkan spaghetti kegemaran Alea tau", ajak Datin Syafea.

"Aku dah makan", jawab Alea.

Senyuman di bibir Datin Syafea mula pudar. Dia tahu Alea terlalu bencikan dirinya. Namun, dia tetap berusaha untuk mengekalkan senyuman di wajahnya.

"Makan lah dulu. Mama penat tau masak untuk Alea", pinta Datin Syafea.

Alea menatap wajah Datin Syafea sambil menyilangkan tangannya. Wajahnya tampak begitu serius, "Sekarang ni aku nak tanya kau. Ada ke aku suruh kau masak untuk aku?".

Datin Syafea tersentak. Dia tidak menyangka Alea akan memanggilnya dengan panggilan "kau" dan "aku".

"Tapi, Alea. Mama...", ayat Datin Syafea belum sempat dihabiskan. Alea meneruskan bicaranya.

"Kau dengar sini eh, kau memang boleh ambil hati bapak aku. Tapi, bukan dengan aku", Alea tersenyum sinis. Datin Syafea hanya terdiam membisu.

"Satu lagi, kau tak payah nak bermama sangat lah dengan aku. Aku geli tau tak?", kata Alea yang langsung tanpa teragak-agak.

Datin Syafea masih terdiam. Hatinya sakit mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Alea. Tetapi, dia sedar bahawa bukan mudah untuk Alea menerimanya sebagai ibu tiri.

"Sekarang ni aku nak tidur. Kau jangan nak cuba kacau aku", Alea menutup pintu biliknya dengan segera. Dia menghela nafas panjang. Entah mengapa setiap kali dia melihat wajah Datin Syafea, perasaan benci itu semakin membuak-buak.

Mata Alea terpandang ke arah sebuah bingkai gambar di atas meja soleknya. Lantas, Alea berjalan untuk mengambil bingkai gambar tersebut.

"Ma... Alea rindu mama. Kenapa semua orang yang Alea sayang pergi tinggalkan Alea?", air mata Alea menitis di atas bingkai gambar tersebut. Alea terus memeluk gambar itu.

Setelah kematian Datin Aninda, hanya Aryan yang berjaya melukiskan senyuman di wajahnya. Namun, kedua-dua insan itu telah pergi meninggalkannya.

...

Syarikat Tech. Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Deon asyik di dalam lamunannya. Seketika fikirannya dibayangi oleh wajah Alea di rumah Dato' Johan.

"Boleh tahan", terbit senyuman di bibir Deon.

Bunyi pintu yang diketuk membuatkan Deon terjaga dari lamunannya. Menganggu betul!

Deon menggelengkan kepalanya lalu mengambil fail di atas mejanya. Dia berpura-pura membelek fail tersebut, "Ha, masuk!".

Ardian membuka pintu bilik Deon lalu dia berlari ke arah tempat duduk di hadapan Deon. Deon mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Ardian yang sedang duduk di atas kerusinya.

"Woi, kau ingat ni office bapak kau ke?", ujar Deon yang kemudiannya menutup fail di atas meja.

"Kejap, aku penat ni! ", Ardian cuba membetulkan pernafasannya.

"Siapa suruh kau berlari macam pelesit?", soal Deon sambil menyilangkan tangannya.

"Aduh, kau ni. Kalau tak penting, aku tak adanya lah nak masuk bilik kau ni. Ni... aku nak cakap dengan kau sikit", kata Ardian yang masih tercungap-cungap.

"Apa benda?"
"Tadi Aura cari kau"
"Hah? Apa hal perempuan tu nak cari aku?"

Sejujurnya Deon memang sudah penat melayan karenah bekas tunangnya itu. Walaupun mereka sudah putus, tetapi gadis itu tidak pernah penat untuk mengganggu hidupnya.

"Mana lah aku tahu. Habis semua budak office dia maki sampai aku sekali kena", adu Ardian.

Deon memicit kepalanya, "Lain kali kalau dia buat hal lagi kau panggil je guard suruh halau dia".

"Kau tak rasa kejam sangat ke?", tanya Ardian sambil menjongketkan keningnya.

"Kejam apa benda? Perangai dia tu dah melampau. Dari dulu sampai sekarang sama je. Tak kuasa aku nak layan perempuan macam tu", jawab Deon.

Sifat Aura yang pemarah dan suka mencabar kesabarannya menjadi punca utama mereka putus pertunangan. Dulu dia memang boleh bersabar tapi sekarang, dia tak akan berdiam lagi.

"Aku syak dia ni memang tak boleh move on dengan kau", teka Ardian dengan yakin.

"Mampus lah! Aku tak kisah pun dia nak move on ke tak nak move on ke, yang penting aku memang dah tak boleh terima dia lagi. She's way too much, bro", tegas Deon.

"Betul juga. Selama ni pun dia dah buat macam-macam dekat kau kan?", ujar Ardian. Dia tahu sahabatnya itu memang seorang yang berpegang kepada prinsipnya.

"Dah, sekarang ni aku nak tanya. Tan Sri ada dalam bilik ke?", Deon sengaja mengubah topik. Malas hendak memikirkan tentang bekas tunangnya.

"Ada. Tadi dia baru habis settle kan projek dekat Sentul tu", jawab Ardian.

"Haish, dah berapa bulan dah projek dekat Sentul tu takkan tak baru settle kot?", soal Deon.

"Mana aku tahu. Ini masalah construction lah, yang aku dengar projek tu lambat siap sebab ada masalah", jelas Ardian lalu dia bangun dari tempat duduknya.

"Kau nak pergi mana?"
"Aku ada banyak kerja nak kena settle. Nanti apa-apa kau roger aku"
"Okay"

Ardian terus membuka pintu pejabat lalu beredar dengan segera. Deon hanya menyandarkan badannya pada kerusi lalu menghela nafas panjang.

Penat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience