BAB 13

Romance Series 8090

Sedang bermain lagu "Starlight" yang dinyanyikan oleh Taeyeon ft. Dean,

Pintu rumah dibuka dengan perlahan. Malam sudah menjelang, Alea yakin jika Dato' Johan melihatnya pada saat ini pasti dia akan berada dalam masalah yang besar. Langkah diatur secara perlahan. Matanya sukar untuk melihat keadaan sekeliling yang gelap.

"Alea"

Suara itu sangat dikenalinya. Lampu rumah dibuka. Alea tahu selepas ini dia tidak dapat mengelak. Alea hanya mengukirkan senyuman sambil melihat ke arah Dato' Johan yang sedang mencekak pinggang di hadapannya.

"Do you have any explanation?", soal Dato' Johan sambil menjongketkan keningnya.

Alea cuba berfikir alasan yang sewajarnya diberikan kepada Dato' Johan.

"Alea jumpa Kinta tadi", jawab Alea gagap.

"Alea jangan nak tipu papa eh. Papa ada call Kinta and dia cakap yang Alea tak ada pun dengan dia tadi", Dato' Johan menyilangkan tangannya.

"Apa-apa jelah. Alea bukannya keluar pergi mana pun", Alea melangkahkan kakinya menuju ke arah tangga. Alea tahu jika dia terus berasa disitu, Dato' Johan tidak akan berhenti memberi 'tazkirah' kepadanya.

"Papa tak suka dengan perangai Alea sekarang. Dah pandai tunjuk besar kepala. Remember that I'm still your dad, Alea", kata Dato' Johan lalu menoleh ke belakang.

Alea memberhentikan langkahnya lalu dia memandang ke arah Dato' Johan. Alea tersenyum sinis.

"If you know that you are still my dad. Why are you doing this to me? Papa tahu kenapa mama meninggal kan?", soal Alea. Air matanya menitis namun dengan segera dia mengesatnya. Dato' Johan terdiam seketika.

"You cheated on her and she is dead because of you, papa! Because of you!", bentak Alea. Alea terus berlari menaiki tangga.

Dato' Johan hanya mampu terdiam. Mungkin segala yang berlaku padanya sekarang ini adalah balasan kerana perbuatannya dahulu. Alea masih terluka kerana dirinya.

...

Pintu dihempas dengan kuat. Alea tidak dapat menahan dirinya daripada terus menangis. Kematian Datin Aninda meninggalkan kesan yang sangat besar dalam hidupnya sebelum Aryan. Alea melabuhkan punggungnya di atas katil lalu memeluk tubuhnya.

...

Syarikat Tech. Sdn. Bhd, Kuala Lumpur,

Jantung Deon berdegup kencang. Ini merupakan kertas cadangan pertama kepada Dato' Mokhtar untuk melakukan perombakan kepada sistem syarikat. Sejak daripada majlis malam semalam. Syarikat mereka menjadi perhatian banyak ahli perniagaan. Jadi Deon perlu bertanggungjawab untuk memastikan agar perniagaan dan sistem syarikat mereka menjadi lebih kukuh dari sebelumnya.

"So, how? Dato' okay ke dengan cadangan saya", soal Deon.

Wajah Dato' Mokhtar tampak kelihatan serius sehingga Deon tidak dapat memastikan sama ada dia dapat menerima cadangannya atau pun sebeliknya.

"Impressive. Tapi perombakan yang Deon nak buat ni akan memerlukan jangka masa yang panjang. Deon rasa syarikat kita mampu ke?", tanya Dato' Johan sambil memandang ke arah Deon. Keningnya dijongketkan.

"Saya yakin syarikat kita mampu sebab tak ada perubahan yang dapat dilakukan dengan masa jangka pendek. Dan setiap perubahan yang akan di buat adalah berperingkat. Kita juga akan dengar feedback dari staf kita sendiri untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan perubahan tersebut kepada syarikat kita", jawab Deon yakin.

Dato' Johan menutup portfolio yang berada di tangannya di tutup. Terbit senyuman di bibirnya.

"Deon dah semakin matang sekarang. You have a lot improvement", ujar Dato' Johan gembira.

"Thank you, Dato' for your compliments", Deon membalas senyuman Dato' Mokhtar. Ini adalah kali pertama dia diberi pujian sebegitu.

"I accept your idea tapi..."
"Tapi?"
"You have to be responsible for everything that happen to our company"

"Baik lah, kapten", kata Deon sambil membuat tabik hormat. Jika diikutkan hatinya, dia ingin menjerit sekarang namun dia harus bersikap profesional di hadapan ayahnya.

Dato' Mokhtar berdeham lalu berkata, "Ni, papa nak tanya sikit ni".

"Apa dia Dato?", soal Deon yang masih bersikap profesional.

"Macam mana kamu dengan dia? Jadi ke melamar?", soal Dato' Mokhtar inginkan kepastian.

Terbuntang mata Deon dibuatnya. Dia tidak menyangka Dato' Mokhtar akan bertanya tentang hal ini di pejabat. Selama Deon bekerja di syarikat ini, Dato' Mokhtar sememangnya seorang yang sangat tegas dan tidak mencampur hal peribadi dengan urusan pejabat.

"Pa, perlu ke kita nak cakap benda ni dekat office?", Deon bercakap dengan nada perlahan.

"Lah, biar lah. Papa ni tak sabar tau nak dapat menantu. Mama kamu tu tak habis-habis membebel dekat rumah sebab kamu tak kahwin lagi" ujar Dato' Mokhtar.

Deon melihat ke arah sekelilingnya lalu memandang semula ke arah Dato' Mokhtar.

"Pa, janganlah kuat sangat pa. Nanti orang dengar. Deon tak sukalah kalau orang bergosip pasal Deon", kata Deon. Kejadian sewaktu dia bersama dengan Aura banyak memberikan pengajaran kepada dirinya.

"Tak ada orang dengar pun lah. Bila Deon nak pergi merisik? Papa kena standby tau sebab banyak projek nak berjalan" bebel Dato' Mokhtar.

"Pa, tunggulah dulu papa dia discuss dengan dia. Takkan lah Deon nak gelojoh", ujar Deon sambil menggarukan kepala. Pening hendak melayan karenah Dato' Mokhtar.

"Make sure jadi eh. Jangan sampai macam waktu kamu dengan Aura. Haprak pun tak jadi", tegas Dato' Mokhtar. Dia tidak ingin perkara lepas terjadi lagi.

"Just believe in me papa. Ini anak Dato' Mokhtar tau", Deon cuba meyakinkan Dato' Mokhtar.

"I hope you won't disappoint me"
"I won't"

Deon terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah pintu pejabat Dato' Mokhtar. Dato' Mokhtar tersenyum sambil melihat ke arah Deon yang keluar dari biliknya.

...

Kota Damansara, Malaysia,

Perlahan langkah Alea turun daripada tangga. Pakaiannya sedikit kasual pada hari ini. Hanya dengan t-shirt putih dan dipadankan dengan seluar jeans biru muda mengikut bentuk kakinya.

This is what we called as chef's kiss

Langkahnya tiba-tiba terhenti sebaik sahaja menyedari satu sosok badan berada di hadapannya.

"Alea, papa nak cakap sikit", kata Dato' Johan. Alea membisu seketika.

Dato' Johan berjalan ke arah sofa di ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya. Alea turut mengikuti langkah Dato' Johan.

"Have a seat", jemput Dato' Johan.

Alea duduk di atas sofa sambil menundukkan kepalanya.

"Papa nak cakap sikit", kata Dato' Johan lalu menyandarkan badannya pada sofa. Wajah Alea ditatap serius.

"Papa kalau nak cakap pasal semalam. Alea malas lah", Alea bangun dari tempat duduknya.

"Alea. Papa suruh duduk", tegas Dato' Johan.

"Apa lagi papa? Alea malas lah"
"Alea Safea, duduk sekarang"

Alea mendengus. Dia berasa agak rimas dipaksa sebegitu. Dari jauh, Datin Syafea melangkah keluar dari dapur lalu duduk di samping Dato' Johan. Alea mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Malas hendak melihat dua pasangan itu duduk bersebelahan.

"I want to talk about your future", ujar Dato' Johan.

"Future? You already ruined my future. There's no more future for me", Alea mengalihkan pandangannya ke arah Dato' Johan sambil tersenyum sinis.

Lengan Dato' Johan diusap dengan perlahan oleh Datin Syafea. Dia cuba menenangkan api kemarahan Dato' Johan daripada meledak. Dato' Johan cuba meneruskan perbualannya dengan tenang.

"Papa, serious dengan kamu Alea. Papa dah tak nak tengok Alea duduk dekat rumah, keluar entah kemana dengan siapa pun tak tahu...", belum sempat Dato' Johan menghabiskan kata-katanya. Alea terus menyampuk.

"Can you please straight to the point?", tanya Alea serius.

"Papa nak... Alea kahwin", jawab Dato' Johan.

Nafas Alea terhenti seketika. What? Kahwin? Alea langsung tidak pernah berfikir tentang kahwin setelah dari kematian Aryan. Tapi kenapa Dato' Johan tiba-tiba cakap pasal kahwin?

"Pa, jangan buat lawak boleh tak pa? Benda ni tak lawak lah", kata Alea tidak percaya.

"Papa tak buat lawak. I'm serious right now", Dato' Johan menegaskan bahawa dirinya memang serius.

"Pa, Alea baru je balik London and tiba-tiba papa nak Alea kahwin? Are you lost your mind?", Alea mula bengang.

Matanya mula tertumpu kepada Datin Syafea. Ketakutannya dapat dirasai saat ini, dia langsung menundukkan kepala daripada terus melihat wajah Alea.

"Ni mesti perempuan ni hasut papa kan?!", Alea menuding jarinya kepada Datin Syafea. Amarahnya tidak dapat dikawal saat ini. Datin Syafea segera memeluk lengan Dato' Johan.

"Alea, stop it! Jangan salahkan mama! Papa yang buat keputusan ni demi kebaikan Alea!", jawab Dato' Johan dengan nada yang cukup tinggi.

Alea menggelengkan kepalanya lalu bangun dari tempat duduk.

"Papa tak kira, Alea kena kahwin juga", tegas Dato' Johan lalu bangun dari tempat duduknya.

Alea tersenyum sinis lalu memandang ke arah Dato' Johan. Alea menyilangkan tangannya lalu bertanya, "Okay, tapi Alea ada syarat".

...

Book Cafe, Petaling Jaya.

Suara alunan lagu "Bambi" yang dinyanyikan oleh Baekhyun begitu tenang didengari. Kopi Latte kegemaran Alea dihirup dengan perlahan. Alea sedang ditemani oleh Kinta seperti biasa.

"Ha, tadi kau nak cerita apa dengan aku?", soal Kinta lalu kopi Americano yang berada di atas mejanya dihirup dengan perlahan.

"Dato' Johan paksa aku kahwin", jawab Alea.

Tersembur air kopi Kinta dibuatnya setelah mendengar kata-kata yang keluar dari Alea.

"Apa ni Kinta? Ya Allah habis kotor meja ni!", marah Alea. Tisu di atas meja diberikan kepada Kinta dengan segera.

Kinta mengambil tisu tersebut sambil memandang ke arah Alea, "Biar betul Dato' Johan suruh kau kahwin?". Wajah Kinta nampak begitu terkejut.

"Takkan lah aku nak tipu pula"
"Habistu. Kau cakap apa?"
"Aku letak syarat lah"

Kinta mengganggukkan kepala sebagai tanda faham. "Ni mesti kau minta hantaran 20k kan?", teka Kinta. Alea dengan segera melepuk lengan Kinta dengan kuat.

"Kau ni jangan merepeklah. Aku minta masa 3 bulan kenal dengan lelaki tu. Kalau tak, aku tak nak kahwin", jelas Alea.

"So, dah habis 3 bulan tu kau terus setuju nak kahwin?", soal Kinta inginkan kepastian.

"Memang tak lah. 3 bulan tu aku nak guna untuk buat lelaki tu ubah fikiran untuk kahwin dengan aku", Alea terus menghirup kopinya.

"Tapi kan, siapa eh lelaki tu?", tanya Kinta.

Mata Alea melilau ke arah sekeliling lalu matanya tertangkap pada sosok badan di hadapannya. Deon mengukirkan senyuman sambil melambaikan tangannya kepada Alea.

"Woi, Alea", panggil Kinta.

Tersembur Alea dibuatnya. Kinta terus menggapai tisu di atas meja lalu memberikannya pada Alea. Alea dengan segera mengelap bibirnya.

"Ish, Alea. Kenapa dengan kau ni?!", Kinta terus mengalihkan pandangannya ke arah Deon.

"Oh my God", Kinta tergamam.

Alea mengepal tangannya sambil melihat ke arah Deon dengan penuh rasa marah.

"Kinta aku nak balik. Aku tak nak jumpa lelaki psycho ni", pinta Alea sambil menggoyangkan tangan Kinta.

"Kau tak jawab lagi pertanyaan aku", kata Kinta.

"Sumpah aku tak kenal siapa lelaki tu. Yang aku tahu nama dia Deon", jelas Alea lagi.

"Aku nak balik. Kalau kau tak nak balik, aku tinggalkan kau dekat sini", Alea terus bangun dari tempat duduknya lalu meninggalkan kafe. Kinta dengan segera berlari mengikuti Alea dari belakang.

"Alea, tunggu aku!", teriak Kinta.

Deon hanya memerhatikan langkah mereka berdua yang keluar dari kafe dengan bingung.

Minta-minta lah lelaki yang nak kahwin dengan aku tu bukan dia - Alea Safea.

Please give me some support to update more

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience