BAB 10

Romance Series 8093

Enam hari telah berlalu...

Syarikat Unique Sdn. Bhd,
Sedang bermain lagu "Love Me Or Hate Me" daripada Little Mix ft. Jason Derulo.

Fail dicampakkan di atas meja. Alea terus menyandarkan badannya pada kerusi kesayangannya. Hari ini dia sudah berjaya menyiapkan segala tugas sebelum waktu pulang.

"Penatnya!", keluh Alea.

Knock! Knock!

Pintu bilik Alea diketuk. Alea tersentak lalu dengan segera dia mengambil fail di atas meja dan berpura-pura membelek.

"Masuk!", teriak Alea sambil matanya masih fokus ke arah fail.

Sandra melangkahkan kakinya masuk ke dalam pejabat lalu dia menyerahkan sebuah portfolio ke Alea. Alea mengalihkan pandangannya ke arah portfolio tersebut.

"Apa ni?", soal Alea. Dia terus mengambil portfolio itu dari tangan Sandra lalu membukanya.

"Ini projek baru dekat Langkawi", jawab Sandra yang masih berdiri di hadapan meja Alea.

"Ah, I see"
"Dato' Johan minta Cik Alea untuk ikut project coordinator next week"

Alea mengerutkan dahinya, "Kenapa saya pula?".

"Dato' Johan nak Cik Alea tahu macam mana prosedur dan perjalanan projek tu nanti", jelas Sandra.

Alea menganggukkan kepalanya.

"Okay, nanti saya check", ujar Alea. Dia terus meletakkan portfolio tersebut ke tempat lain.

"Cik Alea...", panggil Sandra.

Cik Alea mengalihkan pandangannya ke arah Sandra.

"Yes?", Alea mengerutkan dahinya.

"Esok kita ada dinner party dekat KL. Dato' Johan sengaja nak pastikan yang Cik Alea akan ikut", kata Sandra.

"Dinner party untuk apa ye?", Alea mengajukan lagi persoalan. Bukan apa, dia malas sebenarnya nak pergi ke parti seperti itu.

"Malam esok Dato' Johan akan isytiharkan kerjasama syarikat kita dengan syarikat Dato' Mokhtar", jelas Sandra kepada Alea.

"Okay. Awak boleh balik tempat kerja awak kot. Nanti saya akan contact awak kalau ada apa-apa nanti", kata Alea. Kesian pula dekat Sandra mesti penat nak melayan soalan-soalannya.

"Terima kasih", ucap Sandra lalu beredar dari pejabat Alea.

"Dinner party? Aduh nak pakai baju apa pula ni?", soal Alea di dalam hatinya.

Malam ini dia harus mencari baju yang "glamour" supaya semua orang akan terpegun melihatnya.

...

Aeon Bukit Bintang, Malaysia.

Sebaik sahaja tiba di tempat pusat membeli belah. Kinta terus melompat dengan gembira tanpa mempedulikan orang sekelilingnya. Alea terus menutup wajahnya. Malu!

"Ish, kau ni dah gila ke? Malu lah!", marah Alea.

Kinta memandang ke arah Alea lalu memeluk lengannya.

"Aku dah lama sangat tak shopping dengan kau. Sebabtu aku jadi macam ni", jawab Kinta teruja.

Alea terus menolak Kinta ke tepi.

"Kau jangan buat hal. Nanti aku tinggal kau dekat sini", ugut Alea. Kinta mula kelam kabut apabila mendengar ugutan Alea.

"Alah beb jangan lah macam tu. Aku ni excited tau dapat shopping dengan kau harini. Takkan kau sampai hati nak biarkan aku naik grab", Kinta sengaja buat muka comel.

"Jangan nak acah comel depan aku boleh tak?",
Alea terus melangkahkan kakinya ke hadapa. Malas hendak melayan karenah Kinta.

"Eh, tunggu lah!", jerit Kinta.

Kinta terus berlari mengikuti Alea dari belakang. Mata mereka melilau kesana sini. Terlalu banyak kedai yang menjual baju disini. Semua kedai habis diceroboh oleh mereka namun tiada satu pun baju yang Alea inginkan.

"Kau ni nak beli baju ke tak nak sebenarnya? Dah merata kita pusing sana sini tau", bebel Kinta. Penat!

Alea memberhentikan langkahnya lalu mencekak pinggang.

"Tak ada satu pun baju yang aku suka lah", ujar Alea. Dia masih melihat ke arah sekeliling.

"Bukan tak ada. Tapi kau je yang cerewet sangat. Lain kali tempah je lah", kata Kinta. Dia tercungap-cungap kepenatan.

"Jom pergi sana!", Alea meneruskan langkahnya. Kinta mengusap dadanya.

"Ya Allah, sabar jelah dia ni!", geram Kinta dibuatnya.

Kinta terus mengikuti langkah Alea dari belakang. Ini saja kesempatan yang ada untuk Alea membeli baju kerana besok majlis parti itu akan berlangsung.

...

Langkah demi langkah Alea cuba menggagahkan dirinya untuk berjalan ke arah pintu rumah. Sudah penat dia pusing keliling pusat membeli belah namun tiada satu pun yang berkenan di hati. Tiba-tiba, Alea merasakan kakinya tersepak sesuatu. Ada sebuah kotak bungkusan di hadapan pintu rumahnya. Alea terus mengambil kotak bungkusan tersebut.

From: Unknown
To: Alea

Alea terdengar bunyi mesej masuk dari telefon bimbitnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dengan segera. Lalu, melihat pesanan WhatsApp dari nombor yang sama menghantar mesej petang tadi.

Unknown: I hope you like my gift. I bought it from London

"Siapa sebenarnya dia ni?", Alea bingung.

Alea terus membuka pintu rumah sambil membawa bungkusan tersebut masuk ke dalam rumah.

...

Lampu bilik dibuka, Alea terus menutup pintu biliknya lalu duduk di atas katil. Kotak bungkusan itu masih berada di tangannya. Alea masih teragak-agak untuk membuka kotak tersebut.

"Jangan-jangan ada bom tak?", tanya Alea.

Namun, dia masih berasa ingin tahu tentang kandungan di dalam kotak tersebut. Alea mengambil keputusan untuk membuka kotak itu. Matanya membuntang melihat dress warna ungu gelap di dalam kotak tersebut. Dia terus mengeluarkan dress itu.

"Oh my Lord. This is what I wanted for", Alea terkejut melihat rekaan baju tersebut yang sangat cantik. Tanpa perhiasan tetapi rekaannya begitu elegan. Alea terus bangun lalu melihat ke arah cermin. Dress ungu itu diletakkan di atas badannya. Senyuman terukir di bibirnya. Dia yakin semua orang akan memandang ke arahnya malam esok.

Tapi siapa yang menghantar dress itu kepadanya?

Persoalan itu masih belum dapat dijawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience