BAB 36

Romance Series 12286

Rayyan bersemangat ingin ke sekolah.Dia menjadi tidak sabar untuk berjumpa dengan Erin.
Muka yang bengis itu tiba-tiba bertukar menjadi muka yang ceria.

Semua orang di dalam kelas itu sepertinya terkejut melihat perubahan Rayyan.Rayyan yang dulunya sentiasa bermasam muka akhirnya tersenyum di awal pagi.

" Asal dengan awak ni Rayyan?" tanya Tasya.

" Asal aku tak boleh nak happy ke ? Atau korang nak tengok aku ni sentiasa bermasam muka dengan korang?" balas Rayyan.

Tasya diam seribu bahasa.Dia tersentak dengan kata-kata Rayyan.Tidak lama kemudian Erin masuk,dia tidak sengaja melihat Rayyan.Mereka bertentangan mata sejenak.

"Erin !" panggil Fahmi Hakimi.

" Cikgu ! Ada apa eh?" tanya Erin.

" Kenapa tercegat kat sini ! pergilah duduk tempat kamu !" suruh Fahmi Hakimi.

Rayyan menunggu kedatangan Erin.Dia berharap agar Erin duduk disampingnya.Namun harapannya tidak kesampaian.Erin duduk disebelah Arul.

Rayyan sedikit kecewa dengan perangai Erin namun hal itu boleh dia tangani.

" Kenapa kau tak nak duduk kat sebelah aku?" bisik hati Rayyan.

" Kenapa aku rasa macam tak sedap hati?" bisik hati Erin pula.

Erin memandang ke belakang untuk melihat reaksi Rayyan.Adakah Rayyan marah dengan dia ?

Sewaktu Erin ingin memandang kebelakang,dia dihalang oleh Fahmi Hakimi.Fahmi Hakimi cuba menarik perhatian Erin dengan memanggil Erin untuk ke hadapannya.

" Erin ! kamu ke depan kejap" laung Fahmi Hakimi.

Erin terus ke depan tanpa berpaling ke belakang.

" Ada apa cikgu?" tanya Erin.

" Boleh kamu jawab soalan ini?" tanya Fahmi Hakimi.

" Boleh cikgu!" jawab Erin seraya mengambil marker dan jawab soalan yang disediakan oleh cikgu Fahmi Hakimi.

Erin selesai menjawab dan dia terus menghampiri Fahmi Hakimi.

" Dah siap cikgu !" kata Erin.

" Thanks ! " jawab Fahmi Hakimi sambil mengenyit mata ke arah Erin.

Erin terkejut dengan tindakan Fahmi Hakimi.Entah kenapa pandangannya terus bertukar ke arah Rayyan.

Mujurlah semua orang di dalam kelas itu tidak melihat adegan itu.Namun ada masih yang dapat menyaksikan peristiwa itu.Orang itu adalah Rayyan dan Arul.

Mereka berdua memandang serius ke arah Fahmi Hakimi dan Erin.Erin tertunduk malu lalu terus berjalan ke tempat duduknya.

Rayyan menggenggam tangannya dengan emosi yang membuak-buak.Arul terus menanyakan soalan yang mustahil untuk Erin jawab.

" Kenapa dengan cikgu tu?" tanya Arul.

" Kenapa apa ?" balas Erin yang cuba berdolak dalih.

" Dia kenyit mata kat Erin kot ! Gatal betullah cikgu ni ! nak kena report ni !" jawab Arul dengan emosi.

Entah kenapa Arul bertukar menjadi emosi seperti itu.Orang yang patut marah adalah Rayyan bukannya Arul,sebab Erin tu gf Rayyan bukan Arul !

" Arul tak suka lah cara cikgu tu pandang Erin !" ujar Arul lagi.

" Kenapa ?" tanya Erin menginginkan kepastian.

Belum sempat Arul menjawabnya loceng berbunyi menandakan sudah waktu rehat.

Kring ! Kring ! Kring !

" Jom lah rehat,Erin dah lapar" manja Erin.

"Erin jom teman aku makan !" celah Rayyan.

" Hah ?" kejut Erin.

" Tak boleh ! Dia dah janji nak makan dengan saya !" jawab Arul dengan berani.

" Eh kau ni dah berani eh !" tegas Rayyan.

" Dah stop ! better saya pergi makan sorang-sorang !" jawab Erin

" Tapi..."

Belum sempat Arul dan Rayyan menghabiskan ayat mereka,Fahmi Hakimi mencelah.

" Kamu berdua tak payah nak teman my cubby bunny saya ni ! Biar saya je yang teman dia makan !" ujar Fahmi Hakimi.

" Cubby bunny !" serentak Rayyan dan Arul.

" Yes! Why? " balas Fahmi Hakimi.

" Takpe lah Erin makan sendiri je !" jawab Erin.

" Mana boleh ! kau kena teman aku ! " tegas Rayyan.

" Tak ... tak ... Erin kena makan dengan Arul !" kata Arul.

" Erin makan dengan abang eh !" celah Fahmi Hakimi.

Erin pening untuk membuat pilihan.Entah siapa yang dia harus pilih ! Nak pilih Arul takut Rayyan terguris.Nak pilih Fahmi Hakimi takut nanti cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar pandang aneh !

Tiba-tiba perut Erin memulas ! Sakit yang teramat tambah pula rasa nak muntah.Mungkin Erin gastrik sebab pagi tadi dia tak makan.

" Aduh sakitnya ! " ngeluh Erin.

" Kenapa ni?" tanya 3 pangeran itu.

Erin menolak ketiga-tiga putera dongeng itu ke tepi kerana tak tahan hendak ke tandas ! Arul dan Fahmi Hakimi tersungkur jatuh ke tanah.
Rayyan tidak jatuh kerana dia bertahan dengan kuat.Maklumlah tak nak malukan diri !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience