BAB 32

Romance Series 12309

Semua orang menikmati makanan di restoran itu.Tina cuba untuk menyuap sesuap makanan yang ada didepannya ke dalam mulut Rayyan.

Erin hanya melihat dengan mata yang cemburu.

" Kenapa aku nak cemburu pulak ni !" bisik hati Erin.

" Ke aku dah jatuh cinta dengan dia !" bisiknya lagi.

Erin termenung melihat kearah makanannya.
Fahmi Hakimi melihat perubahan Erin dan dia cuba untuk menegur Erin.

" Erin ! Erin ! " panggil Fahmi Hakimi.

" Hah apa dia abang ?" jawab Erin yang masih blur kerana baru tersedar dari lamunan.

" Kenapa ni ? tak sedap ke makanan tu?" tanya Fahmi Hakimi.

" Eh mana ada,sedap je makanan ni !" jawab Erin sambil tersenyum manis.

" Ke Erin nak suruh abang suapkan ?" kata Fahmi Hakimi seraya tangannya sudah menyiapkan makanan untuk disuap kedalam mulut Erin.

" Hah,abang ni nak bersemut lah pula! malu lah diorang tengok !" pantas Erin.

Rayyan melihat situasi yang sudah hangat itu bersama hati yang panas membara.Tina tersengih seperti kerang busuk melihat aksi sweet mereka.

" Dah lah menyampah pula aku tengok !" marah Rayyan.

Semua terkejut dengan percakapan Rayyan.Lagi-lagi Erin.Perasaan gembira Erin membuak-buak setelah melihat Rayyan yang sudah cemburu.

" Awak dah kenapa? Biarlah diorang nak sweet !" balas Tina.

" Better u diam sebelum aku angkat kaki !" kasar Rayyan.

Tina terdiam setelah mendengar ucapan Rayyan yang kasar.

" Kamu ni dah kenapa nak marah gf kamu ?" kata Fahmi Hakimi.

" Eh,ikut suka aku lah !" balas Rayyan dengan kasarnya.

" Stop ! " jerit Erin yang cuba memberhentikan pertelingkahan kecil itu.

" Kalau semua nak gaduh better gaduh kat luar ! malu lah orang tengok ! " Erin berkata.

Semua orang diam seribu bahasa setelah mendengar kata-kata Erin.Fahmi Hakimi cuba menenangkan Erin yang berkeadaan marah itu.

" Dah Erin jangan marah !" pujuk Fahmi Hakimi.

" Erin tak marah tapi Erin geram ! Kenapa semua nak gaduh sebab perkara remeh hah ! what's happen !?" jawab Erin.

" Entahlah Erin !" balas Fahmi Hakimi.

Tiba-tiba Erin berasa kepalanya berputar 360 darjah.Dia berasa kepalanya amat berat dan badanya seperti nak tumbang !

Bumm bumm ! Erin terjatuh dan Fahmi Hakimi sempat untuk menyambut badan Erin yang sudah jatuh tumbang itu ! Seperti dalam drama korea lah.

" Erin ! Erin ! bangun Erin ! " kata-kata yang keluar dari mulut Fahmi Hakimi.

Rayyan sudah mula panik ! Orang yang dia sayang pengsan dan jatuh dalam dakapan lelaki lain.

" Jom kita bawa dia kat hospital !" laung Rayyan yang sudah kelihatan resah.

Fahmi Hakimi tidak mempeduli kenapa Rayyan bersikap demikian,yang ada dalam kotak fikirannya hanyalah Erin!

Fahmi Hakimi cuba mendukung Erin untuk dibawa ke keretanya namun dihalang oleh Rayyan.Rayyan dengan lajunya mengangkat badan Erin yang sudah tidak bermaya itu terlebih dahulu.

" Kenapa budak ni ?" bisik hati Fahmi Hakimi.

Pertanyaan itu mula bermain di fikiran Fahmi Hakimi tapi dia tak peduli dengan kecurigaannya itu.

" Cepat masukkan ke dalam kereta saya !" kata Fahmi Hakimi.

Rayyan dengan cepatnya memasukkan Erin ke dalam kereta Fahmi Hakimi.

Hati dah resah walaupun kesal ! Dah nama sayang takkan tak resah kan.

" Okey saya pergi hospital dan awak hantar Tina pulang !" kata Fahmi Hakimi.

" Mana boleh ! aku akan ikut kau ! " jawab Rayyan yang degil.

" Habistu Tina macam mana ?" tanya Fahmi Hakimi.

" Tina boleh ambil grab or teksi !" pantas Rayyan.

" Tina okey je tapi abang bawa lah kak Erin ke hospital !" jawab Tina.

Tina seorang gadis yang baik sangat baik !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience