BAB 33

Romance Series 12286

Erin dimasukkan ke hospital yang berdekatan.Fahmi Hakimi dan Rayyan masih menunggu doktor yang merawat Erin.

Selang beberapa minit,doktor yang merawat Erin akhirnya keluar dan memanggil ahli keluarga Erin.
Fahmi Hakimi cepat-cepat mendekati doktor itu.

" Doktor macam mana keadaan gf saya" tanya Fahmi Hakimi.

Rayyan terkejut dengan pertanyaan Fahmi Hakimi yang mengaku bahawa Erin adalah kekasihnya.

Doktor itu tidak kelihatan terkejut sangat setelah mendengar pengakuan Fahmi Hakimi kerana Erin sudah kelihatan seperti orang dewasa walaupun perangainya seperti budak kecil.

" Tiada something yang serius berkaitan diri gf encik,dia hanya memerlukan rehat yang cukup dan jangan bagi dia stress sangat!" jawab doktor itu.

" Lega saya dengar !" balas Fahmi Hakimi.

" Boleh saya berjumpa dengannya ?" celah Rayyan.

" Silakan cuma saya ingin pesan supaya jangan bagi dia stress dan please bagi dia rehat yang cukup." jawab doktor itu.

Rayyan dengan tergesanya masuk ke dalam bilik rawatan Erin.

Dia melihat keadaan Erin yang sudah lemah terbaring di atas katil

"Macam mana lah kau boleh pengsan ?" bisik hati Rayyan.

Jari Erin perlahan-lahan bergerak,tangannya diangkat perlahan-lahan untuk menyentuk kepalanya.

Rayyan yang sedar akan keadaan Erin cepat-cepat menghampiri Erin yang sudah terbaring di katil yang kurang empuk itu.

" Kau tak apa-apa ke?" tanya Rayyan dengan lemah-lembut.

Erin terkejut melihat Rayyan yang ada di depan matanya dan bukan Fahmi Hakimi.

Kelembutan suara Rayyan melemahkan keegoan Erin.Erin tenung dengan lamanya wajah Rayyan.Dia merasakan bahawa dia sudah jatuh hati kepada Rayyan lebih-lebih lagi apabila melihat Rayyan menolong warga emas yang buta tempoh hari.

" Heh ! kau dengar tak ni ?!" jerit Rayyan di telinga Erin.

" Woi apa ni ! jerit-jerit !" jawab Erin.

" Kau lah ! aku tanya kau termenung kenapa ?! Dah tergoda dengan aku ke?" gurau Rayyan.

" Sejak bila aku cakap aku suka kau !" balas Erin

" And sejak bila aku cakap yang kau suka aku?" tanya Rayyan pula.

Pernyataan Rayyan tersekat apabila Fahmi Hakimi masuk ke dalam bilik.Erin sepertinya tidak terhibur melihat Fahmi Hakimi.

" Abang pergi mana?" tanya Erin.

" Abang pergi jumpa doktor and tanya permasalahan Erin,doktor pesan yang Erin kena rehat so jangan kuat berjalan lah! faham tak? " bebel Fahmi Hakimi.

" Ye lah ! Abang tak bagitahu mama kan ?" tanya Erin.

" Tak lagi nanti abang inform kat mama!" jawab Fahmi Hakimi.

" Jangan lah abang ! Erin taknak buat mama risau !" balas Erin.

" Okey sayang ! everything for you!" gurau Fahmi Hakimi.

Erin tersenyum sinis mendengar perkataan yang keluar dari mulut Fahmi Hakimi.Erin tidak sengaja memandang ke arah Rayyan.Rayyan memerhati Erin dengan mata yang tajam!

" Aku pergi dulu !" celah Rayyan dengan nada yang tinggi.

" Baiklah,biar saya yang jaga Erin!" jawab Fahmi Hakimi.

" Kenapa awak nak balik Rayyan?" bisik hati Erin.

Erin seolah-olah tidak mahu Rayyan meninggalkan dia bersama Fahmi Hakimi.Dia lebih selesa dengan Rayyan walaupun sering bergaduh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience