BAB 30

Romance Series 12309

" eh abang best kan cerita Dilan!" kata Erin.

" hrm..boleh lah daripada takde,abang ni tak suka manalah dekat Dilan !" jawab Fahmi Hakimi.

" Kenapa abang ?" tanya Erin.

" tengok lah Erin dah jatuh cinta dekat dia,yang ni lah abang tak suka! lelaki mana boleh dengar perempuan yang dia sayang puji lelaki lain!" jawab Fahmi Hakimi.

" eh apa abang?" tanya Erin yang pura-pura tak dengar apa yang dikatakan oleh Fahmi Hakimi.

" tak ada apalah " jawab Fahmi Hakimi.

Fahmi Hakimi memulakan langkah.Suasana sepi sejenak,Namun Erin cuba untuk menceriakan lagi suasana.

Erin melihat kedai aiskrim di sebelah kedai gelang.Dia ada idea untuk hiburkan hati Fahmi Hakimi.

" Abang Erin nak tu !" kata Erin sambil memuncungkan mulutnya.

" ala ala comelnya dia ! Erin nak apa ?" jawab Fahmi Hakimi yang sudah mula tersenyum setelah melihat perwatakan Erin yang comel itu.

" Erin nak aiskrim tu ! " jawab Erin sambil senyum hingga tertutup matanya.

" Okey,nanti kita beli eh " jawab Fahmi Hakimi.

" yeah !" sorak Erin yang kebudak-budakan.

Mereka pergi ke kedai aiskrim yang ditunjuk oleh Erin tadi.Sehinggalah langkah terakhir sampai ke kedai itu kaki Erin berhenti.

Dia terkejut dengan kehadiran pasangan yang sudah lama di kedai itu.

Erin melihat kearah mereka namun pasangan itu belum sedar akan kewujudan Erin.

Fahmi Hakimi cuba memanggil Erin yang termenung melihat pasangan itu.

" Erin ! cepat lah tadi Erin kata nak aiskrim" panggil Fahmi Hakimi.

Pasangan itu mula mengalihkan kepala dengan perlahan setelah mendengar suara Fahmi Hakimi.

Rupa-rupanya pasangan itu adalah Rayyan dan seorang gadis iaitu budak waiter yang Rayyan bertemu sewaktu ke restoran haritu.

" Kejap abang !" jawab Erin.

" Eh kamu Rayyan,dengan budak waiter haritu kan,udah jadian ya ?" tanya Fahmi Hakimi dengan nada yang perli.

" Eh.....haah kami dah couple !" belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya budak waiter itu sudah memotong.

" Oh begitu,nanti jemput ye !" jawab Fahmi Hakimi.

" Mestilah!" balas budak waiter itu.

Erin datang mendekati mereka semua.Rayyan terlihat terkejut setelah melihat Erin.Muka dia dah gelabah macam cacing kepanasan.

" Eh akak cantik pun ada ! ni mesti dating ?" Tanya budak waiter itu.

" Eh mana ada !" jawab Fahmi Hakimi.

Rayyan dan Erin saling bertentang mata,Mereka tidak peduli dengan perbualan Fahmi Hakimi dan budak waiter itu.

" Abang jom lah Erin dah craving ni !" kata Erin sambil menarik lengan baju Fahmi Hakimi.

Erin sengaja berbuat demikian untuk membuat Rayyan cemburu.

"Okey sabarlah ! " jawab Fahmi Hakimi.

Muka Rayyam tiba-tiba berubah menjadi merah seperti geram melihat gelagat Erin dengan Fahmi Hakimi.Itu tandanya Rayyan betul-betul cemburu.

" Kejap abang akak,nanti kita makan sama-sama nak?" pelawa budak waiter itu.

" Okey ! korang tunggu sekejap or korang pergi pilih restoran yang sedap-sedap nanti kami pergi." jawab Fahmi Hakimi.

" Okey !" balas budak waiter itu.

Rayyan dan gadis itu pergi meninggalkan tempat itu.

" Erin nak beli aiskrim flavour apa?" tanya Fahmi
Hakimi.

" Erin nak coklat !" jawab Erin.

" Okey,Abang bagi perisa coklat satu eh !" beritahu Fahmi Hakimi kepada penjual aiskrim itu.

" Dia dengan gadis itu dah couple ke? eh aku ni dah kenapa?" bisik hati Erin.

Erin termenung jauh sehingga tidak perasan bahwa Fahmi Hakimi menghulurkan aiskrim miliknya.

" Erin ! Erin ! " panggil Fahmi Hakimi

" Eh soryy abang Erin termenung tadi" balas Erin dengan muka yang bersalah.

" Okey lah jom mereka dah lama tunggu tu !" kata Fahmi Hakimi.

Mereka menuju ke restoran yang telah dipilih oleh Rayyan dan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience