BAB 18

Romance Series 12309

Tasya ni time dia dah benci dengan someone tu dia akan tetap benci . Pada suatu hari Erin ke sekolah seperti biasa tiba tiba Tasya dan geng dia datang menghampiri Erin dan cuba mencederakan gadis pujaan ramai itu !

Yazid dan Syam sedang memerhati perangai Tasya . Rayyan juga ada bersama Yazid dan Syam maklumlah mereka ni tak boleh nak berpisah !

Yazid melihat Tasya menolak dan menarik baju Erin sehinggakan baju Erin terkoyak ! Yazid laju memberitahu Rayyan

" Long ! Long ! Tasya Long ! " jerit Yazid

Yazid dan Syam sering panggil Rayyan Bang Long atau Long ringkasnya .

" kau dah kenapa ? " soal Rayyan

" Tasya Long ! dia buli kekasih paksa rela kau ! " jawab Yazid

Rayyan terkejut lalu menjenguk untuk melihat keadaan diluar dengan menggunakan tingkap !

" kurang ajar punya Tasya ! kau siap lah ! " bisik hati Rayyan

Rayyan dengan gesanya melangkah turun ke arah anak tangga ! Lalu dia berlari kearah Tasya
Pada masa yang sama Tasya cuba untuk menampar Erin . Namun tujuan dia terhenti apabila Rayyan datang dan cuba menghalang tamparan tersebut ! Tasya terkedu sementara

" kan aku dah cakap aku je yang boleh buli dekat sekolah ni ! kau apahal takknak dengar arahan aku ! kau nak aku suruh bonda aku buang kau ke ? asal kau diam !? " soal Rayyan terus

" tak...sa ..sa...ya.. bukan nak.. buli !" gagap Tasya

" dahlah kau ingat aku tak tahu ke perangai kau macam mana ! baik kau berambus sebelum aku hilang sabar ! " tengking Rayyan

Kerana takut akan Rayyan , Tasya dan geng dia pergi dari tempat tersebut . Rayyan melihat Erin yang sedang menutup bajunya yang koyak dengan tangannya ! Hati Rayyan mula simpati .
Kalau dah sayang takkan sanggup tengok gf sendiri kena buli ! Rayyan menggapai sweathernya yang berwarna hitam dan diberikannya kepada Erin agar Erin dapat menutupi kesan koyakan di bajunya

Erin terharu dengan tindakan Rayyan ! Dia tidak menyangka bahawa Rayyan yang selama ini dia anggap seperti orang yang sombong dan angkuh itu sebenarnya memiliki hati yang murni !
Mungkin dia menjadi angkuh atas sebab tertentu

" Thanks ! " ucap Erin sambil menatap mata Rayyan

" kau takpayah nak kesah pasal Tasya tu ! nanti ikut aku pergi beli baju baru ! " jawab Rayyan

" eh takpayah lah ! saya dah ada yang baru ! kalau takde pon saya akan pergi dengan Arul " jawab Erin

" kau asal eh sikit sikit Arul sikit sikit Arul takde nama lain ke kau nak sebut ! ke kau dah jatuh cinta dengan dia ! " marah Rayyan

" biarlah ! yang awak nak marah ni kenapa? jealous ke ?" soal Erin

" takdei masa aku nak jealous ! " angkuh Rayyan

Rayyan berlalu pergi dan meninggalkan Erin keseorangan diri ! Tapi .... dia pergi dengan senyuman bukan dengan mukanya yang ketat tu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience