BAB 34

Romance Series 12309

Panas hatinya dibawa sehingga pulang ke rumah.Rayyan merengus keras sebaik sahaja memasuki pintu biliknya,menyebabkan bondanya yang hendak turun kebawah terkejut.Hairan bondanya melihat wajah mencuka yang dipamerkan anaknya.

Pintu ditutup dengan dihempasnya.Tubuhnya direbahkan di atas katil yang empuk.Ingatannya kembali menerjah wajah Erin yang gembira dengan kehadiran Fahmi Hakimi.

" Asal dia gembira bila tengok muka mamat tu ?!" bisik hati Rayyan yang sedang marah campur kecewa.

Bonda Rayyan mengetuk pintu bilik anak kesayangannya itu.

Tok ! Tok !

" Rayyan boleh bonda masuk?" tanya Puan Mastura iaitu bonda kepada Rayyan.

" Masuk lah bonda !" jawab Rayyan.

Puan Mastura membuka pintu dengan perlahannya.Puan Mastura bertanyakan apa masalah yang dihadapi oleh Rayyan.

" Kamu ni dah kenapa ?" tanya Puan Mastura.

Rayyan hanya berdiam diri.Tangannya terus mengambil bantal yang sudah ada di tepi badannya lalu menutupi mukanya.

" Rayyan ! Bonda tanya ni,kamu ada masalah ke ?" tanya Puan Mastura lagi.

Kali ini Puan Mastura mengharapkan pertanyaannya itu dijawab oleh Rayyan.Harapan Puan Mastura dimakbulkan.Akhirnya Rayyan mahu berkongsi masalah dengan bondanya.

" Bonda masih ingat budak perempuan yang Rayyan kacau haritu?" tanya Rayyan.

" Yang mana eh ? jap bonda fikir ! hah budak tu bonda ingat,kenapa?" balas Puan Mastura.

" Kalau Rayyan cakap bonda jangan marah eh ! Sebenarnya Rayyan ada perjanjian dengan dia ! Rayyan suruh dia jadi gf Rayyan tapi..." .

Percakapan Rayyan terhenti apabila Puan Mastura mula bersuara.

" Apa ? kamu buat budak tu jadi budak suruhan kamu !" marah Puan Mastura.

" Bukan bonda ! Mula-mula tu memang lah Rayyan buat macam tu,tapi selepas lama kenal dengan dia Rayyan rasa yang Rayyan ni dah jatuh cinta !" balas Rayyan.

Puan Mastura terkejut dengan pengakuan Rayyan itu.Maklumlah anak kesayangan dia ni memang belum pernah jatuh cinta dekat mana-mana perempuan.Memang susah nak kenalkan dia dengan perempuan.

" Ada ke bonda ajar Rayyan macam tu ?" tanya Puan Mastura.

" Tak ....tak.. tak pernah bonda.." gagap Rayyan.

" Bonda nak Rayyan minta maaf dengan dia !" ujar Puan Mastura.

" Tapi bonda ...."

Perkataan di mulut Rayyan terhenti.

" Tak ada tapi-tapi,Rayyan pengecut ke?" kata Puan Mastura.

" Mana ada !" tegas Rayyan.

" Dahtu tak berani nak minta maaf ! cuba lembutkan hati kamu !" jawab Puan Mastura.

Rayyan termenung sejenak setelah mendengar kata-kata bondanya.Dia tidak pasti dengan perasaannya terhadap Erin.

Adakah dia betul -betul sayang akan Erin atau hanya kata-kata?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience