BAB 21

Romance Series 12286

Makanan yang dipesan oleh pasangan kekasih yang terlihat muda itu telah sampai di meja mereka . Waiter yang memberi pesanan tersenyum apabila melihat wajah Erin yang comel bersama rambutnya yang ditoncang satu .
Rayyan yang melihat kelakuan waiter tersebut telah mengejutkan semua pelanggan yang singgah di kedai itu .

" kau apahal tengok gf orang !?" Marah Rayyan

" maaf bang ! " Jawab waiter tersebut

Erin yang melihat kelakuan Rayyan terus bangunkan diri

" Eh awak ni dah kenapa ?! lagipun saya bukan gf awak ! buat malu lah ! " Tegas Erin yang terus beredar dari tempat tersebut

Rayyan melihat keadaan Erin yang berasa malu atas kesalahannya . Sebelum dia mengejar Erin dia sempat untuk memberi amaran keras kepada si waiter tersebut . Selepas memberi amaran kepada waiter itu Rayyan terus berlari untuk mengejar Erin .

Rayyan mencari Erin di serata tempat . Dia berlari dan terus berlari sambil memegang handphone mahalnya di tangan . Dia membuka password dan terus mencuba untuk call Erin . Namun hanya voicemail yang masuk ! Rayyan mula risau kerana atas kelakuannya Erin pulak hilang !

" mana kau ni Erin ! jangan lah buat aku risau !" bisik hati Rayyan

Rayyan terus mencari dengan hati yang berdebar . Jantungnya berdegup dengan laju !
dia berlari sekuat hatinya lalu lariannya terhenti apabila melihat seorang perempuan yang mirip dengan Erin . Tak lain tak bukan memang perempuan itu Erin . Tetapi Erin bukan seorang diri malah dia dengan satu satunya musuh ketat Rayyan iaitu Abang Kimi a.k.a Cikgu Kimi

" Kenapa pula dia ada kat sini ! Aduh kacau betullah " bisik hati Rayyan

Rayyan memanggil nama Erin dan Erin mendengar suara yang lantang itu . Dia terus berpaling ke arah belakangnya untuk melihat empunya suara tersebut !

" Kenapa awak datang ! dah puas cari pasal dengan orang ! " marah Erin

" Eh aku cari kau lah ! nanti kau hilang apa aku nak jawab dekat mama kau ! kau ingat aku nak sangat ke cari kau !" jawab Rayyan

" Eh Erin kenapa ni ? Janganlah marah kawan Erin tu ! Abang pun tak suka tengok Erin marah marah ni ! nanti nampak comel boleh melt abang . " celah Fahmi Hakimi

" eh mana ada marah abang ! just geram ! " jawab Erin

" Cikgu asal ada kat sini ?! " tegur Rayyan

" eh cikgu ada nak beli barang . Pastu terserempak dengan si Comel ni ! korang shopping ke ? " jawab Fahmi Hakimi sambil mencuit pipi Erin

Rayyan melihat kelakuan Cikgu Kimi yang dah melampau ! Dia memandang tajam kearah tangan Cikgu Kimi yang mencuit pipi kesayangannya itu !

Erin mesti dah blushing ! maklumlah CRUSH dia kot yang cuit ! Yes memang Erin dah suka dengan Fahmi Hakimi ni sejak diorang bertemu di pertemuan keluarga lagi !

" Dah jom balik ! " tegas Rayyan

" takknak lah ! " Jawab Erin dengan degil

" eh kenapa nak balik awal sangat ni ? Jom lah Cikgu belanja korang makan nak tak ? lagipun mesti Erin belum makan kan ? " tanya Fahmi Hakimi

" haah bang ! tapi macam mana abang tahu yang Erin belum makan ? " tanya Erin

" perut Erin dah berbunyi berkali kali dah !" jawab Fahmi Hakimi

" haha malu lah Erin !" jawab Erin sambil menutup mukanya yang merah dengan kedua belah tangannya

" Diorang ingat aku tunggul kayu ke apa ? " bisik Rayyan

" dah lah jom ! " ajak Fahmi Hakimi yang terus memegang tangan Erin

Rayyan hanya melihat kelakuan Fahmi Hakimi itu dengan pandangan seperti harimau yang lapar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience