BAB 38

Romance Series 12286

Erin masih terganggu dengan kata-kata Tasya.Dia musykil apakah Rayyan berbuat demikian? Atau hanya Tasya yang reka-reka?

Arul masuk ke dalam kelas.Dia lantas duduk disamping Erin dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh Erin.

" Erin kenapa?" tanya Arul

Erin masih termenung di luar jendela dan tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Arul.
Habis air liur Arul kerana memanggil Erin.

Arul menghentak tangannya di meja Erin dan menyebabkan Erin tersedar dari lamunannya.

" Arul dah kenapa !" tengking Erin.

Arul tidak sangka yang Erin akan bertukar sifat.Arul merasakan dia telah berbuat terhadap Erin.

" Ma...ma..maaf lah Erin !" gagap Arul.

Erin merasakan dirinya terlalu keterlaluan terhadap Arul.Arul tertunduk kerana merasakan dirinya yang salah.

" Arul,Erin minta maaf !" kata Erin.

" Kenapa Erin nak minta maaf,sepatutnya Arul yang minta maaf sebab Arul yang ganggu Erin" jawab Arul.

"Tak,Erin yang patut minta maaf,Sorry okey" manja Erin.

" Asal kau manja sangat dengan dia?" celah Rayyan.
Erin tidak menjawab pertanyaan Rayyan.Dia terus bangun dari kerusinya dan keluar dari kelas itu.Erin terkesan dengan penipuan Tasya.

" Woi ! " laung Rayyan.

" Entah kenapa dengan dia ni? Tadi okey je !" bisik hati Rayyan.

" Awak kenapa ganggu Erin lagi ?" celah Arul.

" Eiu ! Geli lah awak saya ni !" balas Rayyan.

" Ikut aku lah aku nak kacau dia ke nak manja dengan dia ke ! Dia gf aku !" tegas Rayyan.

" Jangan lupa awak tu bukan betul-betul bf dia !" balas Arul.

" Mana kau tahu !?" tanya Rayyan.

" Erin yang bagitahu !" pantas Arul.

Rayyan tidak menyangka Erin menganggap dia sedemekian.Dia ingat Erin betul-betul cintakan dia tapi itu sebaliknya.

Erin masuk kembali di dalam kelas setelah 15 minit keluar.Dia perasan yang Rayyan tidak menjeling ke arahnya,selalunya Rayyan akan melihat dia apabila dia masuk ke kelas.Entah kenapa Rayyan berbuat begitu.

Erin terus ke mejanya dan memulakan perbualan bersama Arul.

" Arul kenapa dengan mamat tu ? mencuka je !" tanya Erin.

" Entah,lepas Arul cakap yang Erin bagitahu Arul yang dia hanya bf contract Erin,dia terus jadi macam tu,tak bercakap dengan sesiapa pun!" terang Arul.

" Alamak ! " jeritan halus Erin.

Rayyan mesti dah kecewa dengan Erin dan menganggap Erin penipu.Memang lah Erin cakap macam tu kat Arul tapi tu dulu,sebelum Erin jatuh cinta dengan Rayyan.

Erin memikirkan cara untuk memujuk dan memberi penjelasan kepada Rayyan tanpa pengetahuan Arul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience