BAB 39

Romance Series 12286

Erin pergi ke rumah Rayyan setelah pulang dari sekolah.Dia telah meminta izin Puan Maria untuk pulang lambat.

" Assalammualaikum aunty !" jerit Erin.

" Waalaikummussalam ! Kejap !" jawab Puan Mastura.

" Oh kamu Erin !" jawabnya lagi.

" Jemput masuk,kejap eh aunty panggilkan Rayyan !" bilang Puan Mastura.

Puan Mastura naik ke atas untuk memanggil anaknya,Rayyan.

" Rayyan,turun kejap kawan kamu datang ni !" suruh Puan Mastura.

" Cakap kat dia Rayyan malas !" jawab Rayyan.

" Kamu dah kenapa ! bonda cakap turun ! " marah Puan Mastura.

Rayyan tidak akan melawan cakap bondanya.Dia tak nak diiktiraf sebagai anak derhaka.Dia sanggup turun demi turuti arahan bondanya.Sebenarnya dia tak nak jumpa dengan Erin sebab hati dia dah terluka.

Rayyan turuni satu demi satu anak tangga sehinggalah dia sampai dan pergi kearah Erin yang sedang duduk di atas sofa.

" Kau nak apa? " kasar Rayyan.

" Saya nak tahu awak okey tak !" jawab Erin yang bersabar dengan Rayyan.

" Aku okey ! Kau tak payah nak care sangat lah ! Aku ni kan cuma bf contract kau je ! " perli Rayyan.

" Awak dah kenapa !?" tanya Erin.

" Kau tunggu sini !" ujar Rayyan.

Rayyan pergi ke biliknya untuk mengambil sesuatu.Selang beberapa minit dia turun bersama sehelai kertas di tangannya.

Dia melempar kertas itu ke arah muka Erin.Erin terkejut dengan tindakan Rayyan.Dia tidak tahu yang Rayyan akan berkelakuan seperti itu !

" Kau ingat surat ni !" jerit Rayyan.

" Ingatlah kenapa " jawab Erin.

" Sekarang kau dengan aku dah tak ada apa-apa !" jawab Rayyan sambil mengoyak kertas yang dilempar tadi.

" Apa maksud awak ?" kejut Erin.

" Kau faham sendiri lah !" jawab Rayyan.

" Kenapa awak buat macam ni !" ujar Erin.

" Kau dah tak nak ada hubungan dengan aku ! Aku kabulkan permintaan kau " tegas Rayyan.

" Awak hanya dengar sebelah pihak sahaja kan ! Awak belum dengar penjelasan saya ! Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak dan awak musnahkannya ! Saya memang tak sangka awak macam ni !" jawab Erin seraya mengelap butir permata yang sudah jatuh berlinang.

" Betullah apa yang Tasya cakap ! Awak just nak permainkan saya kan ! Maaf sebab pernah mencintai awak ! Saya janji saya akan pergi jauh dari hidup awak !" jawab Erin lagi.

Erin pergi meninggalkan Rayyan.Hatinya sudah remuk dan matanya sudah penuh dengan air mata.Rayyan terduduk setelah mendengar kata-kata Erin.Dia merasa dirinya sudah menyesal kerana tak nak mendengar penjelasan Erin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience