BAB 31

Romance Series 12309

Fahmi Hakimi dan Erin masuk ke dalam restoran itu dan mencari tempat dimana Rayyan dan budak waiter itu duduk.

Erin melihat ke kanan dan ke kiri sehinggalah dia terlihat Rayyan dan budak waiter itu.

" Abang itu pun diorang!" kata Erin.

" hah ! jom abang dah lapar ni " jawab Fahmi Hakimi.

Mereka berdua pergi menyapa Rayyan dan pasangan dia itu.

" Hei,penat mencari akhirnya jumpa juga !" sapa Fahmi Hakimi.

" Eh abang dah sampai !" jawab budak waiter.

Fahmi Hakimi ingin menonjolkan kegentalman dia dengan menarik kerusi sebelum Erin duduk.

Rayyan hanya menjeling dengan tindakan Fahmi Hakimi.Dia dah agak yang perkara ini akan berlaku.

" Erin duduk kat sini !" kata Fahmi Hakimi.

" Okey abang !" jawab Erin.

" Hah korang ni dah berapa lama ?" tanya Fahmi Hakimi.

" Baru je !" jawab Rayyan dengan tujuan untuk mencemburukan Erin.

Erin kelihatan seperti tidak tenang dengan jawapan Rayyan.Dia pun ikut bermain permainan Rayyan.Dia cuba untuk mencemburukan Rayyan.

" Kami pun baru je " jawab Erin.

" Hah apa dia ?" kejut Fahmi Hakimi.

Memang terkejut lah Fahmi Hakimi setelah mendengar kata-kata Erin.

" Betul lah abang !" jawab Erin yang cuba memanaskan hati Rayyan.

Fahmi Hakimi dah tersenyum sampai telinga.Dia tidak tahu yang Erin berkata begitu untuk buat Rayyan jealous je !

" Alamak asal aku cakap macamtu !?" bisik hatu Erin.

Muka Rayyan sudah merah kerana menahan geramnya terhadap Erin.

" Oh baru je eh ! kau siap lah Erin !" bisik hati Rayyan yang sudah kelihatan cemburunya.

" Korang dah order ke?" tanya Fahmi Hakimi

" Belum lagi " jawab Rayyan.

Fahmi Hakimi memanggil pelayan untuk diambil order.

" Sayang nak makan apa?" tanya Rayyan.

" Wow sayang ! " celah Fahmi Hakimi.

Budak waiter hanya tersipu malu dengan tindakan Rayyan.Namun Erin sudah mula tunjuk muka tidak berpuas hati.

" Okey! kau dah mula cemburu !" bisik hati Rayyan.

" Oh kau nak main dengan aku ye ! siap kau aku balas !" bisik hati Erin pula.

Erin cuba membuat menarik perhatian Rayyan dengan bermanja dengan Fahmi Hakimi.Memang kebetulan betullah,Fahmi Hakimi bertanya kepada Erin diwaktu itu.

" Erin nak makan apa ?" tanya Fahmi Hakimi.

" Erin nak makan sama macam abang je lah" jawab Erin sambil menatap mata Fahmi Hakimi.

Fahmi Hakimi tersenyum malu melihat telatah Erin yang manja itu.Si Rayyan pula pura-pura tak cemburu padahal dalam hati dah berapi !

" Jangan pandang abang macamtu!" kata Fahmi Hakimi.

" Ala takkan tak boleh nak pandang bakal iman Erin" jawab Erin.

" Bakal iman kau kata !" bisik hati Rayyan dengan muka yang geram !

Mereka dah selesai order dan sama-sama menunggu makanan sampai.

Erin dan Rayyan mula menatap mata sesama sendiri.Fahmi Hakimi dan budak waiter itu sedang berborak panjang.

" Kamu nama apa ?" tanya Fahmi Hakimi kepada budak waiter itu.

" Panggil Tina je !" jawab budak waiter itu.

Mereka berbual panjang tapi Rayyan dan Erin hanya berdiam diri sejak dari tadi lagi.

Timbullah keraguan dalam hati Fahmi Hakimi.

" Erin dan Rayyan kenapa diam?" tanya Fahmi Hakimi.

" Hah apa dia abang ?" tanya Erin kembali.

" Eh kita tanya dia,dia tanya kita pulak!" jawab Fahmi Hakimi.

Belum sempat mereka menghabiskan perbualan itu makanan pun sampai.Fahmi Hakimi seperti biasa menunjukkan sifat kelakian dia dengan mengambil makanan untuk Erin.

Rayyan juga mengikut cara Fahmi Hakimi.Dia pun mengambil makanan kepunyaan Tina dan memberi kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience