BAB 41

Romance Series 12309

" Adakah aku harus betulkan kesalahan aku ?" bisik hati Rayyan.

Rayyan cuba memujuk Erin agar memaafkannya dan terima balik cintanya.Namun tidak berhasil.
Rayyan memberi utusan rindu kepada Erin tapi tiada balasan.

" Aku nak buat macam mana lagi untuk kau maafkan aku !" bisik hati Rayyan.

" Rayyan mari turun makan !" panggil Puan Mastura.

" Nanti lah bonda Rayyan tak lapar lagi !" jawab Rayyan.

" Ikut kamu lah,bonda dah masakan kesukaan kamu !" pujuk Puan Mastura.

Perut Rayyan dah mula bernyanyi.Apatah lagi bila mendengar kata-kata bondanya.

" Bonda dah masak ikan gulai kuning !" tambah Puan Mastura.

" Okey bonda nanti Rayyan turun" jawab Rayyan yang sudah termakan pujukan bondanya.

Di meja makan,Rayyan tidak henti menyuap nasi yang ada dipinggannya ke dalam mulutnya yang besar itu.

Dia berhenti saat bondanya mula membuka perbualan.

" Kamu dengan Erin macam mana ?" tanya Puan Mastura.

" Entah lah bonda,Rayyan dah cuba untuk pujuk dia tapi dia tak nak maafkan Rayyan !" jawab Rayyan lalu meletakkan sudu yang dipegangnya di tepi pinggan miliknya.

" Macam ni lah Rayyan,SPM dah nak dekat and bonda nak kamu fokus untuk exam kamu,nanti pasal Erin bonda akan cuba bercakap dengab dia !" pujuk Puan Mastura sambil menambahkan lagi nasi ke pinggan Rayyan.

" Dah makan,tak baik sedih depan rezeki ni !" tambahnya lagi.

" Tak apa lah bonda Rayyan dah kenyang,Rayyan naik atas dulu ye,esok sekolah so Rayyan kena tidur awal !" kata Rayyan dalam nada yang sedih.

Rayyan mula membuka langkah untuk menuju ke biliknya dan langkahnya mula terhenti apabila mendengar suara seseorang yang memanggil namanya.

" Rayyan !" panggil suara itu.

Rayyan menoleh kebelakang untuk mengetahui pemilik suara itu.

" Kenapa awak datang ?" Rayyan pantas menanyakan soalan itu.

" Saya rindu awak ! " balas Tina.

Perempuan tadi adalah Tina.Oleh kerana Rayyan yang sudah lama tidak bertemu dengannya sejak hubungannya dengan Erin renggang Tina rasa seperti tidak wujud.

" Awak ikut saya jap !" suruh Rayyan.

" Baiklah ! Kita nak pergi mana ni ?" tanya Tina.

" Tina,saya sebenarnya hanya mempermainkan awak,saya minta maaf.Memang salah saya disebabkan ingin cemburukan orang lain saya terpaksa mainkan hati dan perasaan awak,so saya nak awak tak letak harapan tinggi dalam hubungan kita.Kita still kawan kan !" terang Rayyan.

" Tapi.....Awak cintakan Kak Erin kan ?" tanya Tina.

Entah kenapa Tina tiba-tiba keluarkan soalan itu.

" Macam mana awak tahu ?" balas Rayyan.

" Saya sebenarnya dah tahu perasaan awak dekat Kak Erin.Awak jealous masa Kak Erin dengan Abang Fahmi,saya tengok pandangan awak terhadap Kak Erin." jawab Tina.

" Tapi maafkan saya Rayyan,saya tak mampu untuk jadi kawan awak !" tambahnya lagi.

Tina pergi dengan air mata yang mengalir dipipi.
Dia dah sangkan kejadian seperti ini akan terjadi.
Rayyan tidak pergi menahan kepergian Tina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience