BAB 35

Romance Series 12286

Rayyan mendongakkan wajah memandang gelap malam yang memekat.Beberapa titis air hujan jatuh menimpa ke mukanya.Dia tersentak lalu mendongak.

" Hujan ke?" bisik hatinya.

Rayyan segera ke pondok kecil yang dibina oleh ayahandanya sewaktu dia berumur 5 tahun.
Ayahanda Rayyan pergi mengahadap ilahi ketika Rayyan berumur 12 tahun.Perit yang amat dan kesedihan yang tak boleh diperkatakan yang dihadapi oleh Rayyan.

Rayyan mengimbas kembali apa yang telah dia lakukan keatas Erin dan Tina.

" Kau sayang kat Erin tapi kau bersama Tina ! Apa yang kau buat ni Rayyan !" bisik hati Rayyan seraya tangannya mengetuk kepalanya sendiri.

Rayyan mengusik cawan kopi yang masih berbaki.Tiba-tiba handphone kepunyaannya berdering.Dia mengambil handphone itu di dalam kocek seluarnya.

Senyuman sinis terukir pada wajah yang bengis itu.Ternyata Erin yang call dia.Rayyan mengangkat dan bercakap dengan egonya.

" Hello ! kau nak apa?" tanya Rayyan.

" Tak ada apa pun saja call tak boleh ke?" jawab Erin.

" Kalau tak boleh tak apa lah,saya end call je" katanya lagi.

" Eh ! Ada ke aku cakap tak boleh?" perli Rayyan.

" Hahaha ! awak mesti tunggu saya call kan?" gurau Erin.

" Tak ada masa lah aku nak tunggu kau !" jawab Rayyan dengan ego.

" Nak tanya boleh tak?" kata Erin.

" Tanya lah ! Aku pun bosan juga ni !" jawab Rayyan.

" Betul ke awak dah couple dengan Tina?" tanya Erin.

Entah kenapa persoalan itu yang keluar dari mulut Erin.

" Kenapa kau tanya macam tu?" elak Rayyan.

" Nothing ! just nak tahu " ringkas Erin.

" Kau cemburu ke?" sindir Rayyan.

" Mana ada ! Kenapa pula saya nak cemburu ! awak bukan siapa-siapa pun!" jawab Erin.

Rayyan tersentuh hati dengan jawapan Erin.Dia tidak menyangka selama ini Erin tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan dekat dia.

" Aku memang tak penting untuk kau ! Fahmi Hakimi je yang penting dalam hidup kau ! And one more thing,kau tak payah nak sibuk ambil tahu pasal aku dengan Tina" balas Rayyan lalu meletak panggilan dari Erin.

" Hello ! hello ! Aku dah buat salah ke? Dia terasa ke apa yang aku cakap tadi !? Macam mana ni ?"
kata Erin dengan nada yang halus.

Rayyan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya.Dia membaringkan tubuhnya di atas katil yang lembut lagi empuk itu.

Kedua-dua belah tangannya menampar pipinya sendiri.

" Kau kena sedar Rayyan ! Kau tak ada makna pun bagi dia !" bisik hati Rayyan.

Pintu bilik Rayyan diketuk dari luar dan kedengaran seperti suara memanggil namanya.

" Rayyan ! Rayyan ! " panggil Puan Mastura.

" Kenapa bonda ? Rayyan nak tidur !" jawab Rayyan yang sudah tiada mood.

" Turun kejap ! Kawan kamu datang ni ! " kata Puan Mastura.

" Ala Rayyan nak tidur lah !" jawab Rayyan.

" Siapa pula yang datang malam-malam ni ! Orang nak tidur pun tak senang !" bisik hati Rayyan.

Tanpa melengahkan masa lagi Rayyan turun dengan cepat.Lebih cepat dia jumpa lebih crpat lah dia dapat lena.

" Sia...pa " suaranya terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang sudah ada di sofa ruang tamu rumahnya.

" Kenapa kau datang !?" tanya Rayyan dengan kasar.

" Eh kenapa cakap macam tu ! tak baik !" marah Puan Mastura.

" Maaflah kacau awak ! Saya datang untuk minta maaf apa yang saya cakap tadi !" balas Erin.

Rupa-rupanya kelibat itu adalah Erin.Erin sanggup datang demi nak minta maaf je ! memang mustahil.

" Korang berborak lah dulu,bonda nak naik atas kejap!" kata Puan Mastura.

Suasana sepi sejenak setelah Puan Mastura pergi meninggalkan mereka berdua.Erin bersuara tanpa segan pilu.

"Kenapa awak marah tadi dan end call macam tu je ?" tanya Erin.

" Kau cakap yang aku ni tak penting untuk kau,buat apa aku teruskan lagi kan ! better aku berambus je dalam hidup kau ! " jawab Rayyan.

" Siapa cakap yang awak tak penting?" tanya Erin.

" Hah apa dia?" balas Rayyan yang sengaja buat-buat tak dengar.

" Awak penting bagi saya !" malu Erin.

Erin terus bangun dan berlari keluar rumah.Rayyan cuba mengejar Erin tapi sia-sia saja sebab Erin dah pergi.

Muka Rayyan tiba-tiba jadi blushing selepas mendengar pengakuan Erin.Kini dia tahu yang dia amat penting buat Erin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience