Bab 5

Romance Series 21625

BAB 5

Aku termenung lagi sambil menikmati alam kurniaan tuhan yang tidak ternilai harganya. Dalam suasana yang tenang dan damai ini, satu puisi sempat kugarap hanya dalam hati.

‘bila hati terasa sepi,
adakah insan untuk mengisi,
ruang kosong tidak berpenghuni?
jika hadirnya insan misteri,
mampukah dia memahami,
derita yang melanda diri?
dapatkan beban ini dikongsi,
pada insan misteri yang baru kukenali?’

Oh tidak! Kenapa puisi yang terlintas di fikiranku kala ini lebih terjurus ke arah lelaki itu? Insan misteri? Adhakah? Aghh, kenapa aku boleh terfikirkan dia?

Sabar Jea, malam ni adalah malam terakhir aku kat sini. Esok pagi kami akan bertolak pulang. Aku tidak akan diganggu oleh lelaki itu lagi. Ya, mudah-mudahan. Doaku dalam hati.

“Hai, awak di sana,” sapa lelaki itu. Hah, dia dah mai dah. Aku baru nak tenang-tenangkan diri. Kenapa la dia tak boleh biarkan aku sendiri?

“Awak marah saya ke?” soal lelaki itu setelah berlabuh di sisiku. Mujurlah dia tidak duduk terlalu hampir denganku. Bermakna dia tahu batas-batas pergaulan antara kami.

Aku masih membisu sambil melepas pandang ke tengah laut. Jika diikutkan hati kecilku, aku tidak mahu pulang ke rumah. Tambahan lagi apabila terfikirkan masalah yang sedang membelenggu keluargaku. Tetapi apabila memikirkan perihal insan di sisiku ini, aku seperti ingin pulang sekarang juga.

Agh, hati dan akal tidak selari lagi. Aku mengeluh lemah.

“Sebenarnya, tak elok kita mengeluh. Semua masalah yang hadir dalam hidup kita adalah ujian Allah bagi menguji iman hambanya. Berdoa dan berusahalah. Yang penting jangan sesekali tinggalkan Allah tak kira sewaktu kita susah mahupun senang.” Wah, panjang lelaki itu berbicara seolah-olah dia memahami apa yang sedang menyelubungi hatiku kini.

“Ujian kali ni rasa berat sangat. Tak tahu macam mana nak hadapi semua ni.” Kataku terus terang.

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa senang berbicara dengannya kali ini. Dia tampak lebih manis dan sejuk mata memandang tika ini dengan seluar panjang dan kemeja hitam berkolar. Ada kopiah hitam di atas kepalanya. Kali ini dia tersenyum padaku. Mungkin gembira aku membalas bicaranya dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience