Bab 4

Romance Series 21625

BAB 4

“Jea!” Jerit lelaki itu apabila aku tidak menghiraukan panggilannya yang sudah berkali-kali. Kakiku laju sahaja melangkah untuk menjalankan aktiviti kami yang seterusnya iaitu mencari sampah-sampah yang boleh dikitar semula. Apa lagi yang lelaki itu mahukan? Tidak bolehkah biarkan aku bersama dengan kawan-kawan yang lain?

Dan yang lebih menghairankan, kenapa rakan-rakan yang lain seolah-olah memberi peluang kepada kami? Kenapa tiba-tiba mereka menjauhkan diri daripadaku?

“Syima, kenapa kau pegi jauh sangat? Kenapa tinggal Jea dengan mamat tu?” Tegurku apabila sudah berada di sisi Syima. Syima tersengih.

“Alaa, aku bagi chance kat korang. Kesian pulak kat Adha tu tergila-gilakan kau.”

“What?” Terjerit aku mendengar kata-kata Syima. Syima yang mula sedar ketelanjuran dalam percakapannya itu terus menutup mulut.

“Apa kau cakap ni?”

“Alah, kau ni pun satu. Tak kan yang tu pun nak kena aku terangkan. Semua orang tau la yang Adha tu tengah ngorat kau. Kenapa kau tak layan dia? Kesian dia tau.”

Adha sukakan aku? Mustahil. Kami baru 3 hari di sini. Mana mungkin begitu cepat dia jatuh hati? Pasti ada sesuatu yang aku tak tahu ni.

Aku memandang Adha yang sudah semakin hampir denganku. Kenapa agaknya? Ah, aku malas fikirkan perkara ini. Tak penting pun.
”Ish, kenapa jalan laju sangat ni? Tunggu la Ha,” ujar lelaki itu sambil termengah-mengah.

“Buat apa nak tunggu kau. Kau pi la cari kat tempat lain. Luas lagi kawasan ni. ” Geram betul aku dengan mamat ni. Yang si Syima dah hilang entah ke mana. Laju betul minah tu hilang lepas nampak Adha ni datang. Adus… stres!

“Ala, salah ke saya nak cari sama-sama dengan Jea? Baru ada semangat sikit and sweet,” usulnya sambil tersengih. Aku sudah menjegilkan mata. Biar betul mamat ni. Dah pandai cakap sweet sweet dah.

Oh tidak, perkara ini tak boleh terjadi. Aku perlu hindari dari awal sebelum semua ini tidak dapat dikawal. Nanti aku juga yang susah.

“Adha, tolong hormat saya sikit boleh tak? Semua junior panggil saya Kak Jea, dan awak jugak kena panggil macam tu!” Wah, tegas sekali aku berkata-kata. Jangan ingat aku ni nampak pendiam aku dikatakan lemah.

“Eleh, tua setahun pun nak belagak. Entah-entah tua berapa bulan ja. Tak da maknanya saya nak panggil Kak Jea. Awak tu yang kena panggil saya abang.”
Membuntang biji mataku mendengar kata-katanya kali ini. Berani betul dia cakap macam tu? Ah, stres! Aku terus berlalu meninggalkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience