Bab 10

Romance Series 21625

BAB 10

Alhamdulillah, peperiksaan SPM sudah berakhir. Walaupun tertekan dengan apa yang berlaku awal pagi tadi, aku tetap cuba sedaya upayaku. Hanya tunggu dan lihat hasilnya sahaja. Aku masih belum mengetahui keadaan sebenar emak. Selepas ditenangkan oleh ayah pagi tadi, ayah membawa emak ke bilik untuk berehat. Aku langsung tidak tidur semalaman kerana asyik terfikirkan emak. Fikiranku runsing namun aku cuba mengawalnya sebaik mungkin kerana aku perlu menumpukan pada peperiksaanku hari ini.

Tatkala melalui kawasan parking basikal, aku ternampak kelibat Adha dan rakan-rakannya. Mereka kelihatan galak ketawa. Pasti ada sesuatu yang menggembirakan. Adha tidak menyedari kehadiranku. Mungkin juga dia tidak tahu aku ada peperiksaan akhir hari ini kerana aku tidak membalas mesejnya semalam. Sengaja aku matikan telefonku kerana tidak ingin diganggu.

Adha… Lelaki itu telah berjaya membuka hati ini. Sebulan yang lalu, dia sudah meluahkan hasrat hatinya. Walaupun aku menolak apabila diajak bercinta, jauh di sudut hati aku sudah menerima dirinya. Aku tersenyum sendiri mengingatkan detik-detik perasaan terluah itu.

“Aku tabik la dengan kau, Ha. Bukan senang nak ‘tackle’ minah sorang tu. Abang aku dulu pun pernah cuba tapi dia tak pandang langsung.” Kata-kata kawannya itu menarik perhatianku untuk terus mendengar. Siapa abang kepada kawannya itu?

Dahulu memang ada lelaki-lelaki yang cuba mendekatiku. Tetapi aku hanya melayan biasa-biasa sahaja. Aku tidak suka bergaul rapat dengan mana-mana lelaki sekalipun. Bukan mudah untuk mempercayai lelaki.

“Ini Adha la. Siapa yang tak tergoda dengan aku. Senang ja nak cairkan hati perempuan tu. Alah, macam orang cakap la, hati perempuan ni macam kerak nasi. Jirus dengan air lama-lama nanti lembut jugak. Hahaha.” Adha menyambung tawanya. Hatiku sudah sentap.

Inikah lelaki bernama Adha yang aku kenali selama enam bulan ini? Inikah sikap sebenar dia? Ya tuhan, kenapa saat aku mula percaya kepadanya, semua ini terjadi? Memang benarkah tanggapanku selama ini bahawa tiada lelaki yang boleh dipercayai? Kenapa dugaan-dugaan ini datang serentak, ya Allah?
Aku tidak kuat untuk melaluinya. Tubuhku terasa lemah. Lututku terasa seperti tidak mampu lagi untuk menampung tubuhku.

Tiba-tiba salah seorang temannya menoleh dan ternampak kelibatku. Terus berubah riak wajahnya. Dia mencuit bahu Adha membuatkan lelaki itu turut menoleh ke arahku. Tampak pucat wajah itu. Aku terus berlalu tanpa menunggu lama lagi. Adha pantas mengejar langkahku sambil menjerit memanggil namaku. Aku melajukan langkah sehinggalah tiba di tempat motosikalku diletakkan.

“Jea, please. Dengar dulu apa yang Ha nak jelaskan. Ha minta maaf, Jea. Memang Ha salah tapi…”

“Cukup Ha! Cukup la dengan lakonan Ha selama ni. Jea muak tahu tak? Jea benci Ha! Benci!” Seusai berkata begitu aku terus memecut laju motosikalku meninggalkan lelaki itu. Namun, melalui cermin sisi, aku ternampak senyuman sinis di bibirnya. Menitis lagi air mataku tanpa dapat disekat. Kau kejam Adha. Kejam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience