Bab 3

Romance Series 21625

BAB 3

Bilikku hanya bersebelahan dengan bilik mereka dan aku mudah terjaga jika terdengar sebarang bunyi. Hampir setiap malam, aku terdengar pertelingkahan antara emak dan ayah. Aku turut mendengar esakan emak selepas mereka berbalah. Air mataku turut mengalir saban malam apabila mendengar pergaduhan itu.

Tambahan lagi apabila mendengar esakan emak. Aku tahu, emak cuba jadi kuat dan cuba sembunyikan hal ini daripada pengetahuan kami adik-beradik. Tapi aku tahu semuanya.

“Hey, kau berangan apa? cepatlah habiskan nasi tu.” Aku tersentak dengan teguran Syamirah.

Aku segera bangun dan membayar harga makananku. Mulutku tidak mampu lagi untuk menelan makanan itu. Syamirah nampak hairan dengan tingkahku. Tapi aku membiarkan sahaja dia dengan persoalan yang tidak terluah itu. Aku tidak mahu menceritakan soal peribadiku kepada orang lain. Ia seolah-olah mengaibkan keluarga sendiri.

“Awak!” Aku tersentak lantas menoleh. Seorang lelaki sedang berdiri berhampiranku dengan pandangan yang penuh persoalan. Saat ini baru aku sedar, aku kini masih berada di tepi pantai dan…

Ya Allah, wajahku sudah basah dengan air mata! Aku tidak menyambut sapu tangan yang dihulurkan itu. Aku menyapu wajahku yang basah hanya dengan tapak tangan lantas aku berlari meninggalkan lelaki itu yang terpinga-pinga.

Malunya aku. Bagaimana aku boleh terus-terusan melayan perasaan sedihku sehingga tidak sedar ada mata yang melihat? Aku mengenali lelaki itu. Dia ialah Adha, rakan sekumpulanku yang baru kukenali hari ini.

Ya Allah, bagaimana aku ingin berhadapan dengannya sepanjang 4 hari aku di sini? Aku benar-benar rasa malu. Dia lelaki pertama yang melihat aku menangis! Aku benar-benar berharap agar dia tidak menyoal apa-apa tentang apa yang dilihatnya sebentar tadi. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

******

Hari ketiga di sini sudah membuatkan aku kerimasan. Mana tak rimasnya, kalau boleh setiap masa si Adha tu tak mahu berenggang dengan aku. Aku tahu la kami satu kumpulan, tapi tak bermakna setiap saat dia perlu berada dekat denganku.

Apa-apa aktiviti yang kami jalankan pasti dia akan bersamaku. Siap aku dilantiknya menjadi naib pengerusi. Mentang-mentang la dia sudah dilantik menjadi pengerusi bagi kumpulan kami, suka-suka dia ja nak lantik sesiapa yang layak jadi pembantunya.

Sekurang-kurangnya buat la undian, siapa yang lebih layak. Yang peliknya ahli kumpulan lain semuanya hanya bersetuju dengan cadangan Adha. Aghhh… stresnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience