Bab 12

Romance Series 21625

BAB 12

Cinta Adha, biarlah menjadi sejarah pahit dalam hidupku. Aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Dan aku tidak mahu perkara itu berulang kerana aku takut, aku tidak mampu untuk bangun lagi!

“Assalamualaikum…” sapa seorang lelaki. Aku pantas menoleh. Seorang lelaki tersenyum mesra ke arahku. Kalau tidak silap, dia ialah Hasrul yang merupakan salah seorang pengajar di sini. Aku tidak terlalu mengenalinya. Apa yang pasti, hari pertama aku di sini dia sudah pernah menghulurkan salam perkenalan kepadaku. Melihatkan caranya sahaja, aku sudah dapat meneka sesuatu. Ada niat tersembunyi di sebalik salam perkenalan itu. Dia seperti menginginkan satu perhubungan yang lebih dari seorang kawan.

Namun, aku sering kali mengelak. Kerana bagi aku, lelaki itu ibarat sebuah kapal manakala wanita pula adalah pelabuhan. Mereka belayar dan berlabuh di mana-mana pelabuhan sahaja yang menjadi keinginan mereka. Kemudian, mereka kembali belayar pergi dan singgah ke pelabuhan yang lain. Tidak mungkin akan kembali lagi ke pelabuhan ini.

‘Ya Ilahi, hanya cinta-Mu yang hakiki. Akan kusemai cinta bersamaMu supaya aku dapat meraih syurga-Mu. Bukan lagi memburu cinta manusia yang ada pasang surutnya. Hanya cinta-Mu cinta abadi…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience