Bab 6

Romance Series 21625

BAB 6

“Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya dan setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma cepat atau lambat dan juga atas usaha kita. Bangkitlah Jea. Saya dapat nampak perubahan awak. Awak dah tak ceria macam dulu dan awak nampak tak bersemangat.

Awak terlalu memikirkan sesuatu tapi tak mungkin dapat menyelesaikannya jika awak hanya melayan perasaan sedih awak tu.” Kali ini aku tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Memang benar, aku sering memikirkannya tetapi aku langsung tidak mendapat jawapan.

Tapi… dia nampak perubahan aku? Ini bermakna dia sering perhatikan aku?

“Maaf Jea. Sebenarnya dah lama saya perhatikan awak. Saya suka dengan cara dan penampilan awak yang sopan. Tapi saya tak berani nak dekati awak. Sekarang, saya cuba gunakan peluang ni untuk dekati awak alang-alang kita ditakdirkan satu kumpulan kat sini. Mungkin cara saya tak betul. Saya minta maaf ya. Emm, dah lewat ni. Saya masuk dulu. Awak pun pergilah tidur. Assalamualaikum…” seusai berkata begitu, Adha terus berlalu meninggalkanku yang masih terpinga-pinga.

******

Air mataku turun laju saat mendengarkan tuduhan emak terhadapku. Namun, bibirku seperti dikunci saat ini. Tiada sepatah kata yang terlafaz sama ada bagi mengeyakan atau menidakkan tuduhan itu.

Biarlah emak menghamburkan segala kemarahannya kepadaku. Aku terima walaupun aku ada sebab mengapa aku berbuat begitu. Lepaskanlah mak, luahkan semua kesedihan mak, semua rasa amarah emak kepadaku. Aku terima semuanya.

“Sampai hati kau Jea, sampai hati kau bersubahat dengan ayah kau. Disebabkan duit sepuluh ringgit tu Jea sanggup tutup mulut daripada bagitahu pada mak. Rasuah tu Jea. Kau tahu tak? Mak tak sangka perangai kau macam ni. Aku benci kau!” Tersentak aku tatkala mendengarkan tuduhan itu. Kak long, kak ngah dan adik juga terkejut mendengar suara emak yang meninggi.

Benarkah kata-kata itu keluar daripada mulut emak? Mak benci aku? Benarkah? Rasuah? Rasuahkah namanya jika aku meminta duit itu hanya untuk makan tanpa ada Jeat apa-apa? Kenapa sampai begitu sekali tanggapan emak terhadapku?

Kak long menggosok bahu emak yang juga sedang menangis, cuba menenangkannya. Emak kemudiannya bergegas ke biliknya lantas menyambung tangis yang belum tentu bila sudahnya.

Aku pula? Hanya bisu dan kaku di atas sofa sambil menahan esakan yang kian menjadi-jadi. Kak ngah dan adik hanya menjadi pemerhati yang setia tanpa berani menyoal sedangkan kak long pula sudah mengekori langkah emak ke bilik.

Baguslah, emak memang memerlukan seseorang saat ini bagi menenangkan hatinya yang rawan. Untunglah kak long kerana dapat selalu berada di sisi emak dan menjadi anak kesayangannya. Aku berdiri lantas melangkah lemah menuju ke kamarku sambil membawa beg pakaianku.

Aku baru sahaja pulang dari Pulau Kapas. Sampai sahaja di rumah, terus aku diserbu oleh emak dan dituduh sedemikian rupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience