Bab 1

Romance Series 21625

Tajuk: Menyemai Cinta Bersamamu
Penulis: Dewa AL

1

Hari ini merupakan hari pertama aku tiba di Pulau Kapas. Hatiku mula terpaut saat pertama melihat keindahan yang terdapat di sini. Aku terpanggil untuk datang ke sini bagi menjalankan tanggungjawab memelihara hidupan laut. Terasa seolah-olah kehadiranku disambut dengan gembira oleh hidupan laut di sini. Mereka seolah-olah tahu yang kehadiranku ini bukanlah musuh tetapi sebagai sahabat.

Setelah berehat seketika, aku bersama teman-teman diarahkan berkumpul di dewan untuk majlis perasmian oleh komander iaitu Cikgu Arshad. Kelihatan semua peserta kem masih kepenatan setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Agak lucu aku melihat temanku sendiri hampir tersungkur kerana terlalu mengantuk. Apa-apa yang diperkatakan oleh cikgu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Seusai makan tengah hari, kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli. Walaupun baru berkenalan, kami dapat menyesuaikan diri dengan baik sekali.

“Mirah, kau kumpulan dengan sape?” aku menyoal teman baikku.

“Dengan anak Cikgu Rashdan. Macam tak percaya je aku boleh satu group dengan dia. Gaya dia sama dengan seorang lelaki yang pernah hadir dalam mimpi aku. Rasa nak menjerit sekuat hati.” Jawab SySyamirah dengan nada tidak percaya.

“Em... best la tu. Jea jugak sorang-sorang...” Kataku sedih.

“Ye la tu. Tapi aku rasa yang jurang antara kami terlalu besar untuk bersama. Umur dia pun lebih muda daripada aku dua tahun tau. Ala, kau jangan la risau. Nanti ada la orang jauh yang berkenan dekat kau.”

“Harap-harap la. Tapi biarlah. Jea malas la nak fikir pasal tu.”

“Kalau kau malas fikir, biar aku fikir ajelah. Kau duduk sana diam-diam. Biar aku fikirkan apa yang patut aku fikirkan. Ish! Apa yang aku merapu ni? Kau fikir sendiri la.” Aku menjeling tajam kepada Syamirah. Kalau bab nak kenakan aku dia memang pandai.

Aku duduk di atas pasir yang memutih. Syamirah sudah melangkah masuk ke dalam pondok yang disediakan untuk kami tidur sepanjang empat hari di sini. Mata aku masih belum kantuk. Aku menghirup udara malam yang sangat menyegarkan. Tubuhku terasa bagai dibelai oleh angin yang menderu. Walaupun keadaan di sini sangat mendamaikan, namun masih belum mampu memadamkan ingatanku terhadap peristiwa yang berlaku seminggu yang lalu. Aku memejam mata buat seketika.

Peristiwa itu kembali terbayang di ruang mata. Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan untuk melenyapkan ingatanku terhadap peristiwa itu? Cukuplah hanya buat sekatika. Aku inginkan ketenangan dan ingin menikmati keindahan di pulau ini. Jangan biarkan peristiwa itu mengganggu ketenangan emosiku. Saat aku membuka mata, beberapa titis air mataku gugur juga tanpa dapat disekat. Aku membiarkan sahaja mutiara-mutiara itu mengalir di pipi. Aku tidak mampu untuk menahan tangisan ini lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience