Prolog

Romance Series 7997

Aku lari menyelamatkan diri.

Langkah semakin laju. Semakin tangkas. Semakin licik.

Satu perkataan berdengung dalam hati.

MATI.

Laju-laju nafas aku tarik. Kaki melangkah lebih laju, melangkau anak tangga demi anak tangga.

"Shit!". Masa ini lah aku nak terkencing pulak. Ya rabbi! Bibir aku ketab erat.

Peluh dingin semakin lama semakin banjir. Ketiak pon dah semakin hapak dengan bau yang pelbagai. Dub dap di dada sudah menari pelbagai irama seiring dengan langkah, tatkala terdengar tapak kaki beberapa manusia mula menghampiri. Dinding tinggi di depan aku pandang ngeri.

Tegang.

Dingin.

Sepi.

Pelupuk mata aku dah semakin berat. Ya Allah! Mati aku malam nie. Selamatkan lah aku Ya Allah! Mummy! Daddy! Along! Angah! Please selamatkan adik.

"Mana kau nak lari haaa perempuan?", jerkah lelaki yang paling depan, sambil tersenyum sungging. Lelaki-lelaki lain di belakang nya tergelak kecil sambil menarik nafas lega.

"Aku tak pegi mana-mana!", bentak aku berani. Eh acah mak enon berani pulak aku nie. Xpe cuba nasib. Alang-alang nak mati biar berbaloi.

"Yang kau lari macam pelesit tadi kenapa? Kalau tak nak kemana-mana? Ker kau nampak apa-apa tadi?". Dia mara setapak demi setapak.

Ya Allah! Dalam kepala aku dah tak ingat apa. Aku pejam mata rapat bila dia datang berlari sambil menghunus pedang nya.

Terasa tangan sasa memeluk pinggangku erat. Dia libas pedang panjangnya ke kiri dan kanan. Pantas. Tangkas.

Aku dipelukannya, terpaksa menari ke kiri dan kanan, menyaingi langkah tangkas dia.

Beberapa lelaki bersuit hitam datang dan membantu lelaki ini. Aku cuba memandang si dia yang memegang erat pinggang ku ini.

Dingin.

Ganas.

Seram.

Tak berperasaan.

Bau maskulin dia. Aku suka. Tenang damai. Aku tutup mata tarik nafas lama-lama di dada dia. Tak perasan, aku gosok kan hidung perlahan di dadanya. Eh sempat pulak. Menghidu nya lebih dalam.

Dia mendengus. Aku pandang dia. Dia ketap bibirnya. Merah. Opss! Situasi tak kena.

Tersedar kami masih dalam bahaya. Aku alihkan pandangan ke kanan dan ke ke kiri ku. Aku lihat bergelimpangan mayat disana-sini. Darah. Merah. Bau hanyir darah. Aku pening. Aku peluk nya rapat dan menghidu bau nya lebih lama sambil menggosok hidungku di dadanya.

Aku dengar derapan kaki ke arah kami. "Tengku okay?". Aku mendongak memandang dia. "Hmmmm...".

Dia memandang aku. Sedetik. Dua detik. Tiga detik. Lama. Aku lihat kedalam matanya yang CANTIK! Aku telan air liur. 'Mata yang memukau. Dia mampu membunuh aku hanya dengan pandangan mata nya yang tajam.'

Aku alihkan muka ku dari pandangan mata nya, lepas terasa bahang di pipi. Jantung ku berdegup kencang. 'Shit! Masa ni pulak jantung ni!'.

Saat ku toleh ke kiri ku, aku sempat menangkap wajah mamat yang ketua tadi. Sengihan jahat dan kejam nya, sambil dia mengangkat pistolnya.

Aku kalut. Memusingkan badan ke kiri. Nak melindungi si 'dia'.

"Auch"!

Rasa pedih pinggangku. Lelaki dia hadapan ku, kelihatan marah. Matanya cantik..

Aku pegang pipi nya. Aku pegang bibir merahnya.

"Terima kasih selamatkan saya", gumamku yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience