Bab 2

Romance Series 7997

Aku renung hasil lukisan di depan ku lama. Cantik!

Entah kenapa semakin lama aku tatap mata tuh, mata tuh semakin hidup. Cantik. Redup. Helang. Sedih.

'Kenapa awak sedih yer mata', gumanku perlahan sambil menggosok-gosok mata itu lembut.

"Baby!"

Satu tangan kasar penutup mataku. "Cuba teka siapa saya?"

"Angah!!! Tak kelakar okay. Buat adik takot jek lah."

"Oooo tau takot. Yang tak habis-habis lukis mata tuh dah kenapa?". Asyham perasan adiknya ni memang dah ketagih melukis mata yang satu ni. Sejak bangun dari dua minggu koma di ICU beberapa bulan yang lalu, adiknya ibarat pencinta mata itu. Yang hairan nya, bila di tanya mata siapa. Dia sendiri tak tahu.

"Entahlah Angah, maybe adik tak nak lupakan mata tu? Or perhaps sebab adik selalu mimpikan mata tuh? Which one you want?", aku sengih jahat.

Aku nampak mata angah mengecil, marah lah tuh? Soalan nya aku jawap main-main. Hahaha!

Aku memang rapat dengan Angah, Asyham Huzair berbanding dengan Along yang lebih pendiam dan GARANG. Mataku memerhati angah yang mengelilingi studio kecilku, sambil tangan sesekali melayarkan berus membetulkan 'mata'ku.

"Berapa banyak dah ada lukisan 'mata' adik ni?", ujarnya tiba-tiba.

Aku pikir-pikir sekejap sebelum menjawap, "300 kot".

"What!!!". Aku kerling pada Angah. Alamak macam aura danger jek aku rasa. Kesat air liur tiba-tiba. Angah ni jangan buat main. Datang angin gila dia, aku still ingat lagi beberapa budak University aku dulu terbang kena belasah dengan dia. Haish, seram.

"Don't tell me, you spend your whole day, night, weekend in this studio adik? Did you take your medicine? Did you take your meal properly?". Aku telan air liur.

"Look at me when I'm talking to you!"

"Stop that innocent look, and those puppy eyes. I don't buy it now!"

"Young lady!". Tersentak! Fuh! Merecik peluh. Dia dah start 'Young Lady' dia.

"Start talking!". Aku tengok Angah mundar mandir. Adoi saka Lawyer seram dia dah masuk ni yang aku lemah.

Perlahan, terjengkit-jengkit, aku lari tinggalkan dia. Okay, marah sorang-sorang ye. Hahahaha!

Sampai tepi tangga, aku dengar suara angah menjerit melaung nama aku dgn kuat. Mengekik aku ketawa. 'Padan Muka', getus hatiku.

Berlari ke dapur, kelibat Mummy ku cari dulu. Perisai ampuh. Kereta kebal. Haha! Angah mana berani cari pasal punyer.

Aku nampak Mummy tengah memetik lada dengan bibik-bibik kami. 'Banyak juga cili kebun Mummy ni. Dah boleh berniaga cili dah ni'. Aku sengih.

"Banyak dah cili Mummy ni, jom kita jual nak?"

Mummy angkat muka lantas senyum. Cantik! Mummy sangat cantik untuk wanita berumur 59 tahun seperti dia. Kulit nya masih gebu dan mulus. Putih bersih. Adoiii jelous lah kesimpulannya.

"Jangan merepek adik. Mummy sedekah dekat kawan-kawan, kariah masjid, jiran-jiran kita lagi dapat banyak pahala sayang".

Aku sengih sambil peluk Mummy erat. "Kenapa peluk Mummy ketat-ketat ni? Gaduh dengan Angah ker? Kemain dengar kuat suara dia?".

"Adoi Mummy! Tanya senafas tau. Ingat ni lecturer hall ker? Mengalahkan si lawyer buruk dekat dalam tuh?"

"Apa???? Cakap Angah Lawyer buruk. Sikit punyer handsome, tahu tak abang awak nie?". Terkejut dengar suara petir Angah. Aku menyelit depan Mummy. 'Dengar ajelah telinga dia nie', bisik hatiku.

Aku tayang sengih comel depan Angah. "Angah memang handsome, tapi sikit je lah. Macam....macam....macam..."

".....gajah...". Aku berlari ke depan rumah. Dengar tapak kaki Angah berlari mendapatkan aku.

Mummy dan bibik sengih melihat telatah kami dua beradik yang sememangnya rapat dan macam budak-budak. Berlari keliling swimming pool ke depan dan ke belakang.

"Ya Allah!".

Aku berlari peluk daddy dan menyorok belakang nya. Gelak jahat. Sure angah dah tak dapat nak kejar lagik. Daddy sure menang kan aku. Evil Grin mode turn on.

"Angah takda keje yer kejar adik macam tuh? Kamu berdua ni dah besar tau. Bergegar rumah tau!"

Angah sengih. Aku peluk daddy kuat. Sambil sengih pandang daddy. 'Thank you daddy, I love you', bisik ku. Hahaha.

"Jomla Daddy masuk, kita jangan kawan Angah. Dia tuh jahat!", hasut ku. Angah tayang muka tak kuasa nak melayan. Aku ajak daddy masuk carik Mummy. Aku jelir lidah gembira tanda kemenangan.

" Saya dah siapkan air bang, jempot minum". Adoi Mummy layan Daddy lembut sangat aku tengok. See! Tua-tua pon sweet lagik. Kiss pipi, kiss dahi. Berkat dn kasih sayang, kata daddy dulu sewaktu aku tanyakan kepadanya. 

Angah tarik kerusi disebelah aku. Mata nya menjeling sikit sambil dia kucar kacir kan rambut ku.

"Angah!!!!!!"

"Bencilah Angah ni!!!"

"Daddy tgk la Angah ni, kacau adik!", rengek ku manja sambil buat muka tersebik-sebik.

"Manja tak habis-habis!", getus Angah.

Muncung panjang aku tarik tanda memberontak. Sakit hati.

"Adikkkkk..", meleret suara Mummy. "Dah jangan merajuk. Depan rezeki tak baik. Angah gurau jer tuh".

Aku jeling tepi. Dia sengih jahat.

" Daddy tengok la Angah sengih jahat!!!!"

"Nope. Please. Stop your accusation Young Lady. Is there any proof?". Evil grinned laugh dia bagi. Menyampah kalau dia punyer lawyer mode turned on.

Aku jeling sekilas. Sakit hati. 'Xpe Angah, Xpe.'

------------------

Kaki aku rendam dalam kolam. Dingin malam terasa. Cantik langit ciptaan Tuhan. Bintang- bintang bersinar tersusun cantik di dada langit gelap malam. 'Ya Allah, hebatnya kau Ya Allah!', getus kagum ku.

Kalau aku lukis pon belum tentu perfect macam ni. Cantik sangat. Semakin kagum aku dengan kuasa-Nya.

Derap kaki perlahan berjaya menarik perhatian ku. Angah lah tuh. Hmmm..bau ni. Aku penah bau. Tapi dekat mana yer? Sensual, gelap, maskulin semua ada.

"Dik... Jom mamak. Teman Angah makan and tengok bola please".

"Okay, esok Angah bawak adik tengok wayang pleaseeeee", tayang sengih comel lebar-lebar.

"Yelah. Jom teman Angah dulu. Pegilah tukar baju".

Aku bingkas bangun ke bilik. Tshirt tak berlengan ku gantikan dengan Tshirt sedikit longgar hitam. Seluar pendek bunga-bunga ku gantikan dengan jeans paras lutut. Rambut ku biar lepas, tapi kusepit sedikit dibahagian depan agar fringe ku nampak lebih kemas. Sedikit bedak ku sapu. Lipstick baby pink ku calit. Perfume strawberries ku spray sedikit. Beg kecil tali pangjang ku sangkut ke bahu. Handphone ku letak ke dalam beg.

Berlari mendapatkan Angah di pintu.

"Jom Angah".

-------------
Hujung minggu, inilah tabiat Angah. Tengok bola di kedai mamak. Makan Maggi Goreng. Bila masa nak ada girlfriend pon aku taktau. Dulu masa Along ada, dia pon selalu join. Cuma akhir-akhir ni dia selalu busy. Mengalahkan Menteri Pasolla. Sama jek diorang berdua nie. Umur dah nak masuk 30an masing-masing. Semua bagi jawapan ikot skema jawapan sungguh.

'Lepaskan adik dulu. Dia bongsu. Perempuan'. Senangkan alasan diaorang. Walaupon macam tuh, aku senang.

Sebab diaorg bertanggungjawab. Walaupon aku dah keje. Tapi Along dan Angah still masukan duit untuk belanja bulanan. Tak kira lagi dengan aku gelecek diorg bulan-bulan suruh belanja itu ini. Haha!

Aku perhati Angah yang tengah kusyuk tgk bola, rambut cooper brown. Lebat. Kening lebat. Putih. Jambang halus di pipi yang kemas. Janggut sejemput di dagu pon nmpak comel. Kemas. Hensem jek di nie. Pelik takda girlfriend. End up aku jek la smpai ke tua dia heret ke sana sini.

Aku toleh ke kiri kanan, tgk semua org kusyuk mata menghala ke big screen. Semua bersemangat dengan jersy masing-masing. Lelaki dengan bola tak dapat dipisahkan',getus hatiku. Nasib laaa dapat boyfriend football hooligant. Setiap kali tournment, depa mmg tak heran. Kau jangan la gatal nk text ker, nk call kata rindu ker. Mmg tak layan. Ko tunggu habes game la baru dia carik kau.

Teringat kawan-kawan masa dekat hostel dulu. Time worldcup, Copa America, Piala Suzuki, EPL, Piala Malaysia, dan segala piala tok nenek laaa...semua time nie kau akan makan hati berulam jantung, unless kau show interest together, kau akan di heret masuk stadium sekali. Biar pon stadium maya pakai big screen dengan Anne mcm nie.

"Gol!!!!!!" Gegak gempita mereka bersorak. Aku sengih tgk Angah bersorak penuh semangat kesukanan. Sambil sengih aku melorotkan anak mata ke meja hujung.

Zup! Kejung ke hati. Sepasang mata merenung ku dengan penuh minat. Mata yang macam aku pernah lihat.

Aku membetolkan posisi duduk, kerana dia terlindung disebalik kegembiaraan peminat-peminat bola. Aku bangun mencari 'dia'.

Kelibat dia aku carik. Tak ada? Aku mimpi ker? Tapi aku nampak mata itu.

Aku jalan tergesa-gesa ke hujung banggunan. Tiada kelihatan sebarang pergerakan. Aneh.

Hati aku berdenyut. Jantung di pam laju. Aneh. Perasaan ini memang Aneh. Aku pegang dada, untuk rasa degupan gila jantungku. Dia ada tadi. Aku tahu. Aku dapat rasakan kehadiran dia.

Aku menoleh ke belakang.

"Zap"!

Hidungku terlanggar sesuatu yang keras. Bau ini. Aku kenal bau ini. Aku tutup mata. Aku tarik nafas perlahan. Aku hidu-hidu bau di hadapan ku.

Aku bukak mata. 'Eh eh tangan kau Tisya, cantik jek landing atas dada orang. Ya Allah! Derhaka betol kau tangan'.

Perlahan-lahan aku angkat muka ku ke atas. Ya! Mata itu. Merenungku. Pandangan nya dalam. Kolam mata nya tenang. Redup. Kosong. Lama. Lama lama. Dan sangat lama kami bertatapan. Dan matanya mula bertukar tajam..

"Dah habis raba saya? Watch your way and eyes please. And yes of cause your naughty hands".

Cis! Buat malu jek. Ingat aku desperate sgt agaknya nak raba-raba dada dia. Ter tau! Tak sengaja.

"Dada awak tuh tempting"!

Aku tutup mulut rapat. Ya Tuhan! Bukan mulut aku kan tadi kan kan. Derhaka korang ye hari ni.

Muka nye aku lihat terkejot. Senyuman yang acah tak berapa ikhlas dia bagi.

"Watch your steps and dont be here alone. Dangerous. Dont look for any trouble". Dia berlalu pegi.

Aku pandang dia kosong. Terkejot. Kedudukan kami sedekat itu. Aku bau diri dia. Aku renung mata dia lama. Siapa dia???

'Cis! Lupe tanya nama.' Aku tepuk dahi. Eeee sengal betol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience