Bab 14

Romance Series 7997

Usai makan malam, Daddy, Haider dan Mummy berbual di ruang tamu. Aku menatang sedulang air untuk mereka. Untuk Daddy dan Bonda Chamomile Ear Grey Tea kesukaan mereka di waktu malam. Katanya untuk membantu menyenyak kan tidur dan juga mengurangkan stress. Untuk Haider, black coffee tanpa gula kesukaannya aku letakkan di hadapan nya. Mummy tersenyum puas hati, nyata mengikuti piawaiannya.

Aku labuhkan duduk di sebelah Haider, telefon aku belek membaca mesej Whatsapp dari Elaine. Aku tarik sengih membaca keluhan Elaine yang kebosanan aku bercuti hampir dua minggu dan bagaimana dia bosan menjawap soalan-soalan dari student dan juga Haikal.

"Adik bila mula kerja balik?", tanya Mummy.

Aku angkat muka, "Isnin nanti Mummy".

"Hmmm.. ada dua tiga hari lagi, rehat betul-betul ya dekat rumah. Nanti kamu berdua duduk sini, atau di Ampang rumah Bonda kamu Luth bila Tisya dah mula kerja?", tanya Mummy.

Aku kerling pada Haider yang sedang menghirup kopinya sebelum menjawap lembut pertanyaan Mummy, "Luth sebenarnya nak mintak izin Mummy dengan Daddy, nak bawak balik rumah kami yang Luth dah siapkan untuk Tisya. Dekat sikit dengan Kolej dia Mummy."

"Rumah yang mana satu Luth?", tanya Daddy gelak. Eh eh gaya Daddy tanya macam Haider ada sepuluh rumah jek gaya dia.

"Rumah yang Luth bawak Mummy dengan Daddy pegi dua bulan lepas, Setia Sky Residence. Situ kan security dia bagus sikit. Rumah yang lain tuh, tunggu ada anak ke baru pindah sana pulak". Anak? Aku telan air liur.

"Hmmm.. ikut Luth la, yang penting jaga Tisya baik-baik ya. Daddy percayakan Luth. Apa-apa bagitau kami. Asyham dan Zayn semua akan bantu kamu.", ujar Daddy.

"Insya Allah Daddy! Bila Daddy nak berangkat ke London? So kenduri kita tuh tangguh la ye Daddy?"

Aku angkat kening. London? "Daddy nak pegi mana?"

"Haha temankan Mummy lah. Mummy akan present paper work Mummy di London hujung bulan ni. Jangan berangan la awak nak ikut ye sayang. Suami dah ada dah tuh. Kena jaga. Lagi pun awak tuh keje. Asik ponteng jek", kata Mummy sambil berdiri mengangkat cawannya ke dapur.

"Tangguh la Luth, tunggu siap satu-satu baru taklah kelam kabut. Sebab Mummy kena present paper work dia, takut tak boleh fokus pulak karang", kata Daddy.

Aku sengih. "Ish. Ada pulak nak ikut. Bukan ada apa pun sana. Dulu lain laa. Pantang dengar London. Memanggil betul!" Aku gelak.

"Memang memanggil! Sebab nak tengok Luth kan? Ingat Mummy tak tahu?"

Aku gelak besar. Sumpah lah Mummy tahu rahsia besar aku yang satu tuh. Hadoi memang tak boleh sorok betul lah dari seorang ibu. Firasat dia tepat. Mata dia tajam sungguh.

Haider memandang aku pelik. Dia angkat kening, tanda dia mahu penjelasan. Aku sengih.

"Kamu tahu Luth, wife kamu ni, masa Zayn balik raya masa first year Master kamu. Zayn bawak balik gambar dan video dia dekat sana". Haider kelihatan seolah-olah berfikir dan memproses maklumat yang baru diperoleh.

"Oh No Mummy! Dah laaa! Malu lah!"

Daddy sudah gelak besar. Aku tekup muka menggunakan bantal. Stress!

"Zayn tunjuk gambar kawan-kawan dia. Rumah dia. Kolej dia. Dan bila sampai pada gambar kamu jek. Di suruh Zayn berhenti dan asik tanya siapa. Mata dia cantik sangat kata dia!" Aku tutup telinga Haider.

"Lagi parah bila dia asik play video yang main gitar menyanyi masa Orientasi kamu kalau tak silap Mummy. Apa lagunya Daddy?", tanya Mummy.

"More than Words", kata Haider. Aku telan air liur. Malu nya! Mana aku nak campak muka ni. Ya Tuhan!

" Haaaaa... berbulan-bulan lah video kamu dia asik tengok. Gambar kamu pun dia amik dari Zayn. Lepas tuh kamu jek la jadi subject lukisan dia. Hari-hari dalam studio melukis kamu berejam, tak makan, tak minum."

"Sampai bila dia admitted to Ward, Daddy rasa dah sampai masa Daddy bawak dia ke London untuk tengok kamu sendiri depan mata dia. Sebab dah teruk sangat angaunya".

Haider tarik bantal dia muka aku. Aku tutup mata. Tak nak tengok mata dia. Tak nak tengok dia tengok aku teruja. Aku malu!

"Bila first time dia tengok kamu, dia balik nangis! Beria-ria! Kami sampai takut! Dia ajak balik Malaysia masa tuh jugak. Baru sampai kot jet lag Mummy pon tak hilang lagi". Tawa mereka bergabung.

"Mummy tanya kenapa? Dia tak handsome ker? Dia tak suka adik ker? Tau dia kata apa? Adik intai je Mummy. Sebab dia handsome sangat adik jadi takut". Mummy gelak sampai berair mata.

Aku bingkas bangun. Panas hati asik kena bahan. Tak bernafas aku rasa. Aku lari naik atas.

"Haaa nak pegi mana adik?" Daddy melaung sambil gelak.

"Amik ketenangan" jawapku stress bila muka masing-masing tahan sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience