Bab 8

Romance Series 7997

Malam tuh aku ditemani Angah. Mummy dan Daddy baru sahaja pulang selepas Mummy memandikan aku. Along hantar mereka dan akan menjaga aku siang. Haider pula hantar Bonda pulang memandangkan Bonda tak betah duduk lama di hospital gara-gara penyakit darah tinggi nya.

Aku memerhati ke luar tingkap. Bangun perlahan-lahan dari perbaringan, dan menghala ke cermin. Cantiknya KL dari view ni. KL yang tak pernah mati. Banyak lampu-lampu yang meriah di sana sini.

Aku dengar pintu bilik ku ditutup perlahan. "Angah?", laungku. Aku toleh ke belakang mencari kelibatnya.

'Aik main sorok-sorok pulak ker orang tua ni?', aku gelak.

Aku mencari-cari kelibat nya. 'Eh takda? Aku salah dengar kot'. Aku cuba menyedapkan hati. Tapak kaki aku langkahkan perlahan menghala ke katil. Lampu bilik ku tutup. Lampu side table aku buka. Majalah Claire aku selak perlahan.

Puas menelek majalah, aku letak kan nya kembali. Aku baring perlahan. Membaca doa-doa sebelum tidur sebelum melelapkan mata.

.....

.

.

Aku berlari laju. Menyelinap di jalan- jalan sempit lagi berliku. Aku menyorok di sebalik tembok tinggi di antara banyak jalan yang ada. Aku tutup mulut ku kuat-kuat menahan tangis. Aku takut. Badanku menggigil.

Tiba-tiba satu tangan kekar mengangkatku. "Baby, my sweetheart". Aku pandang muka nya. Gentar.

Allah! Selamat kan aku Ya Allah! Aku berzikir tak berhenti.

"Mana you nak lari ye sayang. Kenapa you gigil ni? Hmmm.?", tanyanya sensual di telingaku.

Aku gigil lagi. Cuba tarik senyum. Sedaya upaya maniskan muka. Bahuku dikucupnya lembut. Rambutku di selak, dikucupnya lembut ke leherku.

Air mataku mengalir. Aku tak rela. Tapi aku takut. Aku kaget bila dia berhenti dan memerhatiku lama. Dia kucup pelupuk mataku lembut. Sebelum dia mencekik leherku. Aku menggelepar sakit. Terasa sakit di kerongkong. Aku terasa pening, tak cukup oksigen. Aku lihat dia sengih kejam. Dia segera lepaskanku.

Dahiku dikucup segera. "I love you baby", bisiknya. Segera aku dipikul di bahunya. Kepalaku pening dalam posisi sebegini. Ya Tuhan!

--------

Aku menggelepar di atas katil. Nafasku sangkut-sangkut. "Arkkk... arkkk... ark....", bunyi tercekik.

"Arghhhhhh...", ku jerit dan menarik nafas dengan rakus. Mata liar memerhati keadaan sekeliling. Mencari lelaki tadi. Mana dia? Siapa dia? Aku menggigil ketakutan.

"Sayang? Are you okay?", Haider menghampiri sambil memegang pipiku. Aku tepis tangan nya. Aku angkat lutut sembunyikan muka.

"Jangan dekat dengan aku! Pegi! Kau sapa? Jangan sentuh aku!", aku menolak-nolak badan Haider.

"Haider! Haider! Selamat kan I please! I takut! Jangan pegang aku!". Aku menjerit-jerit melaung nama Haider.

"Hey sayang.. It's me! I'm Haider. Look at my eyes! My eyes sayang!" Katanya sambil memegang kedua pipiku. Air mata ku mengalir deras.

Aku tatap mata itu. Ye! Mata hazel milik Haider. Aku pegang pipi Haider.

"Haider...", kataku terketar-ketar.

"Ya sayang, its me Haider! Your Haider sayang", balasnya.

Aku letakkan ibu jari di bibirnya. Betul. Ini Haider. Bukan mimpi. Bukan lelaki tadi. Bukan.

Aku peluk Hiader erat. Aku sembamkanĀ  muka ke lehernya. Ya bau ini! Aku cam bau ini. Ini memang Haider. Haider peluk ku erat. Belakang ku digosoknya perlahan.

Seketika.

Aku memerhatikan sekeliling. Aku angkat muka ku tatkala terperasan sesuatu di cermin tingkapku. Aku lepaskan badan Haider.

"Nak pegi mana", tanyanya.

Aku turun dari katil. Tangan nya aku heret sekali. Bila mendekat di cermin. Aku mengigil. Tangan ku angkat ke mulut menutup rasa terkejutku.

Aku toleh ke arah Haider. Nyata dia sama terkejut. Aku lihat rahang muka nya bergerak-gerak. Mata nya kelihatan garang. Aku rasa sejuk. Ngeri. Haider rangkul bahuku.

Aku menoleh kembali ke arah cermin.
Besar! Menggunakan lipstick merah.

WELCOME BACK MY BABY SWEET HEART!! I LOVE YOU.

Di bawahnya, ada beberapa keping gambar polaroid ku sedang tidur di hospital ini. Dan gambar ku itu dicium oleh satu bibir menggunakan lipstick merah yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience