Bab 12

Romance Series 7997

Usai aku membantu Mummy menyiapkan meja makan. Kedengaran salam dan bunyi loceng bertalu-talu di kedengaran. Kak Surti berlari membuka pintu.

Seketika aku nampak Kak Surti berlari ke atas. Haish Kak Surti ni berlari aja keje nya. Takut apa ajelah dia ni. Kak Surti ni selalu kena sakat dengan aku sebenarnya. Sebab dia ni clumsy or cemerkap. Nak nak pulak datang bulan mengambang dia akan mula melatah.
Asal bulan mengambang? Aku tak tahu. Tuh idea Kak Surti. Haha!

Aku berjalan ke studio. Lampu dan penghawa dingin aku buka. Aku memerhati ke sekililing. Canvas kosong aku ambil dan di letak kan di atas easel. Pensil Charcoal aku pegang. Tangan memerhati canvas, sambil jari jemari mula menggosok canvas perlahan. Aku pejam mata ambil mood. Aku mula melakar, dari asas frame muka dan anggota muka, aku lakarkan secara detail pula anggota tubuh, rambut nya aku kemas kan. Tahi lalat di hujung dagu juga aku perincikan. Aku letak pensil dan mengambil kain untuk membersihkan tangan.

Aku toleh ke hasil lukisan ku. Kejung! Badan aku mengeras! Siapa yang aku lukis ni? Susuk seorang lelaki yang amat lembut dan manis wajahnya aku kira. Tahi lalat di dagu buat dia nampak lebih manis pada penglihatan aku. Aku talakan penglihatan kepadanya wajah dihadapan aku lama. Tiba-tiba kepala aku berdenyut sakit. Peluh kecil memercik di dahi. Jantung berdenyut laju.

"Adik!" Suara Daddy!  Aku kaget. Pintu studio di ketuk perlahan.

"Ya Daddy!"

"Come. Somebody want to see you. Apa comot ni Adik?" Aku sengih sambil Daddy bersihkan kesan charcoal dia hidung aku.

Aku gengam tangan Daddy erat tatkala terpandangkan tiga orang pegawai polis siap dan segak lengkap dalam uniform mereka. "Kenapa Daddy?"

"Ini Inspektor Imran, yang ini Inspektor Firhad dan yang ini Detektif Melisa." Aku tarik senyum unutk mereka, dan bersalaman dengan Detektif Melisa. 

"Kenapa ya Inspektor? Saya rasa saya tak ada buat jenayah?", aku mulakan perbualan. Mereka tarik senyum.

"Maaf menggangu Puan Batrisya ya", kata Inspektor Imran.

"Panggil saya Tisya sahaja. Saya lagi selesa"

"Macam ni Tisya, kami dari Bukit Aman. Kami yang kendalikan kes Tisya di sini. Kami nak dapatkan maklumat-maklumat mengenai kejadian tempoh hari. Satu di rumah sini dan di hospital". 

Aku tarik nafas dan mula bercerita apa yang aku tahu dan apa yang aku ingat sahaja, memandangkan ingatan aku sangat terhad ketika ini. Ada benda yang aku masih belum dapat ingat sepenuhnya, turut aku khabarkan kepada Inspektor Imran.

Dia juga turut memberitahu aku yang Dektektif Melisa akan sentiasa bersama dengan aku di kampus nanti. Melisa dan seorang lagi anggota akan ditugaskan menjadi pelajar aku dan masuk ke semua kelas aku, untuk memastikan keselamatan aku buat masa sekarang. 

Selepas selesai, sedang kami bersamalam mengucapkan terima kasih. Tiba-tiba Inspektor Firhad berpaling kepada aku.

"Tisya, awak kenal Lutfi? Maksud saya pernah tengok dia". Aku kejung. 

"Tak pasti. Saya tak ingat sangat." Dia mengangguk. 

"Be careful" katanya sekilas sebelum masuk ke dalam kereta. 

-----------------------------

Aku berlari laju meredah hutan-hutan kayu. Cuaca yang berdingin sejuk membuatkan aku sukar untuk bernafas. Aku cuba menyorok di sebalik pokok-pokok besar untuk melepaskan seketika lelah. Shit! Kawasan ni dah lah besar mana aku nak lari ni. Aku cuba mengambil sisa-sisa kudrat yang ada. 

Aku ingat ada satu tempat yang agak selamat untuk meyorok. Tapi aku tahu dia akan berbahaya dan sangat obvious. Queen Elizabeth's Hunting Lodge. Bahaya menyorok sini. Sebab dia akan senang cari. Tapi aku boleh nampak dia, if dia cari aku dekat sini. Menyesal pulak lari ke sini tadi, patut terus lari ke Chingford Town jek. Dahi aku ketuk perlahan. Mengah, tapi masih cuba memasang telinga.

Aku kena gerak! Nanti dia akan makin dekat. Perut aku elus perlahan. Senyum. Hasil cinta kami. Aku akan cuba selamat kan dia. Biarpun aku galang gantinya. Aku bangun dan berlari perlahan dan berhati-hati. Bau lembab tanah, dan angin petang yang meniup menggila lantas meninggalkan bunyi yang agak menyeramkan pada hematku. 

"Tisya my baby.....! Where are you baby..". Badan aku kejung. Aku tampar pipiaku. Dont cry! Lari! Jangan senang-senang mengalah tanpa usaha! Aku heret kaki untuk berlari lebih laju, sebelum aku terlanggar tunggul dan tergolek jatuh. Aku mengerang perlahan. Sakit nya Ya Allah! Aku lihat darah mula mengalir di lututku. Shit! Ini semua akan buat kan aku lembat. 

Aku berlari dengan kaki aku yang terhincut-hincut, air mata mengalir menahan sakit. Tapi demi menyelamatkan diri aku tetap melangkah laju. Suaranya semakin hampir memanggil-manggil nama aku. Aku ketap bibir kuat-kuat supaya tidak terkeluar sebarang esakan. Bumbung Hunting Lodge aku nampak dari kejauhan. Lega. Azam aku makin kuat untuk sampai dan selamat semakin tinggi. 

"Baby, you berdarah ker?" laung nya dari jauh. Allahu!  Dia tahu! Aku semakin lajukan kaki yang masih terhincut-hincut.

"Baby! Chak! I got you Sweetheart!". Rambut ku di rengkus kasar dari belakang dan di campak duduk ke bawah. 

"Allah!" aku menjerit kesakitan. Menahan sakit terhentak dia batang kayu. Terasa pijar tulang belikat, bergegar otak, dan pedih sampai ke tulang hitam.

"Kenapa lari sweetheart? I bukan nak apa-apa kan you. I ni sayang you sangat". Aku pandang nya. Tapi wajahnya masih tidak jelas kelihatan kerana terlindung di sebalik remang cahaya senja.

Dia tarik kaki aku kearahnya dan mulamengheret aku masuk ke dalam hutan kembali. Aku meronta kesakitan. Pedih punggung pun yer! Menjalar habis ke pinggang. Sengal habes tubuh badan. Aku nampak dahan kayu patah di tepiku. Berani atau Menurut? Mana satu pilihan aku. BERANI kata mindaku.

Aku tarik nafas panjang-panjang. Mulut aku kumat kamitkan baca Bismillah. Dua dahan kayu aku ambil, satu aku pukul dia kepalanya. Dia mengaduh lalu berhenti, menunduk dan menoleh ke arah aku. Yes! Dia toleh aku pukul kepalanya sekuat hati dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yang masih ada. 

Dia meronta dan mengaduh! "Sial punya perempuan! Aku sayang kau ini balasan kau pada aku!" "Arghhhh! Shit!" Dia memegang kepala yang mula mengalirkan darah. Aku merangkak lari. Aku bangun dan terhincut-hincut menyusun langkah yang bercelaru. Dada aku berdebar kencang. Sakit! Dada aku sakit! Aku terbayang Mummy! Daddy! Angah! Along! Dan Haider! berdenyut hatiku laju menyebut nama Haider. Kita akan jumpa di syurga Abang. Air mata mengalir laju.

Langkah aku terhenti apabila tangan kekar dia menarik badan aku. " Baby! Kau dah tak boleh lari lagi! Payah sangat ker nak sayang kan aku! Perempuan sekarang memang bodoh! Kau bodoh sebab tak hargai orang yang betul-betul sayang kan kau!" 

"Kau milik aku Batrisya! Batrisya hanya milik Lutfi! Hanya Lutfi!", sambil menekup hidungku dengan kain. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience