Bonda menyuapku makan. Walaupun agak segan tapi aku tetap buka mulut demi menghormati dan menghargai ingatan dan kesudian dia memasak dan menyuapkan ku.
Lepas habis makan. Aku mintak diri ke toilet. Aku tenung figura dicermin lama. Pucat. Rambut mengerbang dan kering. Kusam. Aku tarik nafas lama sebelum ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Usai mandi. Aku keringkan rambut perlahan. Aku blow rambut sehingga puas hati. Serum rambut aku lumur lembut untuk memberikan effect hidup dan sihat. Aku calit foundation nipis. Aku lorek sedikit lipstick nipis. Bulu mata yang sedia lebat, aku oleskan sedikit mascara untuk beri effect mata sedikit besar dan bercahaya. Rambut ku ikat 'ponytail' sedikit tinggi.
Aku buka pintu perlahan. Terdengar suara Haider kuat dan tegang.
"Ashyam, kau pun tahu dia datang time kita ada. Bodyguard ada dekat depan, yet dia still lepas masuk. What does it means?"
"Kau patut tengok dia semalam, masa tersedar dari mimpi. Dia takut. Tak ubah macam dulu. Tapi aku dah tak boleh jauh dari dia. Aku sayang Tisya sangat-sangat! Aku dah penat beralah! Biar apa-apahal dia depan aku. Sampai bila kita nak ikut kemahuan gila si Lutfi tuh?". Aku tengok dia mengetap-ngetap rahang mukanya. Haider nampak sangat marah. And sexy! Haha!
"Aku faham Luth, tapi kau kena ingat. Sekarang ni nyawa Tisya yang dalam bahaya. Salah langkah, nyawa dia kita pertaruhkan", kata Along.
"Then tell me what am I supposed to do? She is my wife! Aku macam nak gile berjauhan dengan dia selama ni. Dia tak kenal aku siapa? Dia tak kenal aku suami dia? Sampai bile? Kau tak duduk tempat aku Zayn." balas Haider lirih.
Aku terkejut besar. Aku isterinya? Dia suami aku. Jadi kenapa kami perlu kahwin lagi? Kenapa aku tak ingat? Kenapa aku tak kenal dia melainkan mata nya. Kesian nya dia. Patut la dia selalu ada. Selalu selamatkan aku! Patut la jantung aku selalu bergetar hebat dengan nya. Patut la pihak hospital dan keluargaku izinkan dia jaga aku waktu malam. Patut lah dia berani kiss aku ikut suka dia. Cis!
Jantung berdegup kencang. Hati berdenyut bagai nak gila sekarang. Apa lagi yang aku tak ingat? Siapa Lutfi? Siapa orang yang selalu cuba sakitkan hati aku. Siapa orang yang cuba bunuh aku? Adakah orang yang sama yang hantar kotak yang mengandungi biji mata tuh?
Aku pegang dada.
Dada bergetar hebat setiap kali aku ulang dan sebut nama nya. 'Suamiku Tengku Luth Haider'.
Aku pandang figura Haider di hujung sana. Kepala aku berdenyut-denyut. Tiba-tiba aku nampak dan dengar bagaikan pita rakaman di minda dan telingaku.
"Aku terima nikahnya, Batrisya Binti Nazim dengan Mas Kawin nya tiga ribu ringgit tunai".
Aku nampak aku senyum gembira, saat dia menggamit dan memakai kan cincin topaz biru yang diikat permata disekelilingnya. Aku lihat bibir Haider mengucup dahiku dengan bahagia. Aku salam tangannya dengan sopan.
Aku nampak diriku dalam pelukan hangat nya di ranjang. Aku nampak aku yang menghidu dan mengucup dadanya. Aku nampak kami berpelukan di Iceland dan bergambar bahagia dia glasier-glasier yang pelbagai warna. Aku nampak aku piggyback belakang nya di safari Africa. Aku nampak aku memeluknya hangat di dalam salji. Aku nampak dia yang berdarah di dahi dipukul Lutfi. Aku nampak rumah kami di London terbakar. Aku nampak dia mati dalam rangkulanku. Aku nampak aku melaung Abang berkali-kali. Aku menangis menggila dalam pelukan Along.
Air mata ku laju menuruni pipi. Ya Allah! Apa semua ni! Abang! Ya aku panggilnya Abang!
Aku menapak ke arah belakangnya perlahan. Dia dan abang-abangku masih ralit dan serious berbincang. Aku peluk belakangnya. Aku mengongoi dia belakang badannya.
"Abang.....", panggilku lembut. Terasa badannya mengeras.
Share this novel