"Sayang malam ni tidur rumah bonda yer?". Aku terkejut. Alamak. Aku dah la tak ada bawak baju.
"Bonda..... Tisya takda baju. Lain kali lah ye Bonda". Aku meramas tangan nya lembut.
"Maaf ye bonda." Bonda merenung ku lama. Tajam. Aku cuak. Aku gosok-gosok tangan bonda. Aku buat puppy eyes sikit. Lama-lama dia gelak kecil.
"Patut la Luth suka sangat dengan kamu."
'Luth? Siapa Luth?'. Ooo ni mesti nama mamat tuh kot. Mana ye dia pegi? Lepas makan tadi terus hilang.
"Jangan risau. Semua dah Luth siapkan untuk kamu. Pegilah naik rehat. Jangan lupe makan ubat ye?"
"Sue... bawak Cik Puan ke bilik nya yer? Tunjukan almari baju nya sekali".
"Baik Mak Engku"
Sue memandangku pula, "Mari Cik Puan".
"Selamat Malam Bonda". Aku kucup tangan wanita di hadapanku ini. Pipi nya aku kucup perlahan juga. Walaupun baru bertemu, tapi aku terasa sayang padanya. Lemah lembut bicara nya. Teras kasih sayang nya ikhlas. Dia senyum puas hati.
'Memang sesuai dia jadi Permaisuri Hati anak teruna aku yang satu tu. Pasti dia dapat menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak dan cucundaku.'
----------
Pintu bilik dan switch lampu di onkan. 'Ya Rabbi! Ni bilik ke apa ni? Dah macam satu floor rumah aku je nie. Besar gila.' Hiasan modern, white and royal blue combination. Memang cantik.
Sue melangkah ke hujung bilik, menunjukkan hidden closet. "Ni Cik Puan punya baju semua ada dalam ni. Saya keluar dulu yer Cik".
"Terima kasih Sue." Aku senyum pada nya ikhlas. Ku tutup pintu rapat. Menghela nafas panjang. Aduhai. Lama betul perjalanan hidup hari ni.
Aku tanggalkan satu persatu baju yang melekap ditubuh. Eee masam manis. Ku lilitkan tuala di celah ketiak. Almari ku intai lama. Baju apa ada eh? Nak pakai baju apa?
Arghhh nanti lah. Karang boleh pilih. Mandi dulu yang penting.
Setelah hampir 30 minit, baru aku keluar dari bilik mandi. Puas mandi rasanya. Habes aku sental dari rambut ke kaki. Yang best nye toilet nie, semua barang yang aku suka ada. Haha!
Terasa diri wangi sangat. Aku amik tuala kecik dan keringkan rambut perlahan. Aku cium-cium rambutku puas. Baru lah boleh tido dengan aman.
Mak ai. Wardrobe ni besar giler. Dari baju. Kasut. Makeup. Eh semua size aki ni. Eh eh takut nyer. Walking closet ku tatap lama. Teruja. Ku pilih baju tidur yang paling sopan dia antara pilihan yang ada. Black satin with lace. Pandai orang yang beli. Tau kesukaan ku. Eh tapi betul ker aku punyer? Entah-entah adik dia ker? Kakak dia ker? Tapi... choices nightwear and lingeries yang lain buat telan air liur kot. Stok buat cik abang terkam! Haha!
Satin hitam dan sedikit lace di dada membuatkan aku nampak lebih menyerlah, gebu dan mengiurkan. Cutting yang agak low cut di pinggul, dan terdedah di belakang buat aku nampak lebih langsing. Nightwear paras pangkal peha ini buat kan kaki ku tampak lebih panjang. 'Nice aku suka!'. Ralit memerhati diri di cermin.
Ku sapukan lotion lancome kesukaan ku di dada, leher, nadi-nadi tangan. Belakang telinga. Rambut ku ikat bun menyerlahkan leher ku yang putih dan jinjang. 'Hmmmm... I love this sexy feelings with nightwear and lingeries on, perfume on'.
Lampu ku biarkan malap. Langsir ku tarik, aku keluar ke balcony. Wow! This is amazing. Big blue pool in front of me. Tak tahu pulak its open balcony. Aku melangkah perlahan ke arah pool yang sangat menggoda. Aku perhati area pool ni macam tertutup dari kawasan luar, dinding tinggi melindungi nya. Cuma ada dua pintu gelangsar sahaja yang boleh ke luar pool ni. 'Nice', bisik hatiku.
Aku pegang besi di tepi kolam berhati-hati. Kaki ku celup sikit, acah nak rasa air. 'Agak-agak mandi malam ni sempat lagi tak?'.
Aku duduk di birai pool. Tenang lihat air bermain-main di kaki. Teringat kan dia. Mata dia. Siapa dia ye sebenarnya? Aku kenal dia ker sebelum ni? Aku suka sangat mata dia. Cantik. Aku pejam mata membayangkan mata nya. Indah. Cantik.
Jantungku berdegup kencang tiba-tiba. 'Hish.. baru bayang je, toksah keje keras sangat', bisik hatiku sambil sengil.
"Kalau betul ada, mau kejung. Baik tidur Tisya. Malas nya esok nak keje. Choi! Esok Sabtu", kepala ku ketuk perlahan.
Mataku ku buka perlahan. Tangan ku raba pada besi di sebelah kiriku. Terasa seperti ada 'mata' yang memerhati. Jantung berdegup kencang. Ku toleh ke kiri dan ke kanan.
Nak luruh jantungku bile si dia berdiri tegap memerhatiku. Aku telan air liur. Rasa nak tercekik bila memikirkan yang dia memerhati kan kelakuan ku dari tadi.
Aku bingkas bangun. Jalan perlahan menuju ke pintu bilik. Dia menahanku dengan menarik tanganku lembut. Adoi. Berdebar bagai nak rak.
Bahuku di tarik lembut supaya menghadap dia. Daguku di tarik supaya menyamai mata nya. 'Shit! Pls jangan suruh aku bukak mata. Iman aku tak kuat! Aku tak nak tengok mata dia.'
"Sayang, look at me please", pintanya. Husky sangat suara dia. Adoi sexy hoiiii!
Mataku buka perlahan. Mata itu! Aku kejung. Lama kami bertatap tanpa bicara. Mata kami bersabung tanpa henti, seolah-olah berbicara antara satu sama lain. Dada ku semakin berkompang dan rasa senak dan nak pecah dadaku ni.
Aku melarikan mata dan pusing badan untuk melangkah ke bilik. Dia tarik tangan ku ke arahnya. Tekejut dan refleks itu membuat aku berada dalam rangkulan hangat nya. Tangan berada di dada nya. Terasa tanggan nya memeluk erat pinggulku. Mata kami bertatapan. Lama. Sebelum dia menarik rambut ku turun.
Rambut panjangku di tarik kehadapan, dan di letak ke hadapan dadaku. Rambut ku di tepi di letak kan di celah telinga lembut. Kami masih begitu, bertatapan lama tanpa bicara. Bibirku di pegang lembut dengan ibu jari nya. Dia dekat kan dahi nya ke dahiku, menemukan dahi kami, dan hidung kami.
Lama.
Lama.
Kami berkeadaan begitu. Dia angkat dahi nya, dan mata kami bertatapan. Dia elus lembut pipiku sebelum meletakan bibir nya disitu. Lama. Dan seolah dia menghidu bau pipiku.
Terasa pipi ku panas. Dia gosok perlahan, " I love seeing when you are blushing".
Aku sembam muka ke dada nya. Malu. Pinggangnya aku peluk lama. Entah. Aku rasa selamat dan percaya dengan nya.
Dia gelak dengan husky voice nya. "You're so cute sayang, so innocent and georgeous". Terasa bahu ku di kucup bibirnya. Hangat perasaan itu.
"You...maaf. I rasa bersalah. I tak ingat langsung pasal you. Lepas I koma, banyak benda yang I tak ingat. Tapi satu jek I ingat tentang you." Aku mencari matanya.
"Mata you". Kami bertatapan lama.
"Setiap malam I mimpi mata you. I rasa you dekat sangat. Tapi yang kelakar nya, nama you, I tak tahu langsung". Dia cium bahu kananku. Terasa lembut bibirnya. Tapi... aku mula merengek gelak bila misai nipis nya terkena bahuku. Aku meronta kegelian. Baru nak mode sedih dah tak jadi pulak.
Dia meleret hidung dan bibirnya ke lengan ku perlahan. Dan beralih ke bahu ku kembali, dan turun ke belakang badan ku. "Ah...", rengekku.
Dia kucup perlahan-perlahan belakangku. Aku dah tak keruan. "You....geli....arhhh... ahhh...".
"You're so tempting sayang. Sorry!" Dia pagut bibirku lama.
Dadaku berdebar kencang. OMG! "You stole my first kiss!", bentak ku.
Dia senyum cantik. Sangat cantik. "Kita akan ada banyak masa untuk kenal antara satu sama lain. But always remember, you're mine! Always mine!".
"Batrisya Binti Dato Seri Nazim, will you married me, Tengku Luth Haider Bin Tengku Mikael".
Aku kaget. Kawin? Aku kelip-kelipkan mata terkejut. Aku lihat dia keluarkan sebentuk cincin dari poketnya. Dia duduk di kerusi, dan tarik aku duduk ke atas pangkunya.
"Will you married me sayang?". Aku lihat matanya.
"Tapi I tak perfect. I tak pandai masak. I... I tak kenal you. I baru 24. Boleh dah ke I kawin?", tanyaku innocent.
Dia gelak lepas. Badanku di sandarkan ke badan nya. Kakiku di angkat, di letak kan di atas kakinya. Dia peluk pinggangku.
"You're so innocent baby!", gumamnya sambil mengucup bahuku. Aku kegelian.
"Jangan laaaaa you...", aku merengek manja.
Dia gelak. "Manja!".
"You......", panggilku sambil tangan melukis-lukis di dadanya.
"Hmmm"
"Umur you berapa?", tanyaku sambil mencari matanya.
"34", balas nya pendek sambil mengucup telingaku lembut.
"You janji akan jaga I sampai bila-bila? Walaupun I tak sempurna. Walau I tak sayang you."
"I will. Dan trust me you will madly in love with me", katanya.
"Confident!" Cebikku.
"Don't bite or do this sayang. I've told you kan?"
"Kenapa?", balasku polos.
"Geram. Rasa. Nak. Gigit". Sepatah-sepatah dia huraikan.
Aku sengih dan jelir lidah. Ketawa perlahan. Merepek je dia ni.
Tak semena-mena bibirku di pagut lama. Hilang segala nafasku. Dada berdebar kencang.
"Ive told you", balasnya nakal. Lantas dia rangkul ku erat. "I love you so much sayang.. I love you... I love you...". Bisik nya ke telingaku.
Jariku di angkat perlahan. Cincin disarungkan. Aku lihat cincin dijariku. Cantik! "You're mine now! Sebulan lagi majlis kawin kita".
Aku terkejut. Sebulan! Gulp! Tapi aku reda.
"Terima kasih Haider".
Dia angkat kening. "Kenapa Haider?"
"You look sexier when I call you Haider, future hubby".
Dia tarik senyum. Aku sembam kan muka ke dada nya. Ye aku malu! Aku excited!
Share this novel