Bunyi Azan subuh melatari keheningan pagi. Sayup-sayup suara bilal mengalunkan tasbih memuji Allah S.W.T dan panggilan mengerjakan solat untuk sekian umat.
Aku terkejut dari tidur lantas bangun.
'Masih mata yang sama, merenungku dalam tidur. Siapalah empunya mata ni yang sentiasa ganggu mimpi, tidur dan jaga ku ini.'
Mengemas tempat tidur ku. Tingkap dan pintu balkoni ku buka lebar. Biarkan udara pagi menyerbu masuk mengenai kulit muka. Aku memerhati langit pagi yang masih gelap. Tapi masih terasa hening damai suasana subuh. Tiba-tiba rasa rindu bermukim di hati. Rindu pada arwah tok dan nek di kampung. Dulu subuh gini, selalu ikut tok dan nek ke surau pagi-pagi.
Robe pijama ku ikatkan. Sambil kaki terjengkit- jengkit mendekati balcony. Sejuk udara pagi membuaikan kain satin pijamaku lembut. Ku tutup mata, menghayati keindahan itu. Terbayang mata itu segera, membuatkan nafas ku kalut. Terasa panas pipi.
"Baru ingat mata je dah rasa tak keruan. Siapa awak? Kalau betul depan mata, mau saya pingsan tak cukup oksigen agaknya", gelak ku perlahan dan ketuk manja dahi sendiri sambil melangkah ke bilik mandi.
---------------
Pensil ku ketuk-ketuk ke dahi mencari ilham. Bibir ku gigit-gigit, sambil mata memandang ke atas. Keadaan biasa bila aku mencari ilham atau memikir.
"Kau jangan mundar mandir boleh tak Elaine, rimas aku lah. Terganggu otak aku ni nak memikir", bentak ku.
"Yelah, aku ni memikir kan masalah kau lah ni, cuma aku ni bila fikir kena jalan. Baru lah darah mengalir lancar, senang ilham nak datang."
Aku jeling dia sekilas, "Banyak kau punya alasan kan?". Dia mengekek ketawa.
"Okay, so what should we do now? Should we go to Shah Alam again this weekend? Dengan harapan kita jumpa ' jejaka misteri' kau tuh?", tanya Elaine. Aku lihat dia duduk menyilang kaki di depan mejaku.
"Well maybe. Tapi malas lah. Nampak macam terhegeh-hegeh jek. So cheap you know. Please, I diva okay", kataku sambil flip hair. Tawa aku dan Elaine bergabung. Hahaha! Berangan mmg kesukaan aku.
"Elaine! Makan jom! Lapar! Aku tak boleh pikir banyak-banyak. Otak jammed! Need energy".
"Yelah, jom! Sunway Putra je lah eh? Malas aku nak drive tempat lain", balas Elaine sambil mengambil bag tangan dan keluar dari bilik ku.
"Lah, aku baru nak ajak cafe jek". Bibir ku muncong kan.
"Muncong-muncong. Aku sepit mulut kau karang.". Aku gelak besar, bile tangan nye laju dihalakan ke muka ku.
Itulah Elaine yang aku kenal. Kakak. Kawan baik. Penyayang. Aku kenal dia dari kecik. Dari sekolah rendah. Kadang-kadang orang confius tengok cara aku dan Elaine berkawan. Sebab diaorg ingat kami adik beradik, kerana keakraban kami.
Kereta Elaine di parking di L1. Kami berjalan bersama menuju ke mall. Sampai dia food level, aku raba-raba mencari phone di dalam beg tiada. 'Alahai sure aku tinggal dalam kereta Elaine la ni'.
"Babe, ko pegi dulu. Order kan aku macam biasa yer. Aku nak amik phone kejap. Bak kunci kereta please?", tayang sengih.
"Clumsy tak habis-habis!"
"Cepat tau!". Aku angguk jek la. Amoi ni boleh tahan jugak kalau membebel. Tahap asooo jugak dia ni.
Kaki aku lajukan ke arah kereta Elaine. Aku ni macam ingat- ingat lupe kereta dia yang mana satu. Tapi xpe, cuba jek. Bunyi heels aku jelas kedengaran, gara-gara suasana sunyi. Bismillah aku baca byk kali untuk menutup kegugupan hati.
Aku dengar ada derap perlahan di belakang ku. Telingaku tegak. 'Ada orang lain.' Langkah ku lajukan, tapi terbatas gara-gara pencil skirt yang ketat. Ku atur nafas perlahan. Ajar diri supaya rileks. Takda apa-apa lah.
Tiba-tiba aku dengar bunyi besi di seret. Alamak. Cuak!
Segera aku gerun. Langkahku semakin laju. Saat aku tiba di hujung banggunan, ada tangan kekar memaut tubuhku.
Dia menutup mulutku. Dan membuat isyarat silent di bibirnya. Aku masih tergamam dalam pelukan nya. Berdebar giler jantung bile tangan dia aku sedar di pinggulku. Pipi rasa hangat. Aku menolak dadanya dan cuba menjarak kan kami.
Dia jegilkan mata nya kepada ku. Dan masih membuat isyarat silent tuh. Dada aku berdebar hebat dengan kedudukan rapat kami. Aku memandang raut wajah nya.
Maskulin.
Jaw line dia. Aduh!
Hidung mancung.
Bibir kecil dan nipis. Merah.
Aku tersentak mendengar suara orang bergaduh dan mengaduh di tepi ku. Aku ingin melihat. Dia halang. Dia tolak kepala ku ke dada nya. 'Ish boleh penyek hidung aku ni!'.
"Argghhhhhh!" Suara orang menjerit. Aku terkejut, lantas memeluk pinggang nya. Kepala ku sembam rapat ke dada nya. Terasa tangan nya, merangkul pinggulku lebih erat.
Selamat. Aku rasa selamat dengan nya. Walaupon di sana sini bunyi orang saling bergaduh dan menghunus pedang. Aku ingat! Dia! Dia lelaki yang selamat kan aku!
Aku pandang muka nya. Jari ku larikan, ke pipinya. Dia tersentak dan memandangku.
"Awak selamatkan saya lagi kan?", tanyaku. Dia diam.
"Kan?". Dia angguk perlahan. Aku pejam mata sambil sembam kan muka ke leher nya.
"Terima kasih! Saya macam ingat awak", bisik ku ke telinga nya. Dia memandangku lama.
"Tengku, line clear. Tengku boleh bawak Cik Tisya ke kereta sekarang".
Dia bukak butang suit Hitam nya, memasukkan aku ke dalam baju nya. Dia memaksa ku bergerak seiring dengan langkah nya. Dia masukan aku kedalam kereta Bugatti Veyron orange hitam milik nya. Dan memecut laju.
Aku terkedu. Memandang jauh ke hadapan. Apa dah jadi? Rasa macam mimpi. Apa jadi dengan orang-orang tu? Siapa diorang? Kenapa aku target mereka?
"Tisya!"
"Tisya!"
Dia menggengam jari ku. Aku berpaling laju ke arahnya. Mata itu!
Mata itu risau memandang ku. Mata itu seperti.. hmmm...marah? Aku tatap matanya dengan penuh minat.
"You okay?", tanya nya lembut. Tangan ku ditangan nya di ramas lembut. Sebelum di bawa ke bibirnya, dan dikucup lembut di kekura tangan ku.
"Maaf kan I. I gagal jaga you hari ni. Diaorang berjaya jumpa you hari ni. I'm sorry", balas nya sambil mengusap pipi ku lembut. Aku pandang matanya. Redup. Mata itu seolah sedih. Dan sayang pada aku. Sayang? Aku telan air liur. Tapi kenapa dia kata dia gagal eh? Hmmm...
"Go and get your things. I will drive you home", arahnya.
"Tapi....."
"Tapi apa?"
"Saya takut. Kalau orng tu datang balik macam mana? Lagi pun kawan saya macam mana? Kesian dia sorang-sorang", soalku takut-takut sambil bermain jari di skirtku.
"Jom I teman. But make it fast okay? Kawan you Elaine, budak-budak I dah uruskan. Kunci kereta yang you jatuh kan tadi pun I dah pass to him untuk dia uruskan. No worries". Lega. Sekurangnya aku tahu Elaine selamat.
Aku kemas laptop ku segera. Aku kerling melihat dia yang masih bersandar tegap di pintu bilikku tanpa riak. Dingin.
Aku menghampiri tubuh tegapnya. Dan lihat dia sedang bercakap telefon di hadapanku. 'Adoi muka ketat macam mangga muda ni kemain handsome haa walaupon serious'.
Dia toleh memandangku. Aku tayang sengih comel. "Dah siap".
Dia tetap tidak beriak. Malah selamba jek jalan tinggalkan aku. 'Eh eh eksyen pulak dia nie, aku balik sendiri kang'.
Sampai di kereta. Ada sebuah Velfire Putih di sebelah kereta nya dan tiga lelaki bersuit hitam, menunggu kami.
"Nah ini phone you. Budak-budak I akan hantar you straight ke rumah. I ada hal tak boleh nk hantar you".
"Xpe, I boleh balik sendiri." Sambil aku memusingkan badan melangkah pergi. Entah kenapa aku rasa, aku menyusahkan dia.
"Tisya! Please! Jangan degil", tangan ku disambar nya.
Badan ku dipusingkan menghadapnya. Lantas dagu ku ditarik perlahan mendekatinya. Kaki terpaksa menjengkit menghadap tinggi nya dia. Aku pandang sekilas wajah di hadapanku. Handsome mamat ni! 'Choihhhh! Tudia merenyam aku nie'.
"Jangan degil! Zack kan hantar you balik. I nak you selamat. You penting untuk I. I tak nak you diapa-apakan. I'm sending you with my best man. Faham?"
Aku tarik muncung. Aku jeling dia. Sakit hati. Suka hati je nak buat aku macam tu. Dah la dekat depan college aku pulak tuh. Malu tau! Dah la aku ni bebas gosip. Baik. Sopan. Jangan ada orang nampak susah la nanti. Hish!
"Don't bite your lips in front of me! Kalau nak selamat!", bisik dia ke telinga ku. Dada berdegup kencang takot.
"Mulut I suka hati I. You tak boleh nak control I dan mulut I.", balasku sambil gerak masuk ke kereta putih nya.
Punggung ku henyak kasar ke tempat duduk belakang. Sebal. Itu rasa dia. Pelik kenapa aku sentap sangat. Kereta berlalu menyusur ke lebuhraya untuk menghantarku pulang. Aku langsung tak menoleh ke kananku walaupun aku dengar ada pintu ditutup di sebelah kananku. Sakit hati tak habis. Dah la dengan sesapa entah dia suruh aku balik. Percaya lah sangat. Tiga lelaki tadi lah hantar kut. Kalau kena culik macam mana?
Malas nak pikir. Aku tutup mata. Kepala mula berdenyut perlahan. Jauh lagi ni, jammed kot time ni dari KL ker Putrjaya. Layan mata lagi bagus.
-----------------
Terasa sejuk mencengkam kaki. Aku pusing-pusing sikit muka ku ke arah yang lebih selesa. Aku gosok-gosok hidungku. Mukaku ke arah teddy. Hadoi sedap nyer peluk Teddy! Nikmat nya tidur.
Aku gosok-gosok muka ke badan teddy dan merengek kecil. Satu tabiat dari kecik yang aku tak mampu ubah. Aku suka dan selesa begitu. Aku ketatkan pelukanku. Terasa teddy membalas pelukanku. Dia siap tepuk-tepuk perlahan bahuku. Selesanyaaaaaaa.
Sedetik.
Dua detik.
Tiga detik.
Sejak bile teddy boleh tepuk? Kenapa bau teddy macam dia? Dia? Aku bukak mata perlahan.
Hmm..mmg dia. Merenungku tanpa henti. Mata itu. Hazel brown. Kolam mata nya memandangku tanpa henti. Sayang. Itu perkataan tepat untuk aku describe kan kata-kata matanya.
Aku gerakkan badan nak bangun dari pangkuan dan pelukan nya. Malu pulak duduk dalam keadaan macam ni. Dia menarik badanku kembali ke pelukan nya. Dia merenungku kembali. Aku malu. Muka ku panas.
"Beautiful", katanya. Jarinya menggosok-gosok pipiku lembut.
"You're mine, always remember that sayang". Possesive. Sayang? Biar betul dia ni. Haish.
Berdosa tak kalau tiba-tiba aku tanya. Nama awak siapa eh? I dont even know you or your name. Aku pandang matanya lama.
Tak nak rosak kan suasa ini. Aku hanya diam dan sembam kan kembali muka ke dada bidangnya. Mendengar ritma jantung nya. Laju. Siapa dia ye? Kenapa aku tak pernah ingat dia?
Sambil berfikir. Pelbagai corak abstrak aku lakar di kemeja nya, menggunakan jari. Terasa tanggan nya menggengam erat pinggulku. Jantungnya kembali laju.
"Don't naughty sayang!" Ujarnya lembut. Aku tayang sengih. Ops!
Jariku yang sibuk melakar di gengamnya perlahan. Dia bawak ke bibir nya, dan gigit perlahan.
"Auch! Sakit laaaa", rengekku.
"Jangan nakal". Jariku dicium perlahan. Perlahan. Tertib. Penuh sayang.
"Tengku, kita dah nak sampai"
"Hmmm", balasnya pendek. Aku bingkas bangun. Dia halang. Aku angkat kening bertanya kenapa?
Dia cium dahiku lama. Aku gigit bibir terkejut tapi tak pula melarang.
"I'm not gonna be around for a while. Take care of yourself. Don't seek for any trouble okay?", ujarnya sebaik melepaskan badanku.
OMG! Eeeee rambut aku dah macam mak lampir! Aku lihat muka di cermin tidak percaya. Dia tenung aku bagai nak rak tadik sebab rambut aku agaknya. Waaaa malunya. Eeee. Getah di tangan aku ikatkan bunkan rambut aku. Tiba-tiba tangan dia melurut kembali rambut aku.
"I love it this way, please", ujarnya. Dia betul-betulkan rambut aku. 'Eh dia ni, rambut bedroom style ni dikata cantik. Choiii!'.
Aku kerling jam di tangan. 'Awal lagi ni. Mummy tak balik lagi'. Phone di raba di dalam bag. Nak pastikan tiada call or whatsapp penting.
"You... hantar I dekat IOI jek boleh", tanyaku lembut.
"Kenapa?"
"Hmmm...awal lagi ni. Lagi pon I lapa, Mummy and Daddy belum balik lagi masa ni", kataku perlahan.
"It's okay, you just dropped me okay. I know you must be busy. Tadi pun, you are supposed to have somehing kan?".
Dia kerling jam nya. "Zack, to IOI please." Suit hitamnya dipakai kembali. Sambil dia merapikan kemeja nya.
"Baik Tengku". Hmmmm, dari tadi aku dengar diaorg panggil dia Tengku. Mata masih memerhati dia.
----------
Aku angkat bag. Buka pintu untuk turun di depan IOI. Dia tarik bag sandangku.
"Where do you think you are going Tisya?"
"IOI and Home".
"Put your bags in here first. Later I will sent you home".
Adoi dia ni, suka hati je bagi arahan. Malas nak melawan. Aku ikot kan saja.
Skirt dan blouse aku betolkan. Kolar baju ku tarik-tarik membetulkan kedudukan nya. Rambut aku pintal-pintal sedikit di hujung untuk menampak kan curl yang lebih natural. Bag tangan aku sangkot kan ke bahu. Keluarkan lotion perfume dari Lancome sedikit, aku lumurkan ke tangan dan leher. Selesa. Lipstick aku pink kan sedikit.
"Okay jom", balasku pendek. And tayang sengih comel untuk nya yang sibuk memerhati.
Terasa aura lain macam berdiri disebelahnya. Mata semua memerhati. Ye. Banyak mata memerhati saat kami melangkah masuk. Aku perlahan kan langkah ku sedikit, supaya kelihatan dia depan.
Segera dia menoleh. Dan menggengam tanganku erat. Ops! Dia tahu niatku. Haha! 'Mummy adik malu. Semua orang tengok adik.'
Share this novel